Tuesday, August 3, 2010

Jiwa Yang Tidak Berbangsa Malaysia?


Masih lagi mengenai Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan yakni Bahasa Rasmi negara Malaysia yang mempunyai kedudukan yang tersendiri sebagaimana yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa.

Secara ringkasnya, setiap warganegara yang bergelar warga negara Malaysia sepatutnya mengutamakan Bahasa Melayu dari segenap segi selama mana dia bernafas di bumi Malaysia ini dan selama mana dia memegang taraf kerakyatan negara Malaysia. Perdana Menteri Malaysia juga tidak terkecuali.

Perbuatan warga negara Malaysia bertutur dengan bahasa asing di tempat-tempat awam seperti di restoran-restoran, taman-taman awam dan lain-lain tanpa sebab-sebab yang munasabah adalah dianggap sebagai tidak mempunyai semangat nasionalisma dan boleh menimbulkan keraguan tentang sejauh mana dia benar-benar menyanjungi negaranya sendiri. Setidak-tidaknya, orang akan memandangnya sebagai suatu tingkah laku yang kurang sopan atau tidak beradap apabila menggunakan bahasa yang tidak difahami dikhalayak ramai tanpa mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk berlakuan demikian.

Menyambung artikel yang dimuatkan sebelum ini, yang banyak menyentuh tentang penggunaan bahasa Kebangsaan, penulis ingin berkongsi pengalaman yang dilalui di tiga buah tempat sewaktu berada diluar negara baru-baru ini.

1. Semasa menunggu untuk mendaftar masuk di sebuah lapangan terbang di negara Itali.
2. Semasa beratur untuk menaiki pesawat di lapangan terbang yang sama.
3. Semasa beratur untuk melepasi pemeriksaan imigresen di United Kingdom.

Kami terserempak dengan tiga kumpulan "orang Malaysia" yang berlainan. Kumpulan pertama terdiri dari beberapa orang yang telah berusia bersama-sama dengan yang berusia muda. Kami jangka mereka ini kaum keluarga/kerabat. Kumpulan kedua adalah terdiri dari 4 orang anak muda. Dan yang ketiga adalah juga sekumpulan anak-anak muda.

Mereka semua adalah "orang Malaysia" kerana kami nampak mereka memegang paspot Malaysia dan mereka semuanya dari keturunan etnik yang sama, iaitu cina.

Yang menarik perhatian kami mengenai ketiga-tiga kumpulan "orang Malaysia" ini adalah, apabila bersembang sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa Inggeris!.

Bahasa Inggeris?!!! Seingat penulis, terlalu jarang sekali penulis mengalami keadaan seperti ini di bumi Malaysia. Selalunya mereka akan galak bersembang dalam bahasa ibunda. Tetapi bila berada di luar negara, tidak pula segalak itu dengan bahasa ibunda. Tidak segan pula berbahasa Inggeris!! Mengapa di restoran-restoran ataupun di taman-taman awam Malaysia, mereka ini galak bersembang menggunakan bahasa ibunda? Kenapa tidak Bahasa Inggeris? Jauh sekali bahasa Melayu agaknya!!!

Penulis pernah ditegur oleh rakan berbangsa Amerika, apabila penulis bersembang dengan rakan se negara menggunakan bahasa Kebangsaan Malaysia, di bumi Amerika. Penulis juga pernah menegur "orang Malaysia", di bumi Malaysia, supaya menghormati rakan di sebelah dengan bersembang menggunakan bahasa kebangsaan, bukannya bahasa ibunda yang tidak difahami oleh rakan sebelah.

Kata pepatah, "Di mana bumi pijak, di situ langit dijunjung". Adakah ni kes kurang adab? Keras lidah? Atau jiwa yang tidak berbangsa Malaysia?Ataupun kesemuanya sekali!


Pemimpin-pemimpin negarapun, kalau bersikap acuh tidak acuh dengan kedudukan Bahasa Melayu di negara ini dengan asyik dok merenyam kepada bahasa asing, bolehlah juga digolongkan dalam golongan yang sama! 

Orang Malaysia yang sejati ke mereka ini?

Related Posts with Thumbnails