Monday, January 9, 2012

Hidup ibarat putaran roda..... Titik permulaan sebuah negara baru?


Apa kata kita sebagai rakyat dan pengundi mengikut jejak langkah serta contoh teladan yang diperlihatkan oleh kerajaan pemerintah dan pucuk pimpinan?

DS Anwar Ibrahim terlalu ingin menjadi PM. Apa kata kita mengalah dan berlutut kepada hasrat tinggi DS Anwar Ibrahim itu? Kita usahakan melalui peti undi supaya DS Anwar Ibrahim bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan DS Najib. A winnable candidate buat DS Najib!

Cara DS Najib dan kerajaan pemerintah kini sentiasa mengajar kita supaya mengalah, tunduk kepada tuntutan, "bertoleransi" dan kemudian "accept". Namakan apa saja isu-isu hangat yang dilalui selama ini. Isu nama Allah, Al Kitab, pemurtadan, sekolah cina yang dulunya hanya SRJK dan kini SMJK pula semakin bercambah, ISA, AUKU, Perkara 153, Perkara 152, Interlok, Teoh Beng Hock, Bersih dan segala macam isu lagi yang telah melanda. Apa pendapat anda? Ada anda merasakan bahawa pemimpin dan kerajaan bertindak selaras dengan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan? Atau pemimpin dan kerajaan hanya asyik "melutut", suatu sikap yang disangsikan ada kaitan dengan "peti undi" - biarpun Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan nampaknya seolah-olah macam tunggul kayu mati sahaja di negara ini.


Sekurang-kurang DS Anwar mempunyai "kejantanan" untuk melakukan sesuatu. Beliau sekali-kali tidak tunduk pada tekanan. Lihat sajalah dalam kes liwatnya. Kering air laut menyarankan beliau bersumpah samada di dalam atau di luar mahkamah. Beliau tetap enggan. Segala macam bukti, "water-tight" yang "against" beliau, perbicaraan tetap juga tertangguh-tangguh hingga lebih 70 kali (?) dan memakan masa lebih 3 tahun. Akhirnya?


Dibandingkan dengan seorang pemimpin yang "takut" dan sentiasa tunduk kepada tekanan, dan nampaknya langsung tidak "mengutamakan" Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi apa bezanya? Negara tetap menuju kehancuran, satu dengan tindakan "pemusnahan" secara aktif (yakni melakukan sesuatu) dan satu lagi dengan tindakan "pemusnahan" secara pasif (yakni tidak melakukan sesuatu untuk menghindar pemusnahan). Cakap kasarnya, lebih baik ada KOTE daripada tidak kan?

Kata orang, biarkan depa bermain pisau sehingga terhiris jari. Sekurang-kurangnya pisau itu digunakan juga untuk melakukan sesuatu daripada dibiarkan berkarat macam tu saja. Walaupun Perlembagaan kata pisau itu gunanya untuk membelah epal, tetapi dalam dua-dua kes epal tidak juga terbelah. Hanya jari yang terhiris ataupun pisau yang jadi berkarat. Jari yang terhiris, sekurang-kurangnya kita boleh andaikan bahawa pisau itu masih tajam. Kalau pisau itu berkarat tanpa digunakan, agak susah kita nak tentukan bahawa pisau itu berguna (tajam) atau tidak berguna (tumpul) sebelum dia jadi terus tidak berguna (berkarat).

Apa pula kalau-kalau pisau itu setelah menghiris, digunakan pula untuk menikam diri sehingga terbunuh? Entahlah... mungkin telah sampai masa dan ajalnya bagi negara ini... sekurang-kurang generasi yang terselamat dapat balik ke pangkal jalan, back to square one, benar-benar belajar dari sejarah dan mengambil teladan dari apa yang telah terjadi bagi membina semula sebuah negara yang baru....

Bukankah parti-parti pembangkang seperti Gerakan, PPP (?) meninggalkan DAP keseorangan untuk menyertai Perikatan/Barisan Nasional selepas kejadian 13 Mei dahulu? Sekaligus menjadikan BN sebuah kuasa politik yang begitu kuat dari keadaan yang hampir mati sebelumnya?

Hidup ibarat putaran roda.....


Entahlah.. terasa ingin berehat dari "membeleber" cuba "menyarankan" orang lain supaya tidak "menembak kaki sendiri".. jumpa yang MACAM INI untuk dibuat posting lagi bermenafaat rasanya.. lantak pi la apa nak jadi...




Related Posts with Thumbnails