Monday, September 12, 2011

Astro tak ambil pot untuk ingkar arahan kabinet? Sebab kabinet....mmmmm...

Sejak dua bulan lepas (Julai & Ogos) jumlah caj yang tertera di bill Astro memaparkan kenaikan harga. Betul ke Astro dah tarik balik kenaikan caj ini? Sila rujuk tulisan HOUSE PK yang diterbitkan pada Jun lepas:-




Baiklah... sedikit history berkenaan bill Astro..

Sebelum tahun 2011, jumlah cas bill Astro adalah RM86.95. Belum ada lagi caj "Government Service Tax (6%)" yang tertera di bill ketika itu.




Bermula Januari 2011, caj "Government Service Tax (6%)" bersamaan RM5.22 mula dikenakan. Jumlah caj sejak Januari tahun ini adalah RM86.95 (caj asal) + RM5.20 (cukai yang di round-off) berjumlah RM92.15 :-



Sila rujuk artikel HOUSE PK di atas di mana postingnya diterbit pada bulan Jun 2011. Astro mula mengenakan caj baru (kenaikan caj sebanyak lebihkurang RM1.00) bermula pada bill bulan Julai 2011. Jumlah caj yang dinaikkan adalah RM93.25, kenaikan sebanyak RM1.10 daripada jumlah caj bulan sebelumnya.



TIADA PENARIKAN kenaikan caj seperti yang tertera di bill terkini, Ogos 2011, di atas. Adalah diyakini, sehari dua lagi apabila bill bulan September diterima, ianya akan memaparkan jumlah caj yang sama, iaitu RM93.25.



Inilah yang susahnya bila tiada siapa "dibenarkan" untuk compete dengan Astro secara efektif. Mana perginya MegaTV dan lain-lain dulu? 

Pilihan yang ada adalah samada kita melanggan Astro ataupun tidak. Satu pilihan yang agak sukar untuk dibuat oleh kaki-kaki bola yang mengikuti Sport Channel, anak-anak kecil yang suka kepada Upin dan Ipin, muatan kartun di Disney dll dan juga suri-suri rumah yang mengikuti drama-drama kegemaran masing-masing.

TM agak membuka mata apabila melancarkan UniFi. Tetapi alahai.... bila UniFi akan dapat dinikmati secara meluas? Wawasan 2020? Transformasi 1-Malaysia 4040?

Saya agak terkejut apabila ipar saya menggunakan broadband untuk capaian internetnya di rumahnya. "Kenapa tak guna Streamyx?" Soal saya.

Dia jawab "Tiada fixed line!".

Ipar saya sebelum ini menyewa rumah di kawasan Puchong (ada talian telefon TM). Kemudian dia berpindah ke rumahnya sendiri yang baru siap dibina oleh pemaju di kawasan Puchong juga, yang tak sampai pun 10 km dari tempat dia menyewa. Beratus-ratus penghuni rumah baru di situ masih belum dapat menikmati talian fixed line TM lagi hingga sekarang!!! Sudah masuk tahun ke-2 dah kawasan perumahan itu dihuni. Ianya bukan kawasan perumahan dalam hutan tebal, mind you!!

Alahai, kalau beginilah agresifnya TM dalam bisnes, mereka-mereka yang sudah tidak sabar-sabar untuk membuang Astro ke dalam longkang dan bertukar kepada UniFi hanya dapat mewasiatkan kepada cucu cicit keturunan ke 7 la nampaknya untuk beralih daripada Astro kepada UniFi.


Related Posts with Thumbnails