Friday, February 10, 2012

Bandar-bandar dan pekan-pekan koboi


Beberapa tahun dahulu, saya sesat mencari sebuah kedai di sebuah kawasan yang belum pernah saya kunjungi sebelumnya. Hanya berpandukan kepada alamat perniagaan yang tertera di kad bisnes.

Untuk sampai ke kawasan tidaklah susah, tapi bila sampai kat sana, saya berpusing-pusing beberapa kali mencari jalan di mana kedai itu terletak. Akhirnya, setelah menelefon tuan punyai kedai, sampai juga saya ke kedainya. Papan tanda nama jalan berkenaan penuh bertempek-tempek dengan iklan-iklan pinjam duit.

Di bawah ini foto-foto yang diambil minggu lepas d sekitar KL/Selangor. Satu di TTDI, satu di Damansara PJ dan satu lagi di Pekan Salak, Selangor.

Apakah maksudnya ini?
  • Hendak mengiklan?
  • Yang berkenaan tidak sempurna dalam tugasannya?
  • Nak tunjuk gangsters?
  • Yang berkenaan sudah tidak berdaya bertugas lagi?
  • Yang berkenaan diancam oleh gangsters?
  • Pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa lagi?
Apa-apa pun, renung-renungilah apa implikasinya terhadap negara. Apakah pandangan orang luar terhadap kita. Pengotor? Tiada undang-undang? Koboi?

(Mesin Air Mineral Yang Sudah Penuh Bertampal)

(Seolah-olah dah jadi papan iklan pula)

(Imej kurang memuaskan semasa menunggu lampu hijau)
Kalau benarlah ianya telah mengancam tugasan pegawai-pegawai penguatkuasa, ini bukan saja setakat "merosakkan harta benda awam", tetapi telah juga memasuki fasa jenayah berat - "mengancam keselamatan pegawai-pegawai penguatkuasa".

Nombor telefon pun jenuh tertera, bertempek-tempek. Tak boleh ambil tindakan yang tegas, once for all ke?


Related Posts with Thumbnails