Monday, June 20, 2011

Siapa Sebenarnya Nakhoda Kapal Ini ?

Seminggu mengadap komputer selepas cuti sekolah hari itu, dua isu yang terasa "hangat" yang dibicarakan di blog-blog yang tersenarai adalah:-
Saya rasa, isu-isu di atas sedikit sebanyak mempunyai implikasi yang signifikan dan agak besar terhadap kesejahteraan negara. Ya lah... demonstrasi jalanan sekiranya tidak terkawal akan merebak kepada rusuhan dan boleh mencatatkan titik hitam dalam lipatan sejarah seperti peristiwa 13 Mei dahulu.

Isu pemilihan AJK pentadbir masjid-masjid negeri pula yang didalangi oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pula secara terang-terangan cuba membelakangi kuasa Yang Di Pertuan Agong sekaligus mencabuli Perlembagaan Negara. Kalau ini tidak dianggap "besar", remeh temeh serta dibiarkan berlarutan, buat apa ada negara Malaysia di atas mukabumi ini. Seolah-olah tiada daulat, tiada undang-undang - memberi kebebasan kepada beruk-beruk dan kera-kera hutan bermaharajalela.

(PETI UNDI)

Anyway, yang saya ingin bertanyakan kepada pengunjung-pengunjung blog ini sebenarnya adalah :-

"Apa komen atau arahan DS Najib dalam isu-isu yang sedang hangat dibicarakan ini?"

Maaflah, saya jarang tengok berita-berita di TV. Saya tentu sekali "terlepas" kalau-kalau ada apa-apa "arahan" dari DS Najib, sebagai PM negara, dalam menanganinya. Kalau berdasarkan yang lepas-lepas, suara DS Najib agak tidak kedengaran, agak tenggelam, apabila ada isu-isu panas seperti isu "Allah", "al-kitab", maupun isu-isu "NurJazlan", "Biasiswa", "peruntukan Perlembagaan Negara kepada kaum Melayu dan Bumiputera" yang terlalu amat sering dicabar oleh, bukan sahaja cauvinis DAP, tetapi juga MCA dan Gerakan, "Interlok" dan pelbagai lagi isu-isu yang begitu hangat yang menggugat kesejahteraan negara. Anwar, seorang yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini pun, nampaknya sungguh bebas untuk bergerak kesana-sini "bergelagat". Bila hari pembicaraan mahkamah semakin hampir, maka akan timbullah suasana hangat seperti "demo jalanan", "buluh runcing", "kecoh sidang dewan negeri Perak" dan macam-macam lagi kekecohan. "Gelagat" ini sekiranya benar, adalah amat bahaya kepada keselamatan negara kerana ianya akan melibatkan pencerobohan orang luar.

DS Najib macam terlebih "berdiam diri" sementara isu-isu tersebut hangat "dipermainkan" oleh pelbagai pihak yang mempunyai agenda tersendiri. Dahulu, rasanya jarang timbul situasi yang memerlukan Yang Di Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu bertitah untuk meredakan keadaan (seperti titah-perintah YDP Agong supaya menangguhkan pemilihan masjid di Pulau Pinang baru-baru ini). Selalunya kes akan selesai diperingkat eksekutif apabila PM bersuara tegas dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi tidak membiarkan keadaan "hangat" berlarutan. Menteri Dalam Negeri pun macam tidak ujud langsung (eh! eh! silap...), membuatkan rakyat jelata resah gelisah apabila isu-isu hangat ini berlarutan begitu saja. Nasib baik PDRM tidaklah "sediam" Menterinya dalam menangani isu-isu sensitif ini. Kalau adapun penyelesaian yang diumumkan kerajaan, penyelesaiannya amatlah tidak berkualiti dan mengundang cemuhan dari kedua-dua belah pihak yang terlibat seperti "penyelesaian 10 Perkara 1-Malaysia Idris Jala" terhadap isu "al-kitab" seketika waktu dahulu.


PAS sudah hancur diterobek oleh golongan anwarista. Dalam UMNO, malahan kabinet kerajaan sendiripun, dikhuatiri terdapat ramai golongan anwarista ini. Usah ceritalah soal golongan cauvinis yang namanya DAP (diluar kerajaan) dan MCA (di dalam kerajaan).

Apa tindakan yang diambil?

PRU semakin menghampiri. Rumah UMNO belum juga lagi disapu, dibersihkan, setidak-tidaknya dapat memberi nafas kepada Pemudanya yang telah begitu layu tidak bermaya. Yang ada hanya budak-budak nakal masih terloncat-loncat membuat kerenah dalam rumah. 

Entahlah, masing-masing terlalu sibuk dengan agenda masing-masing. Agaknya DS Najib terlalu sibuk di Khazakhstan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara, kot.
Related Posts with Thumbnails