Wednesday, May 26, 2010

Pendatang


Kita semua pendatang... kecualilah anda tidak percaya kepada bermulanya titik tolak dan asal usul manusia daripada Nabi Adam dan Hawa. Jadi, apa isunya dengan gelaran 'Pendatang' ini?

Kita, manusia, berasal dari satu tempat di mana turunnya Nabi Adam dan Hawa di muka bumi ini pada suatu ketika dahulu. Dari masa ke semasa, kita bertebaran di muka bumi ini. Ada orang singgah dan langsung menetap di Amerika. Mereka bercampur gaul, berasimilisasi dengan penduduk tempatan yang sedia ada, lalu akhirnya mereka di kenali sebagai orang Amerika.

Ada orang yang bukan berasal dari benua Eropah, tapi mereka berhijrah ke England. Mereka bercampur gaul dengan penduduk tempatan, berasimilisasi, patuh kepada undang-undang dan menjadi orang Inggeris akhirnya.

Ada juga yang datang dari benua Afrika, singgah di Asia, membina kehidupan baru di Thailand. Mereka juga berasimilisasi, mengamal budaya tempatan, bercakap bahasa tempatan dan berikrar taat sumpah setia kepada negara Thailand. Maka jadilah mereka orang Thailand, bukan lagi orang Afrika.

Mereka kesemuanya seperti contoh di atas, bukan lagi digelar 'Pendatang' di bumi Amerika, England ataupun Thailand. Walaupun mereka berasal dari negara lain, kini, mereka adalah orang Amerika, orang England dan orang Thailand. Walaupun warna kulit mereka berlainan dengan penduduk asal, tetapi mereka tetap warga Amerika, England dan Thailand kerana mereka telah berasimilisasi, mengamalkan budaya tempatan, hormat serta patuh dengan undang-undang negara dan bercakap bahasa kebangsaan masing-masing.

Di Malaysia ini, ada yang asal usulnya dari Tanah Arab, ada yang dari Tanah Jawa, Tanah Siam, Tanah India, Tanah Besar Negeri Cina dan dari segenap pelusuk dunia lagi. Hari ini mereka bukan lagi dikenali sebagai orang Arab, orang Indonesia, Orang Thai, Orang India, Orang Cina; tetapi mereka adalah orang Malaysia kerana mereka dan keturunan masing-masing telah berjaya berasilimisasi, mengamalkan budaya tempatan dan bertutur bahasa Kebangsaan tempatan.

Tetapi masih ada yang kekal sebagai 'Pendatang'. Sekalipun lahir di bumi asing, mereka tetap mengekalkan status 'Pendatang' mereka. Cuma mereka tidak gelarkan diri mereka 'Pendatang', walaupun pada hakikatnya mereka sememangnya 'Pendatang'. Mereka berada di bumi asing. Kaki mereka berpijak di bumi asing, langit negara asal jua yang mereka junjung.

"They came here to start a new life"
(Ini akuan mereka sendiri. Memang mereka ini 'Pendatang' pada asalnya mencari kehidupan baru di bumi asing yang jauh)

"They ended up starting a whole new culture"
(Inilah bukti mereka masih juga 'Pendatang', kerana membawa budaya mereka ke bumi asing. "Pendatang' sememangnya kekal 'Pendatang' kerana tidak mahu berasimilisasi. Mereka tetap dengan budaya mereka, bahasa mereka di bumi yang asing)


Pada mulanya mereka hanya datang untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi asing di lombong-lombong bijih. Malah mereka sendiri pun terperanjat apabila....

"RICHES OF GOLD
SILVER AND PRECIOUS STONES
Surprisingly all were gained
through mining tin"


Baik sungguh penduduk-penduduk asal Tanah Melayu. Memberi harapan kehidupan baru di bumi yang jauh kepada 'Pendatang'. Merelakan kekayaan bumi sendiri kepada 'Pendatang'. Berkongsi tanah tumpah darah dengan menganugerahkan taraf warga negara kepada 'Pendatang'.

Ucapan 'terima kasih' yang semacam mana dibalas kepada penduduk-penduduk asal Tanah Melayu? Memutarbelit makna sebenar 'Ketuanan Melayu' sehingga ungkapan tersebut menjadi begitu buruk? Mempersoalkan yang sememangnya sediaada pada penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan mendakwanya ianya tidak adil dan sama rata? Cuba melakukan jenayah sosial yang terancang dengan menakluki serta menghapuskan budaya tempatan lalu mahu diganti dengan budaya negaral asal mereka? Semuanya ini dilakukan dengan menidakkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, dan menjunjung bahasa asing mereka? What else Do They Want?

** Kedua-dua foto di atas dirakamkan pada bulan Mei 2010, dari gambar hiasan dinding yang terdapat di salah satu tangga bergerak (elevator) yang ada di pusat membelibelah 1-Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sebagaimana yang ramai maklum, 1-Utama adalah salah sebuah pusat membelibelah terulung negara di mana ianya menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong tempatan malah juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing. Agaknya, itulah kenyataan yang ingin disebarkan  oleh 'Pendatang' di mata dunia.  

Related Posts with Thumbnails