Baru-baru ni kami berkunjung lagi ke Melaka Bandar Bersejarah. Bukan untuk bercuti, tetapi untuk menjemput ahli keluarga.
Sudah setahun masa berlalu sewaktu kami bercuti di Melaka. Secara ringkasnya, pengalaman percutian kami di Melaka setahun yang lepas dapat digambarkan dengan imej-imej berikut:-
Melaka begitu bersih sekali! Imej di bawah bolehlah dikatakan pesanan orang Melaka kepada mereka-mereka dari luar yang tidak tahu menjaga kebersihan (yang buat taik!)
Yang negatifnya sewaktu percutian itu adalah seperti yang di "kenen" kan oleh gambar di bawah ini. Ianya mengenai sebuah tema permainan tumpuan pelancong:-
Orang Amerika dengan bahasa kebangsaannya. Orang Malaysia?
Tapi ianya bukan masalah Melaka sahaja.... Guru kencing berdiri, murid kencing berlari... amacam pemimpin kita?
Nak baca dengan lebih lanjut mengenai pengalaman percutian kami di Melaka, setahun yang lepas? Kliklah DI SINI.
Okay.....
Yang ini pula gambar yang saya ambil semasa menunggu di dalam kereta.... lokasinya di salah sebuah asrama IPTA di tengah-tengah bandar Melaka. Beratus-ratus pelajar menginap di situ. Perhatikan lantai rumah sampah ini.
Wow!!! Setelah setahun berlalu, keadaan Melaka Bandar Bersejarah masih sama kebersihannya! Enak sungguh mata memandang sewaktu memandu kereta di sana. Bravo!!! Negeri-negeri lain patut hantar MB dan KM masing-masing berkursus dengan DS Ali Rustam!!.
Yang ini pula saya ambil di sebuah blok penginapan di salah sebuiah negeri, BUKAN negeri Melaka. Baru seminggu dua lepas. Bloknya hanya satu. Rasanya 3 tingkat dengan aras bawah sederet unit-unit kedai. Rasanya kurang dari sepuluh pintu kut? Jumlah unit penginapan, kurang daripada 30 unit kut? Anyways.. ini gambar rumah sampahnya:-
Anda nak pakir kereta anda sambil menunggu somebody di sebelah rumah sampah ni? Saya melalui rumah sampah ini sebelah pagi. Sebelah petang saya datang lagi, tapi kali ini berbekalkan kamera. Keadaannya tidak berubah dari pagi hinggalah ke petang. Mungkin hari tu depa tak angkut sampah kut? Kalau angkut sekalipun, apa rasa anda tentang keadaan lantai rumah sampah di atas? Bandingkan dengan rumah sampah di Melaka tadi?
Semua agama "mendakwah" kepada kesucian dan KEBERSIHAN. Apa kata kita yang beragama ini? Sudah kita cuba beramal mengikut ajaran agama masing-masing?
Ada bandar menambah "BRI" selepas nama bandarnya. "BRI" bermaksud "Bandar Raya Islam" - Islam amat partikular dengan KEBERSIHAN... apa kata alim-alim ulama yang berserban, berkopiah, berjubah, hari-hari dok berceramah siang malam di sana? Ceramah apa tu? Kebersihan?