Friday, October 8, 2010

Lagi Mengenai Saman Berekor (?)


  UPDATE 10:11PM

SAMAN EKOR: JPJ LANGGAR KEPUTUSAN MAHKAMAH
"...telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang -vs- Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor...."

  ORIGINAL ENTRY 08/10/2010 - 11:00AM

(credits - profileabc.com)
Saya pernah menulis mengenai subjek ini DI SINI di mana saya menceritakan pengalaman sendiri serta memberi cadangan-cadangan bagi mengatasi isu-isu berhubung "saman berekor".

Saya katakan "saman berekor" sebab, dalam kes saya, orang lain yang pandu laju, saya pula diberikan notis saman dek kesilapan mencatitkan nombor pendaftaran oleh pihak yang berkenaan. Nasib baik ada kenalan di atas kenalan yang ada saudara bertugas di balai terbabit. Dari foto, terbuktilah bahawa kereta tu bukan kereta saya. Kalaulah saya yang dituduh bersalah ini terpaksa membuktikan sendiri kesalahan yang tidak dibuat itu, maka terpaksalah saya mengambil cuti dan mengembara ke negeri lain. Tak pasal-pasal poket bocor, isi minyak, bayar tol dsb. Itupun belum dijamin selesai lagi dalam sehari!

Ini seorang lagi kenalan yang mengamok kerana tidak dapat memperbaharui cukai jalan. Dia baca tulisan saya mengenai "saman berekor" ni dan meminta saya mem"blog"kan kes dia pula.

Apa cerita?

Semalam dia bertekak dengan JPJ semasa nak memperbaharui cukai jalan tapi JPJ enggan. Aikkk!! Kata negara nak bangkrap, rakyat nak bayar cukai tak mahu terima pulak? !! Pelik ni!

Apa pasal?

JPJ kata dia ada saman laju. Mamat ni mintak bukti lalu diberilah butiran-butiran saman seperti di bawah. Akhirnya, mamat dapat memperbaharui cukai jalan TAPI hanya untuk 6 bulan sahaja.

"Satu kerja pulak aku bayar insuran setahun, cukai jalan 6 bulan. Selepas 6 bulan nanti, macamana? Dahlah yang aku nak perbaharui cukai jalan ni kereta lain. Yang kena saman tu kereta aku yang satu lagi!! Yang *&%^$% nya, aku tak pernahpun terima saman ini. Dah 2 tahun, baru hari ni aku diberitahu ada saman. #$%^&* betul !!!", bentak mamat ni.

Saya bagi tahu mamat ni bahawa ada blogger tulis mengenai keputusan mahkamah yang menyebelahi pemilik kereta yang tak dapat memperbaharui cukai jalan dek saman ekor (senarai hitam). JPJ tidak boleh buat begitu, salah! kata keputusan mahkamah tu. (rujuk tulisan PENGHUNI GUA, dalam artikel saya sebelum ini yang dipautkan di atas)

"JPJ kata ini menteri pengangkutan punya arahan, siap tunjuk keratan akhbar pulak tu. Apa? berita di akhbar tu lagi power dari keputusan mahkamah ke? Road tax aku dah nak mati minggu depan, aku nak bawak kereta ni. Habis? Nak tunggu kes ini selesai dulu baru renew roadtax? Selesai dalam sehari dua ni? Pigi dah!!". Marah sakan mamat ni. Habislah tak pasal-pasal BN akan hilang satu undi di PRU nanti nampaknya. Nasib baik mamat ni bukan penduduk Galas.

Lagipun, pernah dulu saya terbaca kes di mana seorang pemandu memenangi kes mahkamah apabila pemandu tersebut "melawan" speed-trap yang memerangkap beliau. Tolong beri pautan kalau-kalau pengunjung ada terjumpa pautan kes ini.

Anyways, ini dia butir-butir saman yang mamat tu perolehi.

i) 16/11/2008 - Jam 16:27 - KM 56 L/Raya Karak KL - RM300
ii) 16/11/2008 - Jam 16:21 - KM64.6 KL Karak - RM300

Apa yang paling pelik mengenai butiran saman-saman di atas?

Semasa berbincang (untuk membuktikan "kesalahan" mamat ni, hehehe..), ada 3 senario yang dapat kami andaikan. Kalau pengunjung blog dapat andaikan senario lain, tolong komen. Ini kes terbalik kot dari prinsip mahkamah "You are innocent until proven guilty". Ini kes mamat ni (dan juga penerima-penerima saman ekor yang lain) "Guilty until proven innocent".

Satu senario, Polis "speed-trap" pemandu kereta nun di seberang jalan sana. huh?! Mamat tu menghala ke KL, kena saman, kemudian kena saman lagi oleh speed-trap yang dipasang disebelah jalan yang menghala ke Karak pula? nnnaaaaaaawwww.....!!!

Dua senario yang mungkin ada logiknya adalah seperti yang dilakarkan di bawah:-



Senario 1 : Dua kereta berlainan, tetapi mempunyai nombor pendaftaran yang SAMA dan berada di lokasi dan waktu yang hampir sama. Wow! One chance in a million ni!

Senario 2 : Mamat ni nak ke Karak. Kena saman (dia tak perasan). Kemudian nak tukar hala 180 darjah ke arah KL pula. Kena saman lagi (pun tak perasan juga lagi!). Kenalah tanya apa ceritanya pada mamat ni. 

"Weii!! benda tu dah 2 tahun! Mana aku ingat apa kejadahnya!! Yang aku ingat, seumur hidup aku ni aku tak pernahpun buat U-turn kat Karak tu! Tak pernah aku nak tiba-tiba tukar haluan 180 darjah. Tak pernah ada emergency semacam tu !!", belum cool down lagi mamat ni!

Sekiranya anda perhati butiran saman-saman itu, kita dapat lihat:-
  • Ianya berlaku pada tarikh yang SAMA (kereta yang sama)
  • Selang waktu saman adalah 6 minit
  • Selang jarak di antara kedua-dua lokasi itu adalah 8.6km
  • Saman itu hala yang berlainan, satu ke KL dan satu lagi ke Karak

Kalau dalam Senario 1 di atas - Ini akan menimbulkan keraguan yang tinggi. Kereta yang mana yang hendak disaman? Kereta yang bernombor plat "HALAL" ke atau yang "TIDAK HALAL"? Mamat ni pun cilok juga. Kalau kita kata kereta yang "itu", dia akan kata, "eh! kereta aku yang ini, bukan yang itu". Begitulah juga sebaliknya. Habis! Buang kes! Tidak dapat tentukan "barang bukti".

Kalau dalam Senario 2 di atas - jika disiasat pada tarikh dan waktu serta lokasi berkenaan, it is HIGHLY probable that mamat ni tak buat kerja u-turn macam tu based on statement "kerat jari" dia. Cuba pergi ke lokasi KM56 ke KL dan KM64.6 ke Karak tu. Ada tempat nak U-turn tak? Saya rasa tempat ni berdekatan dengan stesen Petronas hala ke Karak tu. Tempat "infamous" dengan pemandu kena saman (ini cerita attendan pam yang saya tanya dulu). Tak ada tempat U-turn dekat-dekat situ rasanya. Sayapun ada lebih dari satu saman di tempat ni, dua-dua hala. Tapi semua dah bayar beb! 

Consider juga perkara-perkara ini:-
  • Hadlaju kebangsaan lebuhraya adalah 90km/j (di mana-mana tempat yang tiada papan tanda hadlaju). Kalau mamat tu memang buat u-turn, mungkinkah dia pandu laju sedangkan dia akan buat u-turn dalam stretch 8.6km (beza lokasi saman). Dia perlu "slow down" untuk memulakan u-turn, dan kereta dia akan ambil masa selepas u-turn untuk "pick-up the speed". Laju ke? Ada ke u-turn di sekitar lokasi tu? 
  • 16/11/2008 tu dalam tempoh operasi Ops Sikap ke?
  • Mamat ini (kereta yang terbabit) pernah juga terima notis saman pandu laju. Tapi yang dua-dua saman berkenaan ini, dia tak pernahpun terima notis saman. Dia hanya tahu mengenainya semalam.
  • Usia saman-saman tu dah 2 tahun.
So tuan-tuan dan puan-puan nilai sendirilah mengenai saman ni berdasarkan maklumat-maklumat yang ada di atas. Kalau saya, saya akan jawab "Ini saman berekor", bukannya "saman ekor".

Anyway, saya merahkan perkataan "infamous" di atas kerana saya nak catit sedikit pandangan tentang "roh" atau "isi" sesuatu benda itu, sebelum saya akhiri entry yang dah agak panjang ini.

Apakah "roh" atau "isi" Saman Ekor / Speed-Trap itu?

Adakah "roh"nya untuk "Keselamatan Jalanraya?" ataupun "roh"nya seperti tuduhan liar kebanyakan orang yang kena saman? (psssttt!!! depa nak buat duit! depa ada kuota buku saman... kerajaan tak de duit maka polis kena cari punca peruntukan, salahsatunya saman ini lah. etc..etc..)

Kalau lokasi-lokasi itu merbahaya untuk keselamatan jalanraya di mana pemandu-pemandu perlu memperlahankan kenderaan masing-masing, maka bukankah lebih patut lokasi itu di "design"kan semula? Setidak-tidaknya, jadikan jalan di lokasi itu "memaksa" pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan seperti jalan yang rasa "berdegup-degap" bila kita memandu di atasnya. Ini saya perhatikan di lokasi-lokasi merbahaya di luar negara di mana jalannya tidak dapat diperluaskan, atau di "straight"kan etc lalu mereka buat "jalan berdegup berdegap" tu. Kelajuan rendahpun boleh membunuh. Pelesit lipas kudung nampaknya lebih banyak di jalan-jalan bandar dari di highway. (Baca perenggan dekat-dekat dengan imej "Drive With Care" yang saya tulis di SINI). "Speed-trap" patut digiatkan dalam Ops Pelesit di bandar-bandar waktu malam!

Adakah "speed-trap" dan papan tanda hadlaju 60km/j akan membantu soal keselamatan di lokasi-lokasi seperti ini? Jalan luas. Lebuhraya pulak tu. Cuma ada sedikit "stretch" sahaja yang merbahaya. Nama lagi "PERANGKAP-speed"dan lebuhraya berhad-kelajuan 60km/j? Maka ramailah "orang LAJU" yang "TAK PERASAN" kena saman di lokasi-lokasi seperti ini. "Roh" keselamatan jalanraya ke ini?

Kita tidak mahu rakyat semakin mempersenda-senda frasa-frasa yang bunyinya bombastik tapi isinya kosong atau "roh"nya sebenarnya adalah "hantu" bukanya "roh suci". Contohnya dalam kes ini, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan" akan dipersendakan sebagai "Rakyat dibalunkan, Pencapaian disenggamakan" atau "Rakyat dibahulukan, Pencapaian disenggamakan" dek cakap tak serupa bikin ataupun "roh" yang berupa "hantu" tu.

Dah melalut lebih pulak ni. Oklah, dah nak penamat ni.

Kepada pengunjung blog yang agak-agak ada "Saman Berekor" ni, silalah tinggalkan komen anda di sini:-

Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak


Saya kurang pasti dengan makna "senggama" tu... yang "itu" ke?

Related Posts with Thumbnails