Sunday, September 12, 2010

UMNO - UnMalayNonrelevantOrganisation

U.M.N.O. = Un Malay Nonrelevant Organisation
"Sekiranya Perjuangan Pribumi Perkasa bercanggah dengan konsep 1-Malaysia, maka konsep 1-Malaysia itu sendiri  adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan sama sekali bertentangan dengan perjuangan orang Melayu."
Fasal 4: Tujuan dan Matlamat PERKASA ditubuhkan khas untuk tatapan Tengku Adnan, KJ dan Nazri Aziz.
1. Memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. Memperkasakan Kedaulatan Raja-raja Melayu
4. Mempertahankan hak-hak Istimewa orang Melayu
5. Memperkasakan Kaum Pribumi
6. Mempertahankan kedaulatan negara. 

Memang betul la...

Perjuangan Perkasa adalah perjuangan membela OrangMelayu.

Perjuangan UMNO kini hanya membela kaum lain dan menepikan Orang Melayu.

Nama UMNO tidak lagi harum bagi orang Melayu. Pribumi Perkasa kini adalah pembela Melayu. Membela orang Melayu dari serangan-serangan kaum ultra kiasu dan UMNO sendiri di TANAH MELAYU ini.

Tidak perlu mengharap sokongan UMNO kerana sokongan UMNO akan membawa rebah kepada orang Melayu. Memang benar, PRIBUMI PERKASA tidak memerlukan sokongan sesiapa kecuali ORANG MELAYU.

Tengku Nan menyalahkan Perkasa di atas kemerosotan sokongan terhadap UMNO walaupun Perkasa baru saja lantang bersuara sedangkan sokongan terhadap UMNO dan BN telah lama terhakis sebelum Perkasa lagi. Tengku Nan nampaknya senada dengan Chua Soi Lek.

Memang betul la! Apa nak diharap kepada UnMalayNonrelevantOrganisation lagi. UMNO tidak lagi relevan kepada orang Melayu.

Wahai ahli-ahli politik Melayu yang patriotik yang ada di dalam UMNO, PAS dan PKR serta parti-parti politik yang selebihnya. Lakukanlah sesuatu dengan PRIBUMI PERKASA dan lain-lain gabungan NGO-NGO kaum Melayu. Berikan dengusan NAFAS kepada ORANG MELAYU yang kini semakin dilemaskan oleh UMNO. Wujudkan satu pilihan kepada Orang Melayu!

 

Oh My God! They Are Still In Denial!

Holistically, BN benefited immensely from the Malay ‘Fixed Deposits’ through out the years. Especially component parties such as MCA. MIC, Gerakan and others which failed to bring out their own ethnic groupings to vote for BN. It was the Malays ‘who came to the rescue’. - BigDog (click HERE)


 

HIDUP PRIBUMI PERKASA !!!!!


Related Posts with Thumbnails