Sunday, September 5, 2010

Update - You Are Guilty Until Proven Innocent


UPDATE 05/09/10

Sebuah ulasan dimasukkan di laman Perak Today seperti di bawah, mengenai perkara ini jika  sekiranya saman ekor ini perlu diteruskan sepertimana kaedah yang dilakukan sekarang ini:-
Selain dari segera menyampai notis saman, polis juga patut menyediakan suatu kaedah supaya pemandu terbabit dapat mengesahkan notis saman yang dikeluarkan itu benar-benar membabitkan pemandu tersebut.
Pengalaman sendiri:-
Saya menerima notis saman dimana kesalahan dilakukan oleh orang lain, kereta lain dan di negeri yang lain. Puncanya? Polis silap mencatit no, pendaftaran sehinggakan notis itu disampaikan kepada saya. Baca di DI SINI
Cadangan:-
1. Notis diserahkan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh kesalahan yang dituduh. Selepas itu, semua tuduhan akan terbatal. dengan sendiri.
2. Pemandu boleh mengesahkan sendiri ‘gambar/foto’ yang dirakam oleh polis bersabit kesalahan yang dituduh itu, di mana-mana balai atau pondok polis (melalui laman web tertentu). Untuk ini semua balai dan pondok polis perlu disediakan kemudahan komputer berinternet.
Dalam kes saya, sememangnya foto yang dirakamkan itu adalah kereta lain yang dipandu oleh orang lain. Nasib baik saya ada kenalan di balai polis terbabit yang memberitahu jenis kereta, warna dan no, platenya. berdasarkan foto yang dirakam, yang ternyata bukan kepunyaan saya. Hanya no. platenya hampir serupa dengan kereta saya.
ORIGINAL ENTRY
"ANDA BERSALAH SEHINGGALAH ANDA DIBUKTIKAN SEBALIKNYA"
(You are Guilty Until Proven Innocent)


Bagi saya, itulah prinsip yang diguna-pakai dalam saman ekor ini. Terbalik 180 darjah dari prinsip undang-undang yang saya tahu, yakni, "You are Innocent Until Proven Guilty (Anda Tidak Bersalah Sehinggalah Dibuktikan Sebaliknya)".

Semalam di dalam berita, mereka bercakap mengenai saman ekor ini. Pendapat saya, saman ekor ini perlu dihapuskan sama sekali. Kalau nak saman, saman terus "on the spot". Dengan cara ini, jika terdapat kekeliruan, di antara pihak yang menyaman dan pihak yang kena saman, ianya bermungkinan besar dapat diselesaikan "on the spot". Hanya jika kekeliruan itu masih juga berlanjutan, barulah ianya dirujuk kepada pihak selanjutnya, seperti mahkamah. Kurang sikit kes-kes yang bertimbun saban hari di mahkamah-mahkamah.

Saranan saya untuk menghapuskan saman ekor ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

1. Tidak dapat memperbaharui cukai jalan kereta.

Setelah pelik bin hairan, kenapa begitu, akhirnya pihak yang saya berurusan untuk memperbaharui cukai jalan tersebat memberi tahu ada saman 2 tahun lepas. Saya amat meraguinya. Nak kata, "Ya", saya ini bolehlah dikira orang yang patuh kepada had laju yang terpampang di jalanraya. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Nak kata "Tidak" susah juga sebab bendanya dah 2 tahun baru tahu ada saman. Kalau bendanya seminggu atau dua minggu lepas, ingatan tu masih lagilah segar, kat mana, di mana, bila, jam berapa, had lajunya berapa.


2. Orang lain buat salah, saya kena saman.

Terima surat saman berdaftar. Hmm.. memang plate nombor kereta saya. Baca tempat yang di saman, "Eh! tak pernah-pernah aku sampai kat sini???" Hari dan waktu kena saman, "Eh! Aku kat pejabat waktu dan hari ini. Dan pejabat aku bukan di negeri yang aku kena saman!!!" Baca pula kelajuan yang dituduh, "Mak Datok! Aku bukan pemandu kereta lumba, kalau ye pun, betul ke kereta cabuk aku dapat dipandu selaju tu?"

Tanya orang ni, tanya orang tu. Minta tolong orang ni, minta tolong itu. Akhirnya dapat seorang yang ada saudara bertugas di balai berkenaan. Minta sangat-sangat tolong, akhirnya diberitahu bahawa kereta yang disaman tu warna sama dengan warna kereta saya, tapi jenis kelas atas-atas punya, bukan kereta cabuk. Nombor platenya, terlebih satu nombor dari nombor kereta saya (bukan plate sebenar tapi sebagai contoh saja - plate saya XYZ 91, dan plate kereta yang sebenarnya pandu laju tu XYZ 911) Dan memang saya pernah terserempak dengan kereta plate XYZ 911 ni. Memang warna sama tapi kelas atas punya, tak hairanlah kalau pandu selaju tu berbanding dengan kereta cabuk saya.

Ada bloggers yang menulis mengenai isu saman ekor ni:-

RBF menulis mengenainya kat sini dan sini.

Kenapa Liat nak bayar saman? Pribumi Perkasa pun memuatkan artikel mengenainya di sini dan sini.

Dari Penghuni Gua, JPJ tidak boleh menghalang pembaharuan cukai jalan dek saman ekor. Salah di sisi undang-undang tu!

Dan berita mengenainya semalam dan tulisan Putera Merdeka

UPDATE

KURANGKAN PENGANIAYAAN
SAMAN "ON THE SPOT",  JANGAN SAMAN EKOR!!


Related Posts with Thumbnails