Wednesday, February 8, 2012

UPDATE : Tiada Ribut Taufan Yang Datang Melanda..


Petikan dari artikel C.O.K.A.M yang telahpun diterbitkan minggu lepas di ...LISTED!!! Adakah ini yang dikatakan "saling memahami" dan "toleransi" yang dianjurkan oleh 1-Malaysia?


COKAM

Pemberian Ang Pow dalam sampul putih oleh Ibrahim Ali telah dibincangkan dengan begitu meluas samada oleh Parti Komponen BN seperti GERAKAN dan MCA ataupun oleh Parti Komponen PR seperti DAP, dianggap sebagai menghina orang Cina. 
Namun demikian, apa yang berlaku apabila budaya dan adat resam malahan hukum orang Melayu Islam dicemar oleh mereka. Contohnya seorang bukan Islam yang bersenam robik di dalam kawasan masjid, malahan memberi tazkirah di dalam masjid, ataupun mengagihkan daging korban, bukankah ini merupakan budaya dan adat resam orang Melayu sejak berzaman lamanya. Kenapa DAP, GERAKAN atau MCA tidak menghentam pencemaran budaya ini.


Sudah terang lagi bersuluh, budaya dan adat resam orang melayu boleh dicemari oleh orang Cina dengan disokong oleh orang melayu sendiri tetapi budaya orang Cina tidak sekali-kali boleh dicemari atau disentuh oleh orang melayu.



Artikel asal : Tiada Ribut Taufan Yang Datang Melanda..

Itulah...

Nampaknya memang "one-way street" sahaja... hormat, understanding, toleransi, acceptance hanya laku kepada sebelah pihak sahaja... 1-Malaysia kita!!

Posting yang saya terbitkan minggu lepas, selepas membaca artikel KEMPEN SSS, "Racism In Broad Day Light", yang in turn memetik posting JUST READ! sebelumnya itu, tidak mengundang sebarang angin. Usahkan ribut taufan, angin sepoi-sepoi bahasa pun tak terasa..

Tidak seperti insiden Cikgu Siti Inshah, pengetua di utara (?), Nasir Safar (?) pegawai PM ataupun Penolong Pengarah BTN. Nasir Safar terpaksa meletak jawatan selepas ribut taufan melanda sejurus beliau "tersalah cakap" dalam sebuah majlis. Cikgu Siti Inshah, diarahkan bertukar (?) dan dihinakan dengan pembikinan video Nah! SUCK! oleh ikon kelainan 1-Malaysia.

Seminggu berlalu, tidak juga nampak bloggers bising-bising pasal isu yang mulanya di highlight kan oleh JUST READ!. Tak nampak bloggers bising-bising dalam "...LISTED!!! - The Voices Around Blogmark", tak seperti masa ribut-ribut masa insiden Cikgu Siti Inshah dan yang lain-lain tu dulu.

Ketuanan Melayu yang DIBELITKAN mengalahkan ular sawa itu adalah yang INI. Habis busuk nama Melayu, biarpun berbuih mulut cuba menerangkan kepada yang TAK FAHAM BAHASA (kebangsaan) yang Ketuanan Melayu bukan bermaksud "aku tuan, kau pulak kuli batak". Kata orang Kelantan, "TOK GHETI BASO!!". Ketuanan Cina macamana pulak nak belit nih?

Related Posts with Thumbnails