TUKANG DOK PEGHATI dalam artikelnya bertajuk "Dua petikan berita BERNAMA yang patut diBACA oleh pihak yang MAHU kemelut PPSMI diSELESAIkan.." memberi sedikit gambaran penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam bidang ICT. Artikel tersebut menulis:-
KeUNIKkan bidang ICT ialah ianya boleh diKATAkan 100% mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Sudah tentu anda tidak belajar 'Programming Language' (Bahasa Pengaturcaraan), 'Software Engineering' (Kejuruteraan Perisian) dan lain-lain dalam Bahasa MELAYU! Malah, pakar-pakar ICT di Jepun, China dan India pun tidak BELAJAR 'Programming' dalam Bahasa Mandarin. Tamil atau pun Jepun! Sudah tentu belajar 'JAVA' di dalam 'Programming' bukannya berMAKSUD sebagai belajar 'JAWA' dalam Bahasa MELAYU! Ke ada yang BONGOK sampai FAHAM begitu? KAH!KAH!KAH!
Inilah 'keKOSONGan' dalam Bahasa MELAYU kita yang memerlukan pengISIan dalam bentuk penTERJEMAHan ISTILAH secara BESAR-BESARan tetapi pakar-pakar BAHASA kita masih berKHAYAL dengan 'meNIKMATi' sajak-sajak Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA tadi macam 'Mat GIAN' dok layan STIM!
Persoalan mengenai "KEKOSONGAN" ini ialah, "Sampai bila ianya harus KOSONG"?
Jawapannya (mungkin), "Sampai bila-bila selagi kita tidak MENDAULATKAN bahasa Kebangsaan sebagaimana ertikata pendaulatan yang sebenar-benarnya". Tidak perlulah diulas dengan lebih panjang isu pendaulatan bahasa kebangsaan ini kerana ini sudah jenuh dan saban hari diperkatakan. Tapi bayangkanlah apabila:-
- Sasterawan Negara sendiri, sebenarnya, berjuang menegakkan bahasa IBUNDA masing-masing, bukan BAHASA KEBANGSAAN untuk semua rakyat MALAYsia. (yakni Bahasa Melayu untuk kaum Melayu, Bahasa Cina/Mandarin untuk kaum Cina, Bahasa India/Tamil untuk kaum India - belum lagi dikira berpuluh bahasa-bahasa ibunda lain yang terdapat di negara ini)
Sila baca:-
- Kecelaruan & kehipokritan dalam isu PPSMI - VOICES AROUND
- Pemimpin negara sendiri dijolok dengan gelaran "BAPAK VERNAKULAR" di mana produk sekolah ini rata-ratanya tidak mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam hidup seharian mereka di bumi ini. So? Perlukah diulas lagi?
Jadi sampai bila Bahasa Kebangsaan akan "BERISI" sehingga mampu dijadikan MEDIUM PEMBELAJARAN di bidang-bidang ilmu ICT dan PPSMI apabila keadaan ini berterusan? Dari golongan "pendatang" yang memegang myKAD tetapi tidak fasih Bahasa Kebangsaan kepadalah Sasterawan Negara yang celaru dalam perjuangan (kononnya) hendak menegakkan Artikel 152 Perlembagaan sehinggalah kepada Perdana Menteri sendiri yang terus menerus menyumbangkan kepada KEKOSONGAN Bahasa Kebangsaan apabila begitu tegar berjuang mempertahankan sistem pendidikan vernakular di negara ini.
Maka DBP akan lemah longlai cuba menangani isu "KEKOSONGAN" ini lalu, beginilah akan jadinya apabila kita cuba "PPSMI"kan bidang ICT pula:-
Computer Lesson in Bahasa
- hardware = barangkeras
- software = baranglembut
- joystick = batang gembira
- plug and play = cucuk dan main
- port = lubang
- server = pelayan
- client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH
That server gives a plug and play service to clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis barangkeras atau baranglembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Selamat Main !
(atau MAIN belakang SELAMAT?)
GELOMBANG RAKYAT