Saya tertarik dengan tulisan The Scribe A Kadir Jasin yang dipetik seperti berikut:-
Tan Sri Vincent Tan telah meraih lebih RM500 juta sebaik saja Menteri Kewangan, Dato Awang Adek, menandatangani surat kelulusan lesen judi. Awang Adek hanyalah 'YES MINISTER'. Najib sebenarnya yang sudah lama berhasrat untuk memberikan lesen judi tersebut. Telah menjadi tugas Awang Adek, sebagai Menteri di dalam kabinet Najib untuk merealisasikan kemahuan Bossnya, tanpa melawan walaupun Awang Adek seorang Melayu beragama Islam (Awe Adek nih 'Oghe Kelate' ko???).
Kita tinggalkan Awe Adek dan bossnya, Najib. Kita beralih pula pada Vincent Tan.
Vincent Tan seorang 'business man' yang terkenal sudah tentu akan memanafaatkan RM500 juta lebih yang diraihnya itu dengan sebaik-baiknya. Mungkin sekali beliau akan melabur sebahagian perolehan itu untuk memungkinkan perolehan yang lebih besar lagi. Maklumlah, RM500 juta tu macam-macam boleh dibuat dan sekiranya pelaburan itu berjaya, ratusan juta ringgit itu tentu sekali akan menjadi puluhan bilion ringgit.
Contoh la....
Dengan RM500 juta lebih itu Vincent Tan akan membuka perniagaan baru dengan anak syarikat baru, katalah sebuah syarikat tempatan berkaitan hartanah. Kita nak tanya:-
- Mungkinkah Tan Sri mengambil orang Asli, orang Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain bukan cina (AMSSL) untuk mengendalikan sepenuhnya anak syarikat baru tersebut ataupun, CEO anak syarikat tersebut akan meletak syarat - "Required Language(s) : Chinese, English" sebelum salah seorang AMSSL dapat dilantik ke dalam syarikat untuk digaji sebagai 'office boy'?
- Ataupun Tan Sri laburkannya "strictly" ke dalam jaringan 'Tan's Families 'sahaja supaya 'Empire Vincent Tan' dalam dunia perniagaan akan terus gah biarpun masih terdapat sebilangan besar masyarakat AMSSL yang masih daif kerana sasaran NEP/DEB belum lagi tercapai? Ataupun dilaburkan kepada kaum cina sahaja yang dikatakan telah di diskriminasikan dengan begitu teruk sekali di bumi Malaysia ini?
- Awang Adek dah berkongsi dakwat pen, Najib dah berkongsi kuasa ketua kerajaan yang telah dianugerahkan kepadanya melalui undi majoriti oleh AMSSL. Tan Sri berkongsi apa? Dengan siapa?
Cuba kita kembali semula pada Najib (Tak payahlah berbalik kepada Awang Adek)... dan bertanya....
- Macamana susur galurnya yang memungkinkan Tan Sri Vincent tu dapat RM500 juta lebih ek?
- Bukankah dalam pilihanraya majoriti telah mengundi BN sebagai kerajaan lalu Dato Seri jadi Perdana Menterinya? Bukankah majoriti itu hampir 70% yang terdiri dari Orang Melayu dan Bumiputera? Dan dengan kuasa ketua kerajaan Dato Seri bagi RM500 juta lebih melalui kelulusan lesen judi? Eh! Jadinya rakyat lah yang bagi lesen judi tu ek? Haram jadah rakyat ni! Tak nak tubuhkan satu GLC betting kuda lari ke, Jib?
- Kenapa ek Dato Seri laksanakan Dasar Liberalisasi di mana banyak yang ada pada Orang Melayu telah ditarik balik? Tak nak Liberalisaikan juga ke yang RM500 juta lebih tu? MEB/NEM apa citer?
Malaslah nak tanya banyak-banyak... Ini baru RM500 juta lebih yang melibatkan Ascot Sports, yang lain-lain lagi? Mungkin bernilai berbillion-billion tu. Ada lagi ke, Encik Taek Jho Low?
Kalaulah yang mungkin berbilion-bilion itu (atau setidak-tidaknya RM500 juta lebih) dapat dimanafaatkan kepada masyarakat/rakyat, bukannya kepada individu-individu tertentu, mungkin The Scribe A Kadir Jasin tidak menulis perenggan ini:-
Official statistics that accompanied the launching of the New Economic Model, show that 60 per cent of households earn below RM3,000 a month, and 80 per cent of them are Bumiputera households
Jadi betul ke Orang Melayu dan Bumiputera ini mendapat layanan yang begitu istimewa dari kerajaan, sehinggakan Dato' Seri nampaknya begitu bersikap apologetik kepada kaum cina di Malaysia ini?