Friday, January 27, 2012

Berdebat Mengenai Nama - Bila pula rakyat MALAYsia hendak sejujurnya berlidahkan Bahasa Kebangsaan?


KEMPEN SSS memuatkan sebuah artikel (pautannya di sini) yang "mempertikaikan" samada bahasa kebangsaan itu harus diberi nama "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu". Penulis artikel itu nampaknya mempertikaikan "Bahasa Melayu". Beliau berpendapat "Bahasa Malaysia" adalah lebih cocok.

Bagi saya, soal namanya "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu", tidak menjadi perkara utama untuk kita rakyat Malaysia perdebatkan. Kita semua maklum bahawa bahasa Kebangsaan kita adalah berasaskan kepada Bahasa Melayu.

Yang sepatutnya kita semua perdebatkan dahulu adalah PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN di Malaysia ini sebelum kita hebat mendebatkan samada namnya "Bahasa Malaysia" ataupun "Bahasa Melayu".

Jadi.. apa pendapat anda mengenai kedudukan BAHASA KEBANGSAAN kita kini yang dipahat oleh Artikel 152 Perlembagaan serta diperkasakan lagi dengan akta Bahasa Rasmi/Kebangsaan? Apakah status sebenarnya, yang tidak tersurat, Bahasa Kebangsaan kita hari ini? Adakah ianya suatu bahasa yang dijunjung oleh mereka yang bergelar RAKYAT MALAYSIA hari ini?

Tanyakan kepada mereka.. termasuk mereka yang memegang myKAD tetapi masih juga tidak fasih bahasa kebangsaan, tanyakan kepada rakyat MALAYsia, tanyakan kepada pemimpin kita.. tanyakan pada diri kita sendiri...

Kenapa susah sangat bagi orang Malaysia untuk berbahasa Kebangsaan, tidak seperti orang Thailand, orang Indonesia, orang Filipina, orang Brunei dan orang Singapura?





Related Posts with Thumbnails