Mereka tidak memilih dan menyokong anda sebagai ketua untuk anda merelakan diri anda dikencing, kiri dan kanan, dan berkali-kali.
- Anda taburkan duit untuk sekolah yang mendaulatkan bahasa asing. Duit siapa yang anda taburkan itu? Duit rakyat?
- Anda menyeru rakyat menguasai bahasa asing, tapi anda tidak acuh untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang dimaktubkan oleh Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa
- Islam agama rasmi tetapi anda kalah melutut memberikan lesen judi
- Demi undi yang anda kejar, anda taburkan lagi duit rakyat (?) kepada masyarakat yang sememangnya tidak daif. Ada lagi masyarakat yang lebih daif yang memerlukan bantuan.
- Anda lebih membela kewujudan sekolah-sekolah yang lebih bercirikan pengasingan dari penyatuan anak bangsa. Seruan Satu Sekolah Untuk Semua anda ketepikan.
- Ada dikalangan penyokong anda sendiri meluahkan perasaan, tetapi anda herdik dan marahkan dia. Anda hukum dia. Anda turut sama mengiyakan tuduhan "rasis". Tetapi apabila yang sebelah itu ternyata bersikap lebih "rasis" lagi, anda diam saja.
- Ada yang mengherokan bapak komunis. Mahu bapak komunis diterima dibumi ini. Anda diam juga.
- Macam-macam kerenah dibuat. Ada yang terang-terang melanggar kedaulatan undang-undang negara. Anda diam lagi. Takut nak ambil tindakan?
- Institusi-institusi penguatkuasaan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang diperkotak-katikan, malah tanpa Kesopanan dan Kesusilaan mereka juga menghina Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apa anda buat? Diam dan melutut juga?
- Setiap kali ada pilihanraya, desakan-desakan dari sebelah mana yang anda berlutut dan mengalah?
- Menerusi dasar yang kononnya liberal, apa yang telah ada, anda hendak lupuskan. sehingga terguris hati. Anda bagi kepada mereka-mereka yang mendesak dan bersuara bising. Yang mana satu di antara dua ini yang memberikan undi kepada anda pada setiap kali pilihanraya diadakan?
- Nah Sibu, anda....
KENA LAGI !!!!
Bak Kata Pepatah....
Yang dikejar, tak dapat .... (kena kencing ada laa!!!)
Yang dikendong berciciran.......
(yang memberikan undi kepada anda semakin terhiris hatinya)
Tidakkah anda terfikir sejenak bahawa sikap apologetik anda telah begitu terlampau dan terlalu melebihi had?
Mana ada orang memilih seorang ketua untuk dikencingkan sebegitu sekali?
Mereka boleh menerima kekalahan dengan hati yang ceria sekiranya ketua mereka tegas, berani dan tidak mengalah serta tidak apologetik dengan tidak bertempat.