(Kenyataan Pengerusi UDA Holdngs) |
Artikel ini terilham dari penulisan DIN TURTLE yang bertajuk "UDA Pinggirkan Melayu ?"
Dari artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia Online bertajuk "Di manakah agenda bumiputera UDA?" yang ditulis oleh Dr. Siti Nabiha (USM), kita maklum bahawa Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) telah dilahirkan apabila Akta 46, Pembangunan Bandar 1971 diluluskan di Parlimen pada 12 November, 1971.
Adalah difahamkan bahawa akta tersebut diwujudkan bagi mencapai sasaran 30% pemilikan hartanah bumiputra di kawasan bandar dalam jangka masa pencapaian selama 20 tahun.
Apabila kita membaca kenyataan Pengerusi UDA Holdings seperti yang terpapar dalam imej di sini, maka adalah jelas bahawa UDA Holdings nampaknya tidak lagi menggalas amanah yang dipertanggung-jawabkan keatasnya apabila kenyataan itu telah menyimpang dari matlamat asal UDA.
Senang kata, UDA bukanlah bersifat seperti pemaju-pemaju hartanah lain yang mana pulangan / keuntungan adalah menjadi faktor utama. UDA tidak harus terlalu mengira pulangan / keuntungan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. UDA sepatutnya menilai prestasinya samada pencapaian 30% pemilikan hartanah di kawasan-kawasan bandar berjaya dimiliki oleh Bumiputera ataupun tidak. Inilah kayu pengukur UDA, iaitu pemilikan hartanah oleh Bumiputera bukannya pulangan / keuntungan yang boleh dikecapi oleh UDA Holdings.
Berdasarkan ini, adalah wajar persoalan-persoalan seperti "UDA Pinggirkan Melayu ?" dan "Di manakah agenda bumiputera UDA?" dilontarkan. Sekiranya Pengerusi UDA Holdings tidak mampu menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan agenda Bumiputera ini, beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai Pengerusi UDA Holdings. Sekiranya pulangan / keuntungan yang menjadi keutamaan, beliau sepatutnya menyertai pemaju-pemaju hartanah yang lain yang mempunyai agenda komersil, bukannya UDA Holdings yang menggalas agenda nasional.
Tetapi, persoalannya di sini adalah "Apakah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) yang ditubuhkan melalui Akta 46 Pembangunan Bandar 1971 masih lagi relevan? Ataupun UDA sememangnya telah GAGAL ? Sekiranya UDA telah gagal dan tidak relevan lagi, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meneruskan agenda Bumiputera ini?"
Kita perhatikan bahawa UDA ditubuhkan bagi mencapai sasaran 30% pemilikan hartanah oleh Bumiputera dalam jangkamasa 20 tahun. Jangkamasa 20 tahun (Akta 46 diluluskan pada akhir tahun 1971) kini sudah pun berlalu. Sudahkah matlamat 30% pemilikan hartanah oleh Bumiputera tercapai?
Sekiranya matlamat tersebut telah tercapai, maka kenyataan Pengerusi UDA Holdings yang mementingkan pulangan / keuntungan daripada pemilikan hartanah oleh Bumiputera bolehlah dianggap sebagai wajar.
Sekiranya matlamat tersebut masih belum tercapai, apakah langkah-langkah yang kerajaan telah ambil bagi meneruskan agenda nasional ini?
Pada akhir tahun 2010 sudah ada komen dan aduan dibuat menerusi akhbar Utusan Malaysia mengenai isu ini. UDA Holdings telah membuat kenyataan medianya bertarikh 3 Disember 2010 yang diperolehi dari SINI bagi menjawab komen dan aduan ini.
Antara lain, UDA Holdings cuba mempertahankan dirinya dengan membuat kenyataan seperti berikut (dipetik dari kenyataan medianya yang disebut dan dipautkan di atas):-
"Sebagai makluman, pada tahun-tahun awal penubuhannya, UDA menerima geran dan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan bagi menjayakan matlamat kerajaan untuk menjayakan agenda bumiputera, Tetapi sejak ia dikorporatkan pada 1996 sehingga diletakkan kembali di bawah pengawasan Kementerian Kewangan, UDA tidak lagi menerima bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan harus menjana sumber kewangannya sendiri melalui aktiviti perniagaannya. Oleh itu, masyarakat perlu sedar dan faham bahawa komitmen yang perlu digalas oleh UDA semakin bertambah apabila perlu mendahulukan keuntungan dalam setiap aktiviti perniagaaannya sebelum dapat membantu masyarakat bumiputera."
Seperti juga badan-badan lain yang mulanya "bersifat" sebagai sebuah badan kerajaan, kemudian dikorporatkan dan seterusnya diswastakan, (contohnya Lembaga Letrik Negara, LLN yang kini sudahpun menjadi Tenaga Nasional Berhad, TNB), persoalan mengenai perlaksanaan agenda nasional oleh syarikat-syarikat yang telahpun bersifat "komersil" ini perlu dikaji.
Walaupun bersifat "komersil", syarikat-syarikat yang asalnya ditubuhkan untuk melaksanakan agenda nasional ini masih lagi mendapat keutamaan dan sokongan penuh dari kerajaan (walaupun mereka harus menjana sumber kewangannya sendiri) jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang benar-benar bersifat "swasta / komersil". Contohnya, syarikat-syarikat lain tidak akan sesenang itu mendapat hak dan kemudahan bagi memajukan kawasan "Penjara Pudu" seperti yang dinikmati oleh UDA Holdings.
Jadi, haruskah persoalan bagi meneruskan AGENDA NASIONAL / BUMIPUTERA ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas bahu syarikat-syarikat seperti UDA Holdings, TNB dan lain-lain yang seumpamanya, ATAUPUN seharusnya dipikul oleh kerajaan sendiri? Apa kata Model Ekonomi Baru (MBE) yang pada suatu ketika dahulu telah menerima kritikan hebat?
Walaupun bersifat "komersil", syarikat-syarikat yang asalnya ditubuhkan untuk melaksanakan agenda nasional ini masih lagi mendapat keutamaan dan sokongan penuh dari kerajaan (walaupun mereka harus menjana sumber kewangannya sendiri) jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang benar-benar bersifat "swasta / komersil". Contohnya, syarikat-syarikat lain tidak akan sesenang itu mendapat hak dan kemudahan bagi memajukan kawasan "Penjara Pudu" seperti yang dinikmati oleh UDA Holdings.
Jadi, haruskah persoalan bagi meneruskan AGENDA NASIONAL / BUMIPUTERA ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas bahu syarikat-syarikat seperti UDA Holdings, TNB dan lain-lain yang seumpamanya, ATAUPUN seharusnya dipikul oleh kerajaan sendiri? Apa kata Model Ekonomi Baru (MBE) yang pada suatu ketika dahulu telah menerima kritikan hebat?