Monday, May 31, 2010

Bapak Vernakular


Terbaca sebuah komen oleh "Ding Dong" tentang bapak-bapak Malaysia. Beliau ada menyebut tentang Bapak Vernakular, di sini. Tetapi, bukan semua vernakular. Ianya hanya vernakular (C), kut?

Dalam artikel laman blog Kempen SSS, DS Najib berkata BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina. Itu DS Najib yang kata. Tapi apakah sebenarnya beliau berkata-kata di dalam kapasiti Pengerusi BN ataupun itu hanyalah kapasiti peribadi beliau?

Tidak payah bertanyakan orang Melayu UMNO tentang kedudukan sekolah dan bahasa Kebangsaan sebab nampaknya kedua-dua ciri kebangsaan ini macam tidak dipedulikan sangat. Apa pula perasaan MIC? Apakah pendidikan sekolah tamil bukan sahabat BN, sepertimana juga sekolah kebangsaan, yang nampaknya bukan juga sahabat?

DS Najib semenjak menjadi Menteri Pelajaran dulu lagi sudah amat cenderung kepada sekolah cina.
Dan kita dapati dalam 3 pilihanraya yang lepas ini:-

Bagan Pinang
  • Majoriti pengundi adalah Melayu
  • Calon BN adalah jagoh tempatan (Tan Sri Isa Samad)
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah berpihak selesa kepada BN
  • Melayu memberi kemenangan kepada BN 
Apa yang dibuat?
RM900,000 diberikan kepada sekolah dan kuil cina, katanya untuk memancing undi cina.

Hulu Selangor
  • Majoriti pengundi adalah Melayu
  • Calon BN dari MIC (setelah kalah ditekan oleh Sami Vellu?)
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah 50-50 lebih berpihak kepada BN
  • Penduduk majoriti Melayu memberikan kemenangan tipis kepada BN 
Apa yang dibuat?
Samy Vellu mendapat 'orangnya' (Palanivel) sebagai senator (mungkin juga akan mendapat jawatan menteri), MIC dapat Kamalanathan (walaupun majoriti pengundi mahu menengahkan calon Melayu) dan....
RM3 juta diberikan kepada sekolah cina, katanya untuk memancing undi cina.

Sibu
  • Majoriti pengundi adalah Cina
  • Calon BN berketurunan Cina, dikatakan orang kuat tempatan juga
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah 50-50 lebih berpihak kepada DAP
  • Penduduk majoriti Cina memberikan kemenangan tipis kepada DAP
Apa yang dibuat? 
RM18 juta diberikan kepada sekolah cina dan lain-lain ('The Deal)', katanya untuk memancing undi cina. Masyarakat cina di Sibu adalah masyarakat yang tidak daif dan Sibu dikatakan pekan tempat tinggal 'billionaire' dan 'millionaire'. 




Persoalan - Betulkah DS Najib terlalu terdesak untuk memancing undi cina? Pertimbangkan perkara-perkara berikut :-
  • DS Najib, semenjak menjadi Menteri Pelajaran dulu lagi (waktu itu BN masih kuat) telah mengambil 'risiko' untuk mendaulatkan pendidikan sekolah cina
  • Sibu, bandar kaya tetapi agak goyah - DS Najib tetap juga menghulur 'The Deal' bernilai RM18 juta kepada masyarakat yang tidak daif, city of millionaire dan billionaire.
  • Hulu Selangor, kubu agak kuat - Walaupun agak 50-50 disebabkan pertelagahan pemilihan calon BN, keadaan menjadi agak lebih selesa sedikit apabila lawan menurunkan Zaid Ibrahim (Orang luar). Tetapi 'The Deal' bernilai RM3 juta masih juga diberikan kepada kaum cina.
  • Bagan Pinang, Kubu Kuat - BN memang yakin dengan kemenangan selesa di Bagan Pinang sebabkan penduduk majoritinya Melayu dan Tan Sri Isa adalah jagoan tempatan. Apa perlunya 'The Deal' yang bernilai RM900,000 kepada kaum cina?
Jadi, sejak dari dulu lagi dan tidak kira juga samada kawasan itu kubu kuat ataupun kubu goyah, orang cina tetap akan mendapat 'gula-gula' dari DS Najib. Jadi, betulkah DS Najib begitu terdesak memerlukan undi kaum cina............????



Related Posts with Thumbnails