Friday, September 16, 2011

BN dan PR berpolitik, rakyat ditengah terketik kena gedik


ISA akan dimansuhkan.

Adakah ia bermakna akta-akta berhubung dengan keselamatan dalam negeri akan bertambah baik? diperhalusi lagi? diperelokkan lagi? Baguslah kalau ISA dimansuhkan untuk diganti dengan yang lebih elok. Sudah ada ke rangka akta baru itu? Sudah diuji, di test water kan? Macam Microsoft menghentikan Vista dan menggantikannya dengan Window 7. Apabila Window 7 siap diuji, di test water kan, barulah depa hentikan Window Vista. Begitu juga ke kesnya dengan ISA ini? Atau mansuh dulu, kemudian baru nak rangka yang baru dan lebih elok itu? Kenapa sekarang? Kerana PRU?

Masa mula-mula naik dulu, dasar liberalisasi dicanangkan. Adakah ianya lebih elok dari dasar yang telah sedia ada? Model Ekonomi Baru mampu menambah-baikkan lagi DEB? 1-Malaysia Understanding, Tolerance dan Acceptance lebih berketerampilan dalam menyatupadukan rakyat daripada Satu Bangsa, Satu Negara Satu Bahasa? PEMANDU dan PEMUDAH lebih excellent dari EPU? Pegawai-pegawai kerajaan kini adalah lebih solid dibelakang kerajaan yang memerintah daripada kerajaan terdahulu?  Dasar Pelajaran Kebangsaan masih lagi utuh berbanding dengan sistem pendidikan vernakular? Hari ini lebih ramai yang mengibarkan bendera Malaysia menjelang 31 Ogos? Harga barangan lebih kompetif dan berbaloi berbanding dengan nilai matawang?

Melihat kembali kepada dasar-dasar, polisi-polisi, langkah-langkah baru yang DS Najib laksanakan, terutama sekali apabila yang lama dihapuskan, adakah rakyat bersorak gembira, bertepuk ria, menari dan berdansa dipelusuk jalan-jalanraya negara? Ataupun hari ini umum, esok kena kritik, lusa buat ucapan flip-flop dan tulat tutup mata, tutup telinga serta berdoa agar isu yang terbangkit akan senyap begitu saja dengan menimbulkan isu yang lain pula?

Berdasarkan prestasi yang sebegini selama ini, adakah anda yakin bahawa ISA yang dimansuhkan itu bakal diganti dengan yang lebih elok?

Sudahkah kita semua, termasuk ahli-ahli politik kedua-dua belah pihak yang selama lebih bising mulut dari bekerja, matang untuk hidup tanpa ISA? Lihat sahajalah isu-isu yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang. Lihat sahajalah bagaimana respon kerajaan terhadapnya. Adakah itu semua really ada kena mengena dengan rakyat? Isu liwat Anwar, isu komunis Mat Sabu, isu lambakan duit kepada kepada sekolah vernakular setiap kali ada pilihanraya, isu usaha memancing undi oleh pemimpin? Rakyat masih juga dibelenggu dengan kenaikan harga barang, kesangsian sesama sendiri yang meretakkan perpaduan, kebimbangan terhadap khazanah negara yang di rampok oleh perampok-perampok dan perompak-perompak samada melalui projek-projek yang diragui menafaatnya kepada rakyat ataupun melalui transaksi-transaksi transformasi syarikat-syarikat GLC yang melibatkan duit rakyat.

Dan juga pada waktu ini di mana fitnah, nista, penipuan, penghinaan, pencelaan termasuk kepada Agama dan Paduka Raja-Raja Melayu begitu bebas dilakukan di media-media siber dan sebagainya itu, kerajaan telah memilih untuk menghapuskan ISA? Sudah begitu matang kah kita?

Kenapa ISA ini hendak dimansuhkan? Benarkah kerana untuk pertimbangan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat? Ataupun kerana hendak mengantoi hujah-hujah pembangkang yang selama ini duduk menyalak sakan menentang ISA? Atau juga kerana hendak memancing undi? ataupun hendak melarikan diri dari tanggungjawab lalu diberikan pula tanggungjawab ini kepada badan yang lain seperti badan kehakiman?

Tidakkah terasa sejak kebelakangan ini terbanyak banyak perlakuan persilatan "TAICI", passing the buck kepada orang lain? Adakah ini terjadi apabila sistem KPI, NKRA, KERA entah apa balanya lagi tu mula dilaksanakan? Masing-masing mencari alasan untuk tidak mahu bertanggungjawab kerana ianya bukan bidang tugas yang tertera hitam putih dalam kertas KPI, NKRA, KERA, ABC, XYZ itu?

Nak tanya kembali, ISA dimansuhkan kerana kerajaan nak "berlawan" dengan pembangkang ke? Atau dimansuhkan demi kesejahteraan rakyat? Cuba teliti baik-baik dan pandukan kepada perkara-perkara yang telah berlaku selama ini.

Rasa-rasanya, dua ekor gajah liar ini bertembung sesama sendiri, rakyat yang tersepit ditengah-tengah. Rakyat bertempik pun sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing binatang gajah ini mahu mengalahkan lawan dengan isu-isu yang langsung tidak menjadi isu utama kepada rakyat keseluruhannya. Sedangkan rakyat-rakyat ini jugalah akan mengundi binatang-binatang gajah ini! Apa penting isu komunis Mat Sabu kepada rakyat marhaen? Apa pentingnya isu liwat Anwar kepada kehidupan seharian rakyat? Kenapa dilambakkkan berjuta-juta ringgit kepada sekolah haram setiap kali ada pilihanraya? 

Betulkah ISA akan diperelokkan dengan pemansuhannya lalu keselamatan rakyat akan lebih terjamin disamping lebih berdemokrasi?

Ataupun ini hanyalah satu cara yang tidak disangka sama sekali oleh pihak pembangkang demi mematahkan hujah-hujah pembangkang i.e. tertutup mulut pembangkang tergedik dengan pengumuman un-sangka-rable ini? Hanya inikah tujuannya demi menarik undi lalu keselamatan negara dipertaruhkan?

Mampus jahanamlah negara kerana ahli-ahli politik yang sebegini.. yang bekerja demi undi, demi bergaduh dengan lawan masing-masing.. bukannya demi negara, demi rakyat. Bukannya bekerja untuk membina negara dan mensejahterakan hidup rakyat, tapi bekerja untuk memancing undi dari rakyat!


p/s : Sori kmZ, saya tangguhkan artikel yang patut saya terbitkan hari ini kepada hari Isnin nanti...hehehehehe....


 

Related Posts with Thumbnails