Thursday, June 23, 2011

Demo Jalanan - Siapa Untung & Siapa Rugi ?

Laporan GERAKAN ANTI PKR:-
"Pusat bandar Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan pelbagai pihak mulai awal Julai, dengan lebih 80 peratus hotel dan rumah tumpangan di sini habis ditempah menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, "Walk for democracy" pada 9 Julai ini."
Belum lagi Demo Jalanan ini dilaksanakan, pengusaha-pengusaha hotel dan rumah tumpangan di sekitar Kuala Lumpur telahpun menikmati kenaikan tempahan, yakni bisnes mereka meningkat.

Menjelang perlaksanaan demo jalanan nanti (sekiranya berlaku juga) para peniaga kecil, pemandu-pemandu teksi, bisnes-bisnes kecil kawasan sekitar demo itu akan mengalami kerugian. Mungkin sekali tiada bisnes dapat dilakukan pada hari itu.

Siapa pengusaha-pengusaha hotel dan rumah tumpangan ini? Siapa pula yang menjalankan bisnes kecil-kecilan seperti peniaga-peniaga gerai dan pemandu-pemandu teksi itu?

Kumpulan mana yang mungkin sekali berada jauh di luar Kuala Lumpur yang memerlukan tempat tidur bagi menyertai Demo Jalanan tersebut?


Kaum mana yang menjalankan akviti-akviti perniagaan kecil-kecilan yang bakal terjejas dan mengalami kerugian akibat Demo Jalanan itu nanti? Kumpulan kaum mana yang mungkin sekali menempah bilik-bilik hotel tersebut sekaligus memberikan pulangan perniagaan yang baik kepada pengusaha-pengusaha hotel ini?



(diperolehi dari laman JUST MY THOUGHTS)
Related Posts with Thumbnails