Rancangan Demo Jalanan "ambiga-PAS" kononnya berpunca kepada proses pilihanraya yang didakwa tidak bersih?
Kaldai dan lembu pun dapat melihat sekiranya proses itu tidak bersih, maka tidak akan jatuhlah beberapa negeri kepada pihak pembangkang dalam pilihanraya lepas. Setiap pilihanraya umum/kecil (PRUK) sebelum ini pun terdapat pihak pemerhati dari luar yang memerhatikan perjalanan pilihanraya. Tiada bantahan besar pun yang disuarakan oleh pihak-pihak pemerhati ini yang boleh mengatakan bahawa pilihanraya-pilihanraya itu dijalankan dengan secara tidak bersih / tidak adil.
Walaupun berbuih mulut orang ramai cuba menonjolkan bukti PRUK telah dijalankan dengan baik apabila jatuhnya beberapa kawasan dan negeri kepada pihak pembangkang, "ambiga-PAS" dan pengkhianat-pengkhianat negara yang bersekutu dengan mereka akan membuat bodoh dan muka selamba sahaja dengan terus mendakwa bahawa demo jalanan mereka adalah oleh kerana proses PRUK adalah tidak bersih.
Kenapa begitu? Kemungkinan dua sebab:-
- Tahap otak mereka adalah jauh lebih rendah dari tahap otak kaldai dan lembu yang dapat melihat bukti mudah dengan kemenangan pihak pembangkang di beberapa kawasan dan negeri dalam PRUK lepas
- Objektif sebenar demo jalanan "ambiga-PAS" dan pengkhianat-pengkhianat negara yang bersekutu dengan mereka adalah untuk MERAMPAS KUASA secara KOTOR, iaitu, dengan tidak melalui proses PRU yang BERSIH.
Mereka terangsang dengan apa yang berlaku di Iraq, Libya, negara-negara Arab di mana terdapat tangan-tangan ghaib yang bekerjasama dengan kumpulan pemegang myKAD negara ini sendiri bagi menjatuhkan kerajaan yang ada. Samada pemerintah itu zalim atau sebaliknya, itu bukan persoalannya kerana masing-masing pihak akan mendabik dirinyalah yang betul. Ini soal MERAMPAS KUASA melalui proses yang KOTOR dan tidak demokratik.
Kalau tidak, kenapa "ambiga-PAS" dan pengkhianat-pengkhianat negara yang bersekutu dengan mereka ini menganjurkan demo jalanan di beberapa buah negara asing juga? Jelas mereka mahu mengundang kerjasama negara-negara ini supaya bersimpati dengan mereka bagi tujuan MERAMPAS KUASA negara ini. Bukannya proses PRK yang tidak bersih!
"ambiga-PAS" dan pengkhianat-pengkhianat negara ini hanya akan berpuas hati apabila kerajaan sekarang ini jatuh, bukan?
"ambiga-PAS" dan pengkhianat-pengkhianat negara ini hanya akan berpuas hati apabila kerajaan sekarang ini jatuh, bukan?
Baiklah, mungkin mereka akan berjaya. Kenapa?
- Kerana terdapat lembu-lembu dan kaldai-kaldai Melayu dan Bumiputera, orang-orang asal Semenanjung Tanah Melayu yang tidak berupaya berfikir lebih jauh sedikit. Mereka masih "curious".
(The "ousted" cows?) |
Inilah masa terbaik bagi komunis-komunis untuk meRAMPAS KUASA setelah mereka tidak terdaya melakukan secara demokratik, iaitu melalui proses PRUK yang BERSIH. Melalui "ambiga-PAS" dan sekutunya, mereka secara KOTOR akan menjatuhkan kerajaan melalui demo jalanan yang diadakan serentak di dalam dan di luar negara.
Apa ada dengan Anwar Ibrahim?
Senang saja..! Anwar akan ke Sungai Buloh! Checkmate! Tetapi, Anwaristas masih lagi berusaha dengan begitu desperate, kerana 'checkmate' belum 'official' lagi setakat ini. Apabila 'checkmate' telah 'official' nanti, apakah lagi cara untuk Anwar bebas dari tuduhan Saudara Saiful?
Ya.. tidak lain tidak bukan, melalui kejayaan demo jalanan "ambiga-PAS" yang bakal mengangkat Anwar sebagai ketua kerajaan. Masa itu, Saudara Saiful pula akan dituduh di mahkamah dan Saudara Saiful tidak akan melalui proses penangguhan perbicaraan "Malaysian Book of Records" yang telah berlangsung selama lebih 2 tahun dan lebih 50 kali penangguhan untuk disabitkan dengan kesalahan.
Jangan pandang ringan. Komunis akan berjaya menakluk "Semenanjung Tanah Melayu". Kenapa?
- (1) Perlukah kita menghurai dengan panjang lebar mengenai pentadbiran "elegance-silent-play-safe" DS Najib yang dibarisi oleh Menteri Amaran, KP yang diangkat oleh golongan "Setiakatwang", kewujudan trojan-trojan horse anwaristas, ahli-ahli pasukan yang mendahulukan $$$/jawatan bukannya mendahulukan rakyat di samping golongan "con"sultans, punahsihats, pemandu yang hisap candu dan pemudah yang hisap dadah?
Desas desus rombakan (besar) kabinet DS Najib seawal tahun lepas lagi (atau lebih awal dari itu?). Hari ini KP, 48-peti besi, anwaristas masih juga membarisi barisan hulubalang-hulubalang DS Najib. Apakah DS Najib (seorang ketua) mengharapkan ahli-ahli UMNO menentukan kedudukan mereka-mereka ini dalam kabinet/kerajaan apabila tiba waktu pemilihan parti?, Kenapa tidak diambil tindakan berani/tegas sekarang bagi membersihkan keadaan? (seperti mengharapkan lebih 1,600 laporan polis terhadap rancangan demo jalan "ambiga-PAS" bagi menyelesaikan keadaan daripada mengambil tindakan tegas/berani, seperti ISA terhadap mereka-mereka yang sudah sekian lama menimbulkan keadaan resah di dalam negara, contohnya). DS Najib mungkin beruntung dahulu kerana TS Muhyiddin yang berani bersuara dari dalam bagi mendesak Pak Lah supaya melepaskan jawatan. Suara DS Najib sendiri rasanya memang tidak kedengaran untuk berani mendesak Pak Lah pada waktu itu.
Maka tidaklah keterlaluan sekiranya menganggap sikap dan cara pentadbiran DS Najib sendirilah yang mengundang pengkhianat-pengkhianat negara ini memiijak kepala, naik tocang, berani bertindak dan akhirnya menjatuhkan kerajaan. DS Najib harus sedar dan insaf bahawa dibahunya adalah terpikul sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu yang kini nampaknya sedang diterobek oleh anasir-anasir subversif secara halus dengan bantuan tangan-tangan ghaib asing. Mereka akan mempergunakan alasan "demokrasi global" yang kononnya negara ini sedang di bawah pemerintahan yang kejam, zalim, tidak adil lagi kotor. Barangsiapa yang tidak ikut menyahut aspirasi "demokrasi global" yang dicanang oleh pengkhianat-pengkhianat negara ini, mereka akan dicap sebagai katak di bawah tempurung. Sebahagian orang Melayu yang tidak mempunyai tulang belakang akan terus bertukar menjadi lembu dan kaldai (yang bakal ditunggangi oleh pengkhianat-pengkhianat ini), dek malu dicap sebagai katak yang tidak liberal di bawah tempurung.
- (2) Anwar akan bebas! Kerajaan yang lemah melutut dan tidak tegas ini menjadi alasan kepada mahkamah "betul kayu lurus bendul" dalam perbicaraan Anwar, seolah-olah menunggu Anwar berjaya "MERAMPAS KUASA" sebelum mensabitkan Anwar dengan pertuduhan yang dikemukakan oleh Saudara Saiful. Perlukah diulas lebih lanjut lagi apabila perbicaraan sudah lebih 2 tahun dan lebih 50 kali penangguhan walaupun ianya seterang sinar mentari menyuluh kelakuan Anwar? Sodomy I pun membuktikan kelakuan Anwar walaupun beliau terlepas secara teknikal. Dan pula Anwar terlalu bebas ke sana ke mari, di dalam dan di luar, sambil berkempen meraih simpati terhadap perbicaraan liwatnya di samping memburuk-burukkan kerajaan dan mengundang pemberontakan dari luar seperti "buluh runcing Indonesia" dan pelbagai kerenah lagi. Bandingkan moral standard Anwar dengan tokoh-tokoh asing yang terus meletak jawatan dan rela dihadapkan kemuka pengadilan apabila dituduh jenayah seksual. Itu baru tuduhan, belum lagi pembicaraan pertuduhan untuk disabitkan kesalahannya.
Soalnya, "betul kayu lurus bendul" ini nampaknya hanya berpihak kepada Anwar sehingga berjaya mengheret perbicaraan sekian lama sehingga kini. "Betul kayu lurus bendul" ini tidak pula dimenafaatkan bagi membela nasib Saudara Saiful. Berani Saiful kerana benar, takut Anwar kerana salah! Ini amat jelas!!
Nasib Saudara Saiful ini samalah juga dengan nasib pembeli-pembeli hartanah terbengkalai. Pihak pembeli mematuhi segala "obligations" yang ada dalam "Sale & Purchase Agreement (S&P)". Lambat sikit bayar, akan terus dihujani dengan denda, interest dan akhirnya tindakan mahkamah bagi membangkrap pembeli yang tidak membayar ansuran. Bagaimana pula dengan pihak pemaju yang ikut sama berjanji untuk mematuhi segala "obligations" dalam S&P? Senang-senang saja menterbengkalaikan projek dan buat kompeni lain untuk terus "berniaga" dalam bidang hartanah. Pembeli yang hilang wang, hilang hartanah akan berdepan dengan mahkamah "betul kayu lurus bendul" ini apabila cuba menuntut keadilan. Akhirnya, lebih banyak lagi wang melayang membayar loyar-loyar dalam usaha menuntut keadilan ini. Cuba buat kaji selidik ramai mana yang pergi mahkamah dan mendapat keadilan dalam soal ini? Kenapa mangsa-mangsa projek terbengkalai ini langsung tidak berminat untuk ke mahkamah bagi menuntut keadilan?
Nasib Saudara Saiful ini samalah juga dengan nasib pembeli-pembeli hartanah terbengkalai. Pihak pembeli mematuhi segala "obligations" yang ada dalam "Sale & Purchase Agreement (S&P)". Lambat sikit bayar, akan terus dihujani dengan denda, interest dan akhirnya tindakan mahkamah bagi membangkrap pembeli yang tidak membayar ansuran. Bagaimana pula dengan pihak pemaju yang ikut sama berjanji untuk mematuhi segala "obligations" dalam S&P? Senang-senang saja menterbengkalaikan projek dan buat kompeni lain untuk terus "berniaga" dalam bidang hartanah. Pembeli yang hilang wang, hilang hartanah akan berdepan dengan mahkamah "betul kayu lurus bendul" ini apabila cuba menuntut keadilan. Akhirnya, lebih banyak lagi wang melayang membayar loyar-loyar dalam usaha menuntut keadilan ini. Cuba buat kaji selidik ramai mana yang pergi mahkamah dan mendapat keadilan dalam soal ini? Kenapa mangsa-mangsa projek terbengkalai ini langsung tidak berminat untuk ke mahkamah bagi menuntut keadilan?
Jadi, sekiranya demo jalanan "ambiga-PAS" ini berjaya, maka peluang besar akan tersedia bagi Anwar bebas dari tuduhan meliwat apabila beliau akan diangkat menjadi ketua negara. Segala rahsia-rahsia liwatnya diketahui oleh DAP melalui peguam utamanya, Karpal Singh (orang yang pertama sekali, di dalam parlimen, menuduh Anwar meliwat dan orang yang sama yang menyuruh Anwar bertaubat !!). Maka Anwar akan mengetuai negara ini dengan berada di bawah telunjuk DAP. Perubahan akan dilakukan, mungkin seperti yang digambarkan oleh, "Satira - When A Kaldai Reaches Putrajaya". Tindakan awal mungkin dilakukan adalah bagi menjadikan negara ini sebuah negara liberal (kononnya) dengan menghapuskan Kontrak Sosial seperti yang digambarkan oleh video you tube yang dimuatkan di sini selepas ini.
Selepas itu lembu-lembu yang sudah ditunggang dan dipergunakan, akan dijual.
Apabila Perlembagaan Negara berjaya ditukarkan mengikut citarasa DAPigs, maka Anwar akan ke Sg. Buloh juga akhirnya.
Bukan sahaja Anwar akan berada di bawah telunjuk DAPigs, tetapi juga Singapura (PAP) ?
Bayangkanlah apa akan terjadi kepada sesebuah negara dan bangsanya apabila "telur" seorang ketua negara yang dikepit dan dipicit sebegitu rupa.
Lengkap sudahlah penaklukan bumi Semenanjung Tanah Melayu oleh anasir-anasir subversif tanpa penggunaan senjata. Masa itu, nasi sudah menjadi bubur kepada orang-orang Melayu & Bumiputera apabila tindakan murah hati mereka menerima penubuhan Malaysia dengan menyerahkan Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah suatu perkara yang amat malang, bukan malangnya penubuhan Malaysia, tetapi malangnya kerana tidak membendung kegiatan-kegiatan anasir subversif yang sememangnya tidak mahukan Malaysia. Mereka menyalak dan melaung menentang Kontrak Sosial terutamanya Artikel Perlembagaan Persekutuan 153, 152, Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Agama Islam. Malahan terdapat sebahagian daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera, PAS khasnya, turun taraf menjadi lembu-lembu dan kaldai-kaldai yang rela ditunggang oleh anasir-anasir subversif ini bagi menakluki Semenanjung Tanah Melayu, bumi dan tanah tumpah darah mereka sendiri. Tidak kurang juga pemimpin-pemimpin yang ada kini, yang melancarkan model-model baru ekonomi, polisi-polisi liberalisasi kononnya - dengan kuasa yang ada ditangan, mereka-mereka lebih teruk lagi daripada anasir-anasir subversif yang masih belum memegang kuasa pemerintahan. Dengan kuasa yang ada ditangan, pemimpin-pemimpin ini sesuka hati membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan atas dasar Kontrak Sosial tersebut. Apa bezanya pemimpin-pemimpin ini dengan anasir-anasir subversif tadi?
Aaaahh!! Orang politik! Sama saja, pihak kerajaan ataupun pembangkang. Politik kini bukan lagi kerana nusa dan bangsa yang terjajah tetapi kerana peti undi untuk berkuasa dan mengaut wang ringgit. Yang memegang kuasa hendak terus berkuasa, yang belum berkuasa hendak MERAMPAS kuasa. Agaknya sudah jadi suatu kebiasaan apabila orang politik bercakap. Cakap tidak serupa bikin. Mereka harus ingat - walaupun Malaya sudah merdeka dan bebas dari ancaman bersenjata komunis, negara Malaysia ini masih terlalu amat muda. Baru saja hendak menjangkau usia 50 tahun berbanding dengan negara-negara yang sudah kukuh beridentiti setelah melalui proses pembinaan negara, yang memakan masa beratus-ratus tahun lamanya.
Tugas berat yang harus diterajui oleh kerajaan yang memerintah bersama-sama dipikul oleh rakyat berjiwa kebangsaan adalah membina negara Malaysia ini kearah matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Inilah tugas dan tanggungjawab parti-parti politik selepas negara dimerdekakan dari penjajah.
Jadi segala apa yang menggugat usaha ke arah matlamat ini boleh dikategorikan kepada suatu tindakan yang menentang Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Ini bolehlah dianggap sebagai setaraf dengan perlakuan anasir-anasir subversif / komunis yang kini dilakukan secara lebih halus/refined, bukan lagi dengan secara mengangkat senjata. Kesan-kesannya dapat dilihat apabila pemimpin negara sendiri sudahpun membelakangi Perlembagaan Negara apabila sering berlutut bila isu-isu agama, pendidikan kebangsaan, bahasa rasmi ditimbulkan secara tidak wajar oleh mereka-mereka yang memegang myKAD. DS Najib sendiripun agak kemaruk dengan bahasa Mandarin sehingga terjejas usaha-usaha "SATU BAHASA" dan sehingga diberi gelaran tidak rasmi "BAPAK VERNAKULAR" apabila beliau begitu tegar membela sistem pendidikan vernakular; yang anehnya, tidak dilakukan oleh sebarang negara di dunia ini.
Jadi segala apa yang menggugat usaha ke arah matlamat ini boleh dikategorikan kepada suatu tindakan yang menentang Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Ini bolehlah dianggap sebagai setaraf dengan perlakuan anasir-anasir subversif / komunis yang kini dilakukan secara lebih halus/refined, bukan lagi dengan secara mengangkat senjata. Kesan-kesannya dapat dilihat apabila pemimpin negara sendiri sudahpun membelakangi Perlembagaan Negara apabila sering berlutut bila isu-isu agama, pendidikan kebangsaan, bahasa rasmi ditimbulkan secara tidak wajar oleh mereka-mereka yang memegang myKAD. DS Najib sendiripun agak kemaruk dengan bahasa Mandarin sehingga terjejas usaha-usaha "SATU BAHASA" dan sehingga diberi gelaran tidak rasmi "BAPAK VERNAKULAR" apabila beliau begitu tegar membela sistem pendidikan vernakular; yang anehnya, tidak dilakukan oleh sebarang negara di dunia ini.
(KONTRAK SOSIAL - PERSETUJUAN MELUPUTKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU)
Rakyat yang berjiwa kebangsaan tidak mahu tindakan yang tidak bertamaddun demo jalanan "ambiga-PAS" ini. Mereka juga tidak mahu kepada kepada kerajaan yang lembik, tidak berupaya mengawal keadaan dan sering berlutut membelakangi Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan apabila cuba menangani laungan-laungan dan salakan-salakan anasir-anasir subversif.
Jadi apa pilihan yang ada kepada rakyat yang berjiwa kebangsaan ini? Politik pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demo jalanan "ambiga-PAS". Politik kerajaan pula lemah longlai "play-safe" mengharapkan orang lain menangani isu, seperti rakyat membuat lebih 1,600 laporan polis dan YDP Agong terpaksa bertitah menyelesaikan isu kebiadapan DAP dalam soal pemilihan AJK Masjid di Pulau Pinang baru-baru ini. Suatu isu yang sungguh kecil tapi gagal ditangani oleh kerajaan. Jadi apa pilihannya?
Bagaimana kalau orang Melayu, Bumiputera dan rakyat lain yang berjiwa kebangsaan (MBRJK) bangkit serta cuba memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Pihak yang sana mahukan kerajaan jatuh melalui demo jalanan "ambiga-PAS". Pihak yang sini juga mahu kerajaan yang berani, tegas dan adil. Kedua-duanya mahukan benda yang sama, PERALIHAN KUASA KERAJAAN.
Bagaimana kalau MBRJK bangkit bersama NGO-NGO tertentu, menyerahkan memorandum mengusulkan kepada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu supaya mengambil balik bumi Tanah Melayu ini, buat sementara?
- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
- Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
YDP Agong bersama sidang Raja-Raja Melayu dan Gabenor-Gabenor Negeri dengan disokong oleh Angkatan Tentera Di Raja menubuhkan panel perundingan negara bagi menggantikan kuasa pemerintahan negara, buat sementara waktu.
Akibat kerenah pembangkang dan kelemahan kerajaan, seruan seumpamanya telah disuarakan sebelum ini bagi memperbetulkan sistem pendidikan negara:-
Time to go "ROYAL" on Education Issues and For GAPENA to go fly a Teapot
Kini seruan yang serupa disuarakan. Humban UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain semuanya itu ke dalam laut! Kemudian pilih mereka-mereka yang berjiwa kebangsaan dari kalangan parti-parti politik yang telah dibuang ke laut itu, NGO-NGO, ahli-ahli fikir, rakyat biasa untuk menganggotai badan perundingan negara bagi membantu YDP Agong mentadbir negara ini sehinggalah parti-parti politik yang baru dan berjiwa kebangsaan tertubuh untuk meneruskan agenda "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Biar ada parti-parti politik dari dua-dua belah pihak, pro dan pembangkang, yang saling bekerjasama, check and balance bagi menjamin kesejahteraan negara ini, bukannya yang berebut-rebut kuasa dan wang ringgit.
Bila adanya parti-parti politik yang baru ini, berjiwa Malaysia, maka adakan semula PRU supaya kuasa mentadbir negara dapat diserahkan semula oleh YDP Agong.
What say you?
"SATU BANGSA Malaysia, SATU NEGARA Malaysia, SATU BAHASA Malaysia"
Sama-sama kita menuju kematlamatnya???