Saya membaca kenyataan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), bersabit dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia, yang diterbitkan di laman DUNIACACAMARBA (DCM), di SINI.
Rumusannya, Ku Li berpendapat bahawa penyenaraian tersebut adalah sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.
Yang menarik perhatian saya adalah apabila saya membaca petikan yang disalinkan di bawah ini:-
...apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Rujuk artikel "Penyenaraian FGVH akan diteruskan dengan model baru" oleh BIG DOG dan anda akan tahu siapa dan kumpulan mana hendak melakukan perkara itu dan siapa dan kumpulan mana pula hendak melakukan perkara ini dalam isu penyenaraian FGVH ini.
Terdetik di awal-awal DS Najib menjawat jawatan PM dulu. Bukankah dari dulu hingga sekarang masih heboh sebahagian dari masyarakat dan ahli-ahli / parti parti politik yang melaung-laungkan "merit", kononnya "kesamarataan" dan juga "dasar terbuka / liberal" lalu elemen utama "kontrak sosial" seperti Perkara 153 Perlembagaan hendak dihapuskan? Bermacam-macam celaan dan nista dihamburkan kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera yang mempertahankan artikel Perlembagaan ini.
Cuba baca kenyataan Ku Li di atas sekali lagi. Ulang baca perenggan terakhir di atas. Apa pendapat anda?
Bagi saya, ianya memberi maksud, ada perkara di negara kita ini tidak boleh sewenang-wenang di "buka" atas dasar keterbukaan / liberalisasi, disebabkan oleh keadaan semasa. Bukan masanya lagi untuk menamatkan DEB. Kalau padang masih senget, bolehkah "merit" itu dikatakan "samarata?". Tiga orang isteri yang satunya berbadan besar, satu lagi berbadan sederhana dan satu lagi berbadan kecil. Wajarkah seorang suami menghadiahkan kain sebanyak 3 meter setiap isteri untuk dibuatkan sepasang persalinan? Yang berbadan kecil akan punya lebihan kain, yang sederhana mungkin cukup-cukup satu persalinan, tetapi yang berbadan besar, mungkin hanya cukup untuk bajunya sahaja, tetapi sarongnya tidak cukup kain.
Bukankah Pakatan Rakyat (yang nampaknya diterajui oleh DAP dari belakang) berjuang untuk dasar keterbukaan, liberalisasi ini sehingga DS Najib nampaknya begitu cepat mengalah setiap kali kena salak? Jadi dalam isu penyenaraian FGVH di atas, adalah agak pelik apabila mereka-mereka yang dari golongan PAS dan PKR cuba menggagalkan usaha DS Najib mendedahkan tanah tanah peneroka kepada pasaran terbuka, yang selama ini menjadi prinsip perjuangan Pakatan Rakyat sehingga Artikel Perlembagaan 153 pun mahu dihapuskan.
Tidakkah kita rasakan begitu CACAMARBAnya keadaan politik pada hari ini? Dalam isu FGVH ini, puak Pakatan Rakyat berusaha menentang usaha kearah keterbukaan / liberalisasi manakala PM sendiri pula tampaknya ke arah prinsip perjuangan Pakatan Rakyat, yakni, liberalisasi, sehingga kecoh di suatu ketika dahulu (masih lagi kecoh pun?) dalam soal hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera yang semakin terhakis.
Apakah Ku Li seorang veteran UMNO yang tetap berpegang teguh perjuangan UMNO yang membela bangsa dan tanahair sejak dari negara ini bernama, MALAYA sehinggalah beralih kepada MALAYsia? Yakni, perjuangan yang melibatkan kontrak sosial, Artikel 153 Perlembagaan yang merupakan sebahagian dari elemen-elemen penubuhan MALAYsia ini?
Jom kita ber-artikel 152! Supaya kita sesama kita FAHAM BAHASA. Dalam pada itu kita juga kena sama fasih bahasa kedua kita, iaitu Bahasa Inggeris. Jangan kita "komunis cina-kan" ataupun "tamil india-kan" negara MALAYsia kita ini.