Friday, September 24, 2010

MEB Bakal Menghancurkan Melayu Secara Sistematik


Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilihat sebagai salahsatu mercu tanda pemerintahan DS Najib dikhuatiri bakal menghancurkan kaum Melayu dan Bumiputera secara sistematik. Sekitar waktu MEB mula diperdengarkan dahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyarankan  supaya orang-orang Melayu perlu mengkaji terlebih dahulu dan berani menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan Model Baru Ekonomi (MBE). - Klik di sini.

MEB telah mendapat tentangan hebat dari kaum Melayu (Melayu sudah tolak MEB, kata Ibrahim kepada PM - Pribumi Perkasa) sehinggakan DS Najib terpaksa meluahkan ucapan seperti berikut:-
''Tidak mungkin saya sebagai Presiden UMNO tidak mendengar suara orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

''Saya tidak akan khianati perjuangan dan semangat ayahanda Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) begitu juga semasa kita melaksanakan MBE,'' katanya.
Utusan Malaysia 29 Mei, 2010

Kongres Ekonomi Bumiputera yang membincangkan MEB ini telah diadakan pada penghujung bulan Mei, 2010. Blogger A VOICE telah memuatkan serba sedikit perjalanan kongres tersebut di sini.

Blogger DinTurtle banyak menulis, atau lebih tepat lagi, mengkritik DS Najib. Tujuan sebenar blogger DinTurtle mengkritik DS Najib adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan seorang pemimpin Melayu yang disayangi dek kerana pemimpin tersebut menepikan atau tidak mendengar luahan suara-suara orang Melayu . Sikap tidak endah ini nampak terserlah apabila DS Najib "terpaksa" mengambil hati kaum-kaum tertentu yang kebelakangan ini sangat lantang dan bebas mendesak kerajaan supaya memenuhi tuntutan-tuntutan perkauman mereka. 

DinTurtle banyak menulis secara selamba ("standard kedai kopi talk") mengenai DS Najib dan MEB. Ini hanyalah sebahagian di antara tulisan-tulisannya yang dipetik secara sepintas lalu:-
Persoalan yang semakin timbul kini, "Adakah DS Najib sudah tetap dengan MEB sebagaimana yang dirancangkan pada asalnya oleh beliau dan/atau penasihat-penasihat beliau? Justeru itu, segala apa jua tentangan dan ketidakpuasan hati terhadap MEB ini hanya diselesaikan oleh DS Najib dengan "pemanis muka atau penyejuk keadaan" untuk meredakan keadaan seketika itu sahaja?  Kemudian teruskan rancangan asal MEB itu seolah-olah tiada apa-apa tentangan? Dalam bahasa kasarnya, "dikencingkan" sebagaimana sebahagian ahli-ahli politik mengencingkan pengundi-pengundinya (jangan silap, pengundi-pengundi pun ada juga yang kaki kencing!)

Hari ini blogger Hidup Tuah! memuatkan artikel bertajuk "NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1)". Sebelum ini, beliau telah memuatkan artikel bertajuk. "Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera? Senjata Menumbangkan Kerajaan?"

Selepas membaca beberapa buah buku (sila rujuk artikel yang dimuatkan) Hidup Tuah! semakin yakin bahawa MEB akan menjadi suatu alat untuk menjajah kaum Melayu. Dalam artikel tersebut, Hidup Tuah! menamakan dua kumpulan:-

(a) "Group 1" - yakni mereka-mereka yang menyokong penuh MEB yang umumnya terdiri dari kaum-kaum bukan bumiputera, melayu liberal dan orang asing,

dan

(a) "Group 2" - yakni mereka-mereka yang hanya menyokong MEB jika sekiranya MEB meneruskan Agenda Bumiputera secara jelas. Mereka ini terdiri dari Melayu konservatif yang umumnya diwakili oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Setakat ini adalah agak jelas bahawa DS Najib lebih berpihak kepada "Group 1" dan ini berdasarkan tulisan Hidup Tuah! seperti berikut setelah  beliau menghadiri hari terbuka NKEA yang bermula pada 20 September, 2010:- (underline dan bold ditambah)
" I took the opportunity to ask one of the PEMANDU officers about this burning issue. He admitted that specific instruction was to focus on GROWTH; distribution is NOT in the agenda. It means NKEA’s outputs are indeed in pursuance of NEM’s original subtle and cruel stand of anti-NEP. It did not even fully honour its own Principle of Inclusiveness and refused to subscribe to what is crafted in the 4th Chapter of 10th MP (Towards Inclusive Socio-Economic Development)."

"instruction" - Arahan siapa itu? Nampaknya setakat semenjak 20 September baru-baru ini, MEB masih lagi mengekalkan perancangan asalnya. Apa jadi dengan kritikan-kritikan dan tentangan-tentangan kaum Melayu terhadap MEB dahulu? Apa makna ucapan DS Najib seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mei sepertimana yang dipetik di atas? Kaum Melayu kena kencing?

Sama-sama kita tunggu bahagian seterusnya artikel "NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1)" dari blogger Hidup Tuah!

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, "Where's The Beef?", saya bukan tahu pasal ekonomi tetapi  ada kalanya seronok juga membacanya.

Meneruskan persoalan mengenai DS Najib yang dipaparkan di atas, adalah amat malang sekali sekiranya DS Najib sanggup mengorban serta memusnahkan kaum Melayu dan Bumiputera di bumi mereka sendiri demi survival politiknya. Kita juga maklum bahawa DS Najib begitu tertekan tanpa sebarang bantuan dalam menghadapi desakan-desakan kaum bukan bumiputera yang tertentu dewasa ini. Pemuda UMNO sudah langsung tidak boleh diharapkan lagi bagi menangkis serangan-serangan ini, malahan PEMUDA sendiri  telahpun dikhuatiri sudah menjadi duri dalam daging!

Sekiranya serangan-serangan ini tidak tertanggung oleh DS Najib, saya fikir ada dua jalan yang patut dipertimbangkan oleh DS Najib. Satunya telahpun disarankan di sini

Ataupun, DS Najib boleh memilih untuk menyerahkan sepenuhnya tugas menangkis segala serangan-serangan ini kepada Pribumi Perkasa, Tok Him dan pahlawan-pahlawan Melayu yang seangkatan. DS Najib wajar menyokong Tok Him dan pahlawan-pahlawan Melayu Bumiputera dengan membantu mereka "menajamkan keris", bukan "menyuruh mereka menyarungkan keris supaya disimpan di dalam almari". 

Sebagai Ketua Negara yang mempunyai kuasa, bantulah mereka selagi perjuangan mereka itu  masih berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan. Dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, sergahlah tanpa rasa takut, kaum-kaum yang menyalak sekiranya mereka menyalak  melepasi batas prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan. Berilah sokongan penuh, galakan dan bantuan kepada pejuang-pejuang yang berjuang untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan, mereka yang berusaha membina sebuah negara yang utuh dan bersatupadu sejak awal bangku sekolah melalui Sekolah Satu Aliran, mereka-mereka yang berjuang untuk memberikan identiti sebenarnya kepada nusa dan bangsa ini, yakni Bangsa Malaysia yang berteraskan kepada adat-resam dan bahasa pertuturan penduduk asal bumi ini. 

Dengan tugasan ini dipikul oleh Pribumi Perkasa, maka DS Najib akan mempunyai lebih banyak ruang untuk membina semula PEMUDA UMNO, memastikan survival parti UMNO dan Presidennya supaya kekal berterusan dengan mengenal pasti serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas siapa-siapa mereka yang menjadi gunting di dalam lipatan, musuh dalam selimut, menikam belakang, perampok-perampok negara dsb. Mereka-mereka ini hanya menambahkan lagi kebencian yang meluap orang Melayu terhadap UMNO. DS Najib juga dapat mengemudikan negara ini dengan lebih berkesan dalam menentukan halatuju agenda-agenda nasional dan global demi kepentingan negara ini.


Jangan tersilap langkah. Halakan senapang kepada musuh sebenar. Musuh sebenar DS Najib bukannya orang Melayu dan Bumiputera. Kenapa DS Najib, secara sedar ataupun tidak, perlu hapuskan kaum Melayu dibumi mereka sendiri dengan melaksanakan agenda-agenda pemusnah seperti MEB itu? Dengarlah suara-suara orang Melayu kerana mereka itulah sebenarnya penyokong dan pendokong kerajaan selama ini yang kini dipimpin oleh DS Najib. Kenapa semakin hari mereka ini hendak sisihkan, disayukan hati mereka dan dijauhkan dari DS Najib sendiri? Ini tindakan yang AMAT PELIK, sedar ataupun tidak!

Musuh sebenar DS Najib adalah mereka-mereka yang mendesak di luar batasan Rukun Negara dan Perlembagaan. Mereka yang ada di sisi DS Najib yang berkomplot secara halus untuk menjatuhkan DS Najib serta kerajaan yang ada. Orang Melayu dan Bumiputera, yang kini, nampaknya berwakilkan Pribumi Perkasa, bukanlah musuh DS Najib dan kerajaan!!

Kaum-kaum minoriti yang merupakan warga negara yang tulin sememangnya berharap kepada kestabilan kaum-kaum majoriti. Mana mungkin untuk hidup aman dan damai sedangkan kaum-kaum majoriti hidup dalam keadaan gelisah, resah dan tertekan? Apa lagi bila diserang secara bertubi-tubi oleh kaum-kaum pelampau yang tiada sekumit pun di hati dan jiwa mereka perasaan cintakan negara ini. Apa yang mereka mahukan hanyalah hasil yang dikaut dari bumi ini sementara ianya boleh dikaut.

Tetapi harus diingat, kaki yang buruk dan sengaja tidak diubati itu,  lambat laun akan dipotong  jua apabila tiba masanya ianya menjejaskan anggota badan yang lain. Segeralah ubati kaki yang buruk itu supaya tidak merebak. Semoga ianya terus sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Update 10:30pm


HIDUP TUAH! -
NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 2)
"I wish to repeat that if NEM /NKEAs are retained in their present spirit, form and substance, one cannot escape from concluding that it is camouflaged behind a smokescreen of excessive sophistication and esoteric concepts with the attendant policies / programmes which will subjugate the poor who are largely Malays / Bumis. The highly probable outcome is analogous to the result of a surgical operation: the operation (NEM / NKEAs) succeeded but the patient (Malays / Bumis) died! QED."

Related Posts with Thumbnails