Saturday, September 17, 2011

Siapa yang memberi label "PENDATANG" kepada anda?

koolmokcikZ telah memuatkan sebuah komen yang menarik perhatian DI SINI. Ianya dipetik dari SINI.

"I look out the window" memerhatikan gelagat bangsa Malaysia di Semenanjung, dari tiga keturunan, Melayu, India dan Cina.

Dalam soal prinsip, kepercayaan, perjuangan, ia bukannya boleh dinilaikan sebagai "productive" ataupun "unproductive" dari segi nilaian wang ringgit ataupun harta benda semata-mata. Apa lagi bila ia melibatkan soal jati diri, semangat dan patriotisma.

Anak bangsa bertumpah darah demi mempertahankan kedaulatan tanahair tanpa mengira "untung-rugi" wang ringgit/hartabenda.  Apabila ada anasir-anasir yang mencabar Rukun serta Perlembagaan Negara kita, maka wajiblah anak bangsa membuka pintu untuk turun bersama-sama dengan pihak berwajib mempertahankan jalan-jalan kita dari dicemari oleh  anasir-anasir yang merusuh, mencabar kedaulatan negara ini. Bukannya menutup tingkap dan terus bermain mahjong kerana menganggap akvititi-aktiviti mempertahankan negara dari perusuh itu sebagai "unproductive", bukan hal kita. Kalaulah ini sikap kita, bukankah kita patut bertanya diri kita sendiri. Siapakah kita di bumi ini? Pendatang kah?

Sebilangan orang cina dan india begitu cepat mengeluh, "Kami lahir di sini, tetapi kenapa kami tidak dianggap sebagai warganegara ini?". Kemudian sebilangan orang-orang ini terus menyalak ke sana dan ke sini, "Ketuanan Melayu! Ketuanan Melayu!", kononnya membantah kerajaan yang memerintah. Tetapi pada hakikatnya mereka-mereka ini sebenarnya menyerang bangsa Malaysia, khususnya dari keturunan Melayu.

Mereka sepatutnya bertanyakan diri sendiri dahulu sebelum mengeluh begitu rupa.  "Adakah aku ini benar-benar orang Malaysia? Adakah aku berbangsa Malaysia? MALAYsia?". Tidak perlu berhujah panjang kerana sudah terlalu banyak tulisan-tulisan yang membincangkan isu ini.

Sebelum anda memberikan alasan-alasan seperti "Aku lahir di sini", "Aku juga bayar cukai" dan lain-lainnya itu, tanya dulu diri anda, "Adakah aku ini MALAYsian?" . Lupakan barang seketika RACUN "Ketuanan Melayu" yang menjangkiti minda anda dan baca, siapa dia MALAYSIAN itu dan bagaimana kita yang pelbagai keturunan ini boleh menjadi SATU BANGSA.

Kemana saja anda pergi sekiranya anda tidak mengubati diri anda dari RACUN "Ketuanan", sebuah konsep ketuanan yang diputarbelit dan yang diperhinakan oleh anjing-anjing cauvinis perkauman, anda akan tetap dihantui oleh racun berbisa ini. Anda akan dihantui oleh "Ketuanan Inggeris" di United Kingdom, "Ketuanan Jerman" di German, "Ketuanan Arab" di tanah Arab, di mana sahaja bahkan di negara China sekalipun!

Kerana apa? Kerana konsep "Ketuanan" yang ada dalam minda anda sudah diracuni oleh anjing-anjing cauvinis perkauman yang mencucuk jarum seolah-olah ianya suatu konsep yang melibatkan hubungan "Tuan dan kuli batak" sedangkan maksud sebenarnya adalah lain. (TOLONG KLIK link ini untuk mengubati racun di minda anda itu).

Paling senang untuk memahami kenapa anda masih lagi dianggap "PENDATANG". Ini perkara yang asas yang masih anda belum penuhi walaupun "lahir" di sini. Cuba perhatikan imej kartun di bawah. Yang mana satu lebih layak digelar "PENDATANG"?. Yang sebelah kiri atau yang sebelah kanan?


Adakah anda SATU BAHASA untuk bersama-sama dengan warga negara yang lain? Adakah anda bersemangat SATU NEGARA apabila anda lebih memperingati Dr Sun Yat Sen di Pulau Pinang instead of Rosli Dhobi? Adakah anda SATU BANGSA dengan warga negara ini apabila anda pada hakikatnya menolak serbi serbi berkaitan dengan "MALAY" yang menjadi teras/tunjang kepada "MALAYsia"? Jangan sepantas itu mengeluh "Aku lahir di sini, tapi mereka masih menggelar aku sebagai PENDATANG". Tanyalah diri anda sendiri dahulu kerana tindak-tannduk anda sendiri yang melabelkan diri anda sebagai "PENDATANG", bukannya orang lain!

Sebenarnya anda telah melakukan suatu ketidak-adilan yang amat besar terhadap bangsa Malaysia berketurunan cina (dan india) yang lain dengan jiwa raga kecinaan/keindiaan anda ini walaupun batang tubuh anda lahir di bumi Malaysia. Sebenarnya, bangsa Malaysia berketurunan cina/india bersama-sama dengan keturunan Melayu telah lama menunggu untuk memeluk anda sebagai SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA. Mereka sanggup memberi 10 tahun untuk anda mendakap BAHASA KEBANGSAAN. Itu telahpun lama berlalu dan hari ini anda masih lagi MENOLAK bahasa Kebangsaan ini. Anda berpatah arang dengan sekolah cina dan sekolah india anda.

Jadi, orang lainkah yang menggelar anda sebagai "PENDATANG" atau anda sendiri yang tidak mahu mendakap MALAYsia, lalu bersikap sebagai seorang "PENDATANG"?

Selepas merdeka kelonggaran selama 10 tahun telah diberi untuk tidak perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan di mahkamah untuk memberi ruang kepada penguasaan bahasa Kebangsaan ini dengan sepenuhnya. Itu sudah lama berlalu, apa hari ini anda masih perlukan 5 tahun kelonggaran lagi? MALAYsia lebih lembut dari Thailand ataupun Indonesia kerana tidak memerlukan nama anda ditukar kepada Thaksin Shinawatra/Yinluck Shinawatra ataupun Rudy Hartono, Alan Budi Kusuma dan Susi Susanti. Lihat sajalah Thaksin dan adiknya, hanya ORANG THAI sahaja dipilih menjadi Perdana Menteri THAILAND bukannya ORANG CINA! Masih tidak faham lagikah anda? Masih kekal mahu beridentitikan PENDATANG?


Kesimpulannya, hayatilah "DI MANA BUMI DIPIJAK, DI STU LANGIT DIJUNJUNG"

Related Posts with Thumbnails