Sketsa di suatu pagi, di sebuah rumah besar di perkampungan Melayu...
Suami : UMNOr !!! Kenapa kau ni sekarang ni nampaknya terlebih menggatal?
Isteri : Kenapa abang cakap begitu ?
Suami : Eleh ! Sudah gaharu cendana pula! Kau ingat aku tak nampak fe'el kau dengan si Lim tu? Kau ni sudah melampaui batas. Sudahlah terhegeh-hegeh, habis semua barang rumah ni kau gadai satu persatu kat Lim tu. Lepas ni tinggal body kau pula yang akan tergadai!
** (Pandangan mata si suami tajam menjalar di segenap penjuru dinding ruang tamu mencari seni khat kesayangannya yang terukir nama Allah. Matanya juga liar mencari potret Hang Tuah - "Tak kan Melayu Hilang di Dunia". Hai! Yang ini pun lesap juga ke? Bentak hatinya...)
Suami : Hey! Dengar sini UMNOr! Aku masih lagi punya rasa sayang kat engkau. Bertaubatlah!
Suami : Aku dah sampai ke tahap mengintai perempuan lain untuk menggantikan kau, sekiranya kau berterusan begini!
Suami : Cuma kau yang masih bernasib baik kerana buat masa ni aku tak punya calon lagi.
**(Si suami mula terbayang wajah DAPsiah .. ahh!!! perangai macam komunis babi hutan! Kini wajah PASriyah gadis bertudung di hujung kampung bermain di mata.. hai.. Islamnya habis tunggang langgang sejak berjinak dengan Parti Ajaran Sesat tu... hmmm.. dulu pernah juga nak umpan si PaKiRah, langsung tidak dilayan oleh si PaKiRah.... selidik punya selidik, rupanya si PaKiRah ni tidak berminat langsung dengan kaum lelaki, sah jenis yang sejenis ni!.. sayang sekali.... budak comel si Perkasayang tu masih terlalu muda sangat lagi... tersedar semula dari lamunan....)
Suami : Ini amaran terakhir ! Kau menggatal lagi dengan Lim tu, aku akan CERAIkan kau dengan talak 3 !! Faham!!?? Lebih baik aku tak berbini daripada berbini orang semacam kau ni!!!
Seperti biasa... UMNOr terus bersikap "elegant silence dan "inaction"nya.....
** tambahan skrip dan olahan semula selepas suntingan Sdr.Bingai @ Bangang (TQ !)