Wednesday, January 11, 2012

Macam tau-tau aja


Saya sedang bergotong-royong di suatu pagi dahulu apabila saya pertama kali mendengar berita DS Anwar "ditangkap" atas tuduhan meliwat LAGI.

Ingat tak peristiwa kedutaan Turki?

DS Anwar nampaknya begitu kaget sehinggakan ada "drama"(?) untuk membunuh dirinya yang katanya jadi penyebab untuk berlindung di kedutaan tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa kali ini DS Anwar tidak mempunyai peluang meloloskan diri lagi kerana yang membuat tuduhan itu adalah pembantu beliau sendiri.


Mengapa DS Anwar begitu kaget sekali? Kerana beliau tahu tuduhan itu benar dan akan akhirnya terbukti? Mengapa lari berselindung di kedutaan asing? Sebelum apa-apa terjadi, itulah "jalan" yang lebih senang untuk keluar negara?

Itu peristiwa-peristiwa yang telah berlalu. Agaknya selepas "kekagetan" mula "settle down", maka bolehlah berfikir dengan lebih tenang sedikit bagaimana untuk menghadapi isu ini. Lalu berlangsunglah "court room drama" yang berjalan selama 3 tahun lebih dengan 70(?) kali lebih penanggguhan yang dibenarkan oleh mahkamah bersandarkan kepada "serba tok-nenek" punya alasan.


Apabila perbicaraan Liwat II menghampiri hari-hari terakhir, salah satu persoalan yang bermain di kepala saya adalah:-

"Adakah DS Anwar Ibrahim akan melarikan diri keluar negara sebelum keputusan perbicaraan dibuat?"

Ye lah. Passportnya tidak ditahan sepanjang perbicaraan, tidak seperti perbicaraan Dr. Mohammad Khir Toyo. Passport Dr. Khir ditahan semasa perbicaraan kan? Ada juga bloggers menulis mengenai andaian DS Anwar melarikan diri.

Tetapi andaian itu meleset! DS Anwar tidak melarikan diri sehingga keputusan tak sampai 2 minit (?) dibacakan oleh hakim pada 9hb. Januari lepas, setelah bersidang selama 3 tahun lebih!. Kitapun tahu apa keputusan yang "unsangkarable" tu kan?

DS Anwar Ibrahim yang ada passport ditangan dan bebas ke sana sini "berjuang keadilan" tidak melarikan diri sebelum keputusan dibacakan!!

Macam tau-tau aja apa yang hendak diputuskan mahkamah pulak..... kan?





Related Posts with Thumbnails