Monday, November 8, 2010

SEKOLAH HARAM


Saya kira tidak begitu terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada BN atas kejayaan mereka memenangi kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.


Come on la Nik Aziz. Gentleman la sikit. Bukan saja BN yang meramalkan kemenangan ini, malahan bloggers pun turut sama meramalkannya sebelum hari mengundi. Apa? Bloggers pun turut sama membuat perancangan rapi ke? Terimalah kekalahan itu dengan terbuka, "Terimalah ketentuan Tuhan Yang Maha Kuasa", bukan begitukah ayat seorang ulamak?

Jangan mencari pelbagai alasan untuk menyalahkan orang lain.


Walaubagaimanapun, UMNO jangan terloncat-loncat tidak tentu hala atas kemenangan ini, terutamanya UMNO yang berada di atas tu. Bagi saya, Tengku Razaleigh Hamzah lah yang menjadi sebab utama kemenangan tersebut, bukan sepertimana yang diwar-warkan oleh sesetengah pemimpin UMNO. Saya tidak mahu ulas panjang tapi bacalah tulisan DinTurtle, Aspan Alias, SakmongkolAK47 dan lain-lain lagi. Pendek kata, TRH adalah faktor kemenangan di Galas. Tanpa TRH, belum tentu lagi BN akan menang di Galas. Oleh itu, UMNO janganlah terlalu sombong dengan cuba melupakan atau mengenepikan jasa-jasa para veteran.

Secara pandangan peribadinya lagi, apa yang saya boleh banggakan sangat dengan kemenangan kerusi Parlimen di Batu Sapi? Ya. Saya tidak mengikuti perkembangan di sana tapi boleh ke calon BN yang terpilih itu menjalankan tugas-tugasnya sebagai Ahli Parlimen dengan sempurna apabila beliau dikhabarkan tidak fasih malah langsung tidak mampu bertutur dalam Bahasa Kebangsaan? Tak kan dalam Parlimen nanti beliau akan jadi burung kakaktua dengan menghafal bunyi "Dengan izin". Berapa kali nak di"kakatua"kan "Dengan izin" ini?

Bukan hendak merendah-rendahkan beliau tetapi apakah tiada syarat bagi seseorang itu untuk fasih dalam bahasa Kebangsaan sebelum layak dipilih sebagai calon pilihanraya? Salah beliau kah apabila terpilih? Kenapa bahasa Kebangsaan ini diambil dengan begitu mudah sekali oleh BN semasa menentukan calon pilihanraya? Bukankah Bahasa Kebangsaan dimaktubkan dalam artikel Perlembagaan 152? Apakah BN cuba membelakangi serta menghina Perlembagaan Negara dalam hal ini? Semuanya semata-mata ingin kemenangan? mabuk undi? gila kuasa lalu Perlembagaan Negara hendak diperlekehkan?

Inilah sikap pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini yang langsung tidak hormat kepada Perlembagaan Negara sehingga dalam hal-hal "pembinaan negara/nation building" ianya menjadi agak kucar-kacir. macam negara ini tiada undang-undang. Apa? Perlembagaan sudah tidak laku ke? Kalau benar, isytiharkan sajalah Perlembagaan itu tidak laku. Buat Perlembagaan baru. Jika tidak, STICK TO THE CONSTITUTIONS!!! Boleh? Malaysia Boleh?

Alamak! dah berjela pula artikel ini dengan mukadimmahnya. Sebenarnya saya nak beralaskan kemenangan di Batu Sapi sebagai intro kepada artikel SEKOLAH HARAM ini. Tapi tak apalah! Saya sambung kat artikel SEKOLAH HARAM II selepas inilah.


Related Posts with Thumbnails