Friday, January 13, 2012

Seksualiti Merdeka dan PASSY PISSY PUSSY


Mereka-mereka di sini yang cuba menegakkan kebebasan seksual yang merangkumi gay, lesbian, sodomi, seks bebas, ringkasnya "Seksualiti Merdeka" - ingin kita bertanya:-

Agama apa yang mereka anuti? Adakah sebarang agama yang diterima-pakai di atas bumi ini yang TIDAK melarang kepada seks songsang? seks sejenis? seks bebas? sodomi?

Kalau mereka kata perlakuan songsang itu adalah hak kebebasan manusia yang perlu di"merdekakan", maka bermakna dalam hal ini mereka juga mendesak kebebasannya dari larangan-larangan agama, bukan sahaja setakat larangan undang-undang negara, bukan? Mereka tidak mahu agama menyekat kebebasan ini. Mereka mahu "merdeka" dari sebarang peraturan agama. Mereka tidak mahu kepada agama, ringkasnya - Kerana kesongsangan ini, mereka sebenarnya tidak mahu menganuti sebarang agama yang percaya adanya Tuhan yang melarang kepada perlakuan songsang ini!!

Rukun Negara Malaysia yang pertama:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Boleh diandaikan bahawa mereka yang tidak percaya kepada Tuhan (agama apa sekalipun) adalah tidak menganuti sebarang agama. Strictly speaking, mereka yang tidak beragama, tidak layak menjadi warga negara Malaysia. Bukan begitu?

Kita percaya, walaupun dilarang oleh sebarang agama, ianya masih tetap wujud di sini sejak dahulu lagi. Dahulu masing-masing menghormati antara satu sama lain. Walaupun ada di antara kita sedar akan kewujudan perlakuan seks songsang ini, tidaklah kita sampai ketahap memburu mereka-mereka ini setiap saat dan setiap ceruk lubang cacing. Walaupun menyalahi undang-undang negara, tidaklah kita mencungkil keluar mereka-mereka ini untuk dihukum dikhalayak ramai setiap masa.

Mereka pun faham untuk duduk diam-diam kerana mereka maklum tentang percanggahan perlakuan mereka dengan Rukun serta undang-undang negara. Mereka ada pilihan, untuk terus berlakuan demikian secara diam-diam dengan risiko bertembung dengan undang-undang negara ATAUPUN tinggalkan negara ini untuk mengamalkan perlakuan mereka dengan secara lebih bebas di negara lain. Ini Malaysia di mana asas pembentukan negara ini pertama sekali adalah "Kepercayaan Kepada Tuhan". 

Demi keharmonian dan saling menghormati, mereka duduk diam-diam dengan cara mereka dan sebahagian besar daripada kita pula, tidaklah "memburu mereka sehingga terkeluar habis dari setiap ceruk lubang cacing". Itu dahulu, tetapi kini sudah lain berbeza!

Kaum-kaum seks songsang ini kini memukul gendang, mempamerkan diri mereka secara terangan-terangan pula, bersalak-salakan sehingga riuh rendah berdemo di jalanan, MEMBELAKANGI prinsip Rukun Negara Yang Pertama, "KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN". Maka amat jelaslah kaum-kaum seks songsang ini tidak menghargai keharmonian lagi. Mereka sudah berani biadap, tidak menghargai toleransi rakyat Malaysia terhadap mereka selama ini, malah mencabar pula the very foundation of this country... maka patutkah mereka-mereka ini diberi muka lagi?

Dalam hal ini kita juga berharapkan kepada pemerintah negara supaya menjunjung Rukun dan Perlembagaan negara. Bertindaklah mengikut lunas "KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG" - bukannya bertindak kerana hendak nampak liberal ataupun kerana hendak menagih undi lalu terus menerus tunduk kepada tekanan-tekanan kaum penyalak ini!! Buatlah kot-kot mana sekalipun, mereka tetap menyalak (contohnya ini). 

Apa kata parti PASSY PISSY PUSSY yang kononnya tegar sangat memperjuangkan agama yang mereka kata "Islam" itu? Kamu juga bersodomi seangkatan dengan makhluk yang hidup di zaman Nabi Lut?







Related Posts with Thumbnails