Thursday, September 22, 2011

Mereka Yang Terus Lena...

Sejak kebelakangan ini ramai juga blog-blog pro-kerajaan menulis ayat-ayat bernada seperti berikut:-
..... sekiranya pembangkang membentuk kerajaan...
..... DAP selesa menanti kuasa...
..... PR mengambilalih Putrajaya...
..... mereka berjaya menumbangkan BN...
 ..... Johor, Pahang belum tentu selamat... Kelantan kekal.... 
Apakah ini melambangkan kegusaran penyokong-penyokong kerajaan kini sedangkan UMNO nampaknya masih lagi .....


Bukan 100% tidur tapi..... dapatkah kita benar-benar merasakan bahang kehangatan UMNO bekerja keras untuk PRU yang akan datang, yang mungkin sudah tidak lama sangat lagi?.... Belum bangkitkah UMNO walaupun dah di-"wake-up call"-kan di PRU sebelum ini..?

Apapun, isu karut-marut seperti tukar bendera, rumah Mat Sabu dibakar dan seumpamanya, walaupun confirmed FAKE, lebih mendapat tempat daripada isu-isu keperitan dan peningkatan kos hidup rakyat marhaen. Agaknya mereka semakin berleluasa berani menimbulkan apa saja isu-isu karut marut, fitnah, pembohongan, gara-gara ISA bakal dihapuskan tak?.

Isu-isu seperti MAS semakin dianak-tirikan (sehingga bakal terkubur?), bekalan tenaga elektrik yang semakin meruncing di samping tidak habis-habis cerita mengenai penyamun, perampok, perompak negara 1-Malaysia tidak pula begitu mendapat perhatian dari peneraju kerajaan. Ini membuatkan rakyat semakin gusar terhadap kesejahteraan khazanah negara.

Usaha-usaha membina negara seperti mendaulat bahasa kebangsaan sendiri, "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa" dan lain-lain yang bersifat kebangsaan itu makinlah terpinggir nampaknya. Tampak benar agaknya pandangan Ideotique:-
Melihatkan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, rata-ratanya pasti sudah pilihan rakyat marhaen yang berfikiran waras. Yang dikhuatirinya adalah undi diberikan nanti. Adakah undi kerana "mereka lebih bagus" ataupun kerana "memprotes"? Masihkah ada "esok" bagi mereka yang "lena"?





Related Posts with Thumbnails