Tuesday, November 30, 2010

Cari Gali Tahi Hidung


Sure saya kena cap sebagai "anti-kerajaan" apabila saya menyentuh pasal cadangan Menara Wawasan Merdeka (MWM). Sayapun telah dicap sebagai "orang kuat PKR" oleh rakan politik apabila saya sering meluahkan "teguran" terhadap "boss"nya yang menjadi presiden parti Melayu yang kononnya berjuang bagi pihak orang Melayu.

Dulu saya terkejut juga apabila masuk ranking Alexa. Digolongkan dalam "blogger pro-kerajaan" pulak tu. Tapi kini dah tak masuk ranking dah.. hehehehe..dah agak dah. Mungkin traffic ke blog saya sudah menurun ataupun saya tidak lagi tergolong dalam golongan "blogger pro-kerajaan".. ha! ha! ha!

Anyways... berbalik kepada topik MWM ni... bagi saya simple sahaja..

Kalau ianya sebagai mana yang di kata, PNB tu pihak swasta... awat pulak hang Najib dok mention dalam belanjawan (oh! sorry!).. bajet negara? Awat pihak swasta ni dok sebok-sebok dalam bajet negara ni? PM pun satu, tak dak benda lain ka nak cakap dalam bajet tu?

Ataupun ada "udang disebalik batu" dalam hal bajet MWM ni?.

Ada pulak Pak Menteri yang kata fund PNB tu fund "private investors". Nak tanya sikit, sapa dia tu "private investors"? Yang dok simpan duit keringat dalam ASB, ASN, Amanah tu Amanah ni kaaa? Semuanya tu tabung-tabung AMANAH tu... tak satupun yang berupa SWISS ACCOUNT tu....betui?

Nak tanya lagi.. tujuan penubuhan PNB pada asalnya tu dia apa? Dia punya raison d'etre ? Adakah dia berunsur pulangan pelaburan saham AMANAH (fund manager) ataupun berunsur pulangan pelaburan mega projek BERISIKO tinggi (project manager)? PNB tu macam YTL ka? Macam Genting ka?

Apa kata kalau ada problem untuk menyiapkan menara 100 tingkat? Duit sudah separuh langsai, menara belum siap separuhpun lagi? Cuba hang pandang keliling, tengok bangunan-bangunan yang terbengkalai tu. Duit sapa pulak tu bertukar jadi asap?

Bukanlah nak nampak asap berkepul-kepul terbang ke udara macam tu. Tapi bubuh minyak dalam kereta pergi keje pun sudah sengkek. Kena saman ekor hari-hari tempat turun bukit pulak tu. Musim perayaan, bising dengan harga barangan keperluan asas. Negara yang agak setaraf dengan Malaysia boleh sediakan pendidikan percuma, kita pula kena bayar yuran tu yuran ni. Harga barangan ataupun lebih tepat lagi nilai wang ringgit, kalah orang British! Tepuk dada tanya selera, semakin sempit atau semakin lega kah kehidupan anda? Berapa nilai RM10 kepada anda sekarang ni?

Menara 100 tingkat ni sangat tinggi risikonya. Nak menyiapkannya supaya sempurna pun sudah menjadi satu hal yang amat serius.. manalah tahu ada perkara-perkara berlaku di luar jangkaan, ada halangan di tengah jalan, disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan turun di tengah hari. Nama lagi projek berisiko tinggi. PNB punya raison d'etrenya untuk melabur dalam projek-projek berisiko tinggi ka? Kalau risiko datang melanda di tengah jalan, duit siapa akan terbungkam tu? Duit penabung "private investors" ka?

Ye la.. dulupun rakyat diwar-warkan dengan Konglomerate TERBESAR dunia Advance Synergy, kembang kempis lubang hidung. Apa jadi sekarang dengan Sime Darby? Golden Hope? Tinggal tahi hidung?

MWK untuk ekonomi orang Melayu. Serba serbi Melayu. Tapi yang announce projek MWM tu agak diragui kekentalan semangat Melayunya. Lebih limau Mandarin dari Melayu. Lebih SRJK dari Satu Sekolah Untuk Semua. Siti Inshah, Hamin, Pengetua di Utara termasuk pegawai yang namanya Nasir (kan?) habis kena hukum apabila cauvinis cina dok melalak. Namewee masih juga dok berjoget lagi! 

Kalau betul benarlah MWM tu kesejahteraan ekonomi Melayu, kenapa tidak dirancang 10 buah MWM? Buat 10 tingkat sini, tengok bagaimana. Kalau berjaya, buat lagi 10 tingkat di sana pula. Akhirnya, kalau semua berjaya, 10 tempat Melayu dapat merasa. Pembinaan bangunan 10 tingkat ini pula amat jauh rendah risikonya berbanding dengan pembinaan 1 bangunan 100 tingkat.

Itu bab pembinaan. Kalau jadi juga, agaknya semua "private investors" PNB ni terketar-ketar saban hari berdoa agar dijauhkan risiko pembinaan supaya MWM 100 tingkat dapat siap sempurna sebagaimana dijangkakan. Berapa tahun nak terketar-ketar menadah tangan berdoa tu?

Bila dah siap pula, bagaimana nak dimanafaatkan pula? Nak panggil peniaga-peniaga pasar malam sewa setiap ruang yang ada untuk berniaga? Sewa free ka? Dulu terdengar satu usahawan Melayu (Boutique) sudah "terhalau" dari Alamanda, kes sewa yang tinggi. Pengusaha Restoran Melayu di Petronas Tower kena nasib yang sama, rasanya, bukan?
(credit : http://s3.amazonaws.com)

Tun Mahathir pun ada sentuh di SINI yang belum semua ruang di Petronas Tower tu telah di "occupy". Berapa banyak ruang pula lagi nak di tambah di MWM ini? Ada lagi yang nak naik? Naza Tower? Hmm.. at least Petronas ada minyak carigali. PNB ada apa? "Private investors" yang carigali tahi hidung?

Betul! Betul! Kalau semuanya berjalan mengikut sebagaimana yang dirancangkan, tiada masalah besar akan timbul hanya pulangan besar akan menanti. Jangan dok bersikap negative sangat. Positif la sikit!

Tetapi pulangan besar tidak datang tanpa diiring risiko yang besar! Pandang keliling, tepuk dada tanya selera. Advance Synergy pun mengikut rancangannya adalah konglomerat terbesar dunia, cuma sekarang aja baru nampak tahi hidung lebih besar dari lubang hidung! Dah ada ke orang booking setiap inci ruang MWM tu dengan kadar sewa yang memberangsangkan? Jangan pula bila siap nanti (kalau siap tanpa sebarang masalah besar) dok bagi kat hantu pula mengisi ruang yang ada. Habis siapa pula nak bayar "maintenance"nya? "Private investors" PNB juga? Tak kan kerajaan! Kerajaan cuma umum projek dalam bajet aja. Duit bukan duit kerajaan. Eh, duit kerajaan tu duit sapa pula? Kerajaan pun tak ada duit sampai kena menyaman rakyat marhaen di jalan-jalanraya. Kiri kanan, depan belakang, atas bawah, yang keluar keringat duit ni, siapa ek? Bukankah gaji PM tu pun "private investors" juga yang bayar? Bukan direct la, tapi melalui cukai la. Tak cukup cukai, hantam dengan saman ekor lagi, gitu kah?

Tapi ada VIP VIP yang tak kena saman pun. Kalau kena pun boleh tutup mata. Boleh buat deal berbillion-billion lagi pulak tu. Macam-macam la ada. Yang ada berbuah-buah peti besi dalam apartment pun ada.


Oh ya.. soal semangat Melayu ni, tak lama dulu ramai yang terdengar DENGUSAN NAGA di PAU? Dah muncul ke naga tu? Ataupun dengusan tu hanya sekadar audio-effect aja? Hanyalah satu lagi permainan silap mata?

(credit : http://g-ecx.images-amazon.com)


Related Posts with Thumbnails