Kadang-kadang tertanya juga kenapa MB Kelantan Dato Nik Aziz nampak begitu tegar sekali membela DS Anwar Ibrahim. Boleh dikatakan sampai ke tahap berpatah arang, berkerat rotan dan juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai membuta tuli.
"Menjilat tapak kaki Anwar" kini telah menjadi sindiran terbaru kepada Dato Nik Aziz dalam usahanya berhabis-habisan membela DS Anwar.
Kenapa ye? Dato Nik Aziz ada terhutang apa-apa ke dengan DS Anwar? Hutang harta? Hutang maruah? Hutang budi? Kalau benar, besar sungguh nampaknya hutang ini. Atau DS Anwar mampu membiaya segala perancangan politik Dato Nik Aziz?
Tidak perlu rasanya untuk menyeru masyarakat yang ramai supaya tidak "mengata-ngata" kepada DS Anwar, terutamanya dalam isu Video Seks dan Kes Liwatnya. DS Anwar sendiri nampaknya mengundang telahan serta andaian sebegini.
Sepatutnya Dato Nik Aziz hanya perlu menyeru seorang sahaja, iaitu DS Anwar sendiri. Apabila Saiful bersumpah laknat dahulu, sepatutnya Dato Nik Aziz menggesa Anwar supaya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat juga. Sekiranya ini berlaku, orang ramai yang mengata-ngata itu akan terdiam sehinggalah kes liwat itu dapat diputuskan di mahkamah. Semakin DS Anwar berdolak dalih, semakin itulah juga beliau secara tidak langsung mengundang kata-kata tuduhan terhadap beliau kerana asas tuduhan tersebut tidak disangkal sendiri oleh DS Anwar. Kenapa? Kerana DS Anwar Ibrahim sememangnya bersalah. Jika tidak, jawapannya hanya akan ada pada DS Anwar sendiri, bukannya pada Dato Nik Aziz.
Dato Nik Aziz juga sepatutnya sudah lama menggesa pasukan pembela Anwar supaya LEKAS-LEKAS membuktikan DS Anwar tidak bersalah meliwat Saiful. Ini tidak, perbicaraan kes nampaknya memang sengaja ditangguh-tangguhkan oleh pasukan DS Anwar sehingga melebihi 50 kali penangguhan yang memakan masa lebih 2 tahun. Ini belum lagi perbicaraan sebenar kes tersebut. Ini baru saja untuk menentukan samada DS Anwar perlu bela diri atau tidak. Sekiranya DS Anwar didapati perlu membela dirinya, tidak tahulah pula berapa lama perbicaraan mahkamah akan berlangsung untuk memutuskan samada DS Anwar benar-benar bersalah dan dijatuhkan hukum ataupun sebaliknya.
Kenapa DS Anwar TIDAK MAHU cepat-cepat membuktikan yang beliau tidak bersalah sebagaimana beliau laung-laungkan selama ini? Pelik bukan? Lagi sekali, jawapan hanya ada pada DS Anwar sendiri, dan bukannya Dato Nik Aziz.

Selagi DS Anwar berdolak dalih tidak mahu berdepan dengan sumpah laknat Saiful, selagi DS Anwar mencari pelbagai alasan supaya kes liwatnya tidak dapat diputuskan secepat mungkin di mahkamah, selagi itulah orang ramai akan menganggap DS Anwar sememangnya bersalah. Ini hanyalah berdasarkan kepada logik apabila melihat gelagat DS Anwar sendiri. Maka akan lebih banyaklah lagi video-video seks dan bermacam-macam lagi pendedahan bakal ditimbulkan.
Dato Nik Aziz hanya perlu menyeru DS Anwar seorang sahaja, bukannya ramai orang lain, dengan "fatwa" terbarunya, supaya tuduhan-tuduhan terhadap DS Anwar dapat "disenyapkan" serta merta. Senang sahaja. Seru DS Anwar supaya membalas sumpah laknat Saiful dan buktikan tanpa lengah bahawa beliau memang tidak bersalah dengan tidak "mengganggu" proses penghakiman mahkamah.
Begitu senang bukan (sekira DS Anwar benar-benar berada di pihak yang BENAR)? Tidak perlulah Dato Nik Aziz mengeluarkan "fatwa" menjilat tapak kaki, kemudian dipersenda-sendakan pula oleh orang ramai.
Bukan Dato Nik Aziz tidak tahu bahawa DS Anwar adalah bekas timbalan presiden UMNO suatu ketika dahulu. Anwar berada kembali di dalam UMNO adalah merupakan suatu kemungkinan yang tidak boleh ditepis begitu sahaja. Bagaimana pula reaksi Dato Nik Aziz sekiranya ini berlaku? Sanggupkah Dato Nik Aziz menjilat kaki orang ramai?
Apakah "rahsia besar" Dato Nik Aziz yang dikini digenggam oleh DS Anwar sehinggakan Dato Nik Aziz nampaknya telah "lupa" akan siapa dirinya sendiri sebelum ini?