Tuesday, February 8, 2011

MALAYsia Yang Tidak MELAYU

Hari ini saya hendak "salin-tampal" artikel TAN MELAKA yang dicatat/disiarkan di laman Idris Talu (linknya DI SINI) yang bertajuk "Singapura Yang Tidak 'Cina'". So, here it goes:-


Singapura yang tidak ‘Cina’

Oleh TAN MELAKA

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan suatu perkara baru dan menarik dalam interviu dengan Mingguan Malaysia (30 Januari 2011) mengenai kesilapan perhitungan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan dapat mengurangi jumlah penduduk Cina dalam Malaysia

Tetapi setelah menyedari jumlah penduduk Melayu Sabah dan Sarawak kecil berbanding dengan 75 peratus penduduk Cina di Singapura selepas penubuhan Malaysia, Tunku telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura yang mendatangkan ancaman perkauman menerusi slogan Malaysian Malaysia.

Tunku menyimpulkan sebab utamanya yang disebut dalam bukunya Looking Back ialah ucapan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia pada Mei 1965 yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan sistem Raja Berperlembagaan yang amat menyakitkan hatinya sehingga ‘lebih menyakitkan daripada sakit kayapnya ketika di rawat di sebuah hospital di London.’

Bagaimanapun seorang bekas wartawan Singapura, Anthony Oei dalam bukunya What If There Had Been No Lee Kuan Yew?, menulis “Tunku lebih takut penguasaan komunis ke atas Singapura daripada jumlah penduduk Cina yang mendorong Tunku untuk menerima penyertaan Singapura dalam Malaysia.” (muka surat 135). Tunku takut Singapura menjadi pangkalan komunis seperti negara Cuba mengancam Amerika Syarikat.

Tunku melihat bahaya ini apabila People Action Party (PAP) kalah teruk dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada 21 April 1961. Penyingkiran Singapura pula dibuat setelah Tunku mengambil kira Singapura telah terselamat daripada bahaya komunis di Singapura dan yakin Singapura akan dapat mengatasinya.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan keadaan yang wujud sehingga hari ini iaitu menolong Singapura adalah ibarat melepaskan anjing tersepit.

Juga yang menyakitkan hati Tunku ialah Kuan Yew melanggar janjinya untuk tidak menyertai pilihan raya Malaysia tetapi di dalam buku Men In White, menteri-menteri kanannya mendakwa keputusan PAP menyertai pilihan raya Malaysia 1964 merupakan keputusan PAP yang tidak diketahui oleh Kuan Yew yang ketika itu berada di luar negara.

Adalah sukar untuk sesiapapun mempercayai bahawa PAP berani membuat keputusan begitu besar tanpa pengetahuan Setiausaha Agungnya, Kuan Yew.

Menurut Kuan Yew sendiri dalam buku tersebut memang ada ‘gentleman agreement” antaranya dengan Tunku di padang golf bahawa UMNO tidak akan menyertai pilihan raya Singapura dan PAP tidak akan menyertai pilihan raya pertama selepas penubuhan Malaysia.

Tetapi setelah kegagalan besar dalam pilihan raya 1964, Kuan Yew telah menjalankan kempen Malaysian Malaysia yang menceroboh hak pribumi Malaysia dan UMNO menyerang balas di Singapura dengan membangkitkan perkauman Melayu yang berjaya ditekan oleh kerajaan Singapura selepas berlaku rusuhan.

Sementara Singapura dengan dasarnya yang tegas berjaya memadam perasaan perkauman di Singapura tetapi di Malaysia, bibit api perkauman yang ditanam oleh PAP menerusi Malaysian Malaysia terus menjadi api dalam sekam sehingga meletuskan peristiwa berdarah 13 Mei dan menampakkan sinarnya kembali hasil Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Ini kerana Malaysia tidak ada keberanian dan ketegasan seperti Kuan Yew dalam membunuh puncanya terutama dengan menggunakan satu bahasa sebagai alat perpaduan. Singapura tegas dalam pelaksanaan Bahasa Kebangsaannya iaitu bahasa Inggeris dengan menutup sekolah Cina, Melayu dan Tamil sejak tahun 1960-an.

Di Malaysia, sekalipun Bahasa Malaysia diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi dasarnya tidak menyeluruh, malah telah melanggar prinsip-prinsip asal kerana dasarnya yang demokratik. Sebaliknya di Singapura setelah 30 tahun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal di sekolah, sehingga akhirnya sekolah Menengah Cina terhapus di pulau itu (lihat buku Man in White, muka surat 612).

Dalam tahun 1980, Universiti Nanyang telah dipaksa bergabung dengan Universiti Singapura untuk menjadi Universiti Nasional Singapura dengan menggunakan bahasa pengantar Inggeris.

Dicatitkan juga dalam buku ini bahawa antara 1960 hingga 1980 adalah tahun yang amat mencemaskan dan membimbangkan intelek Cina kerana mereka melihat keruntuhan bahasa Cina dan kehilangan kedudukannya yang penting dan tidak lagi mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Keadaan itu sebenarnya berterusan sehingga hari ini, malah pada suatu ketika apabila dasar ini berjaya sepenuhnya dan sebelum wujud geopolitik baru berikutan kebangkitan negara China, orang Cina di Singapura malu untuk membawa akhbar Cina dan akhbar Tamil juga telah mati apabila Kuan Yew menutup sekolah Tamil yang ditangisi oleh penjual-penjual akhbar Tamil yang telah dapat menjangkakan akibatnya.

Di atas keruntuhan institusi pelajaran Cina dan juga Melayu di Singapura dan dengan Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal maka terbinalah bangsa Singapura. Dalam hal ini, kejayaan besar Singapura ialah menghapuskan perkauman Cina dan sikap orang Cina yang terlalu kecinaan dan membentuk masyarakat Cina yang kebaratan.

Kepada masyarakat Singapura, Kuan Yew sukar untuk diterima sebagai menjalankan dasar perkauman Cina tetapi di Malaysia, beliau telah mengocakkan perasaan perkauman untuk menjadi Perdana Menteri dan kesan Malaysian Malaysia ternyata berpanjangan menyuburkan perasaan perkauman, malah menampakkan kegigihannya semula berikutan keputusan PRU 2008.

Ini adalah kesilapan besar perhitungan strategi politik Kuan Yew sekalipun beliau berjaya menunggang Singa di Singapura untuk mencapai matlamat politiknya di Malaysia.

Dia boleh mengajar kaumnya sendiri di Singapura kerana telah lama terdedah kepada kosmopolitan tetapi dia tidak mengambil perhitungan Malaysia masih dalam proses kampung hendak menjadi bandar.

Tidak mungkin kita tidak boleh mencapai satu bangsa Malaysia sekiranya dari awal kita telah menjalankan dasar pelajaran dengan tegas iaitu menjadikan Bahasa Malaysia sebagai pengantar tunggal dalam sistem pelajaran kebangsaan, di samping memperkukuhkan dengan tegas pengajaran bahasa Inggeris.

Kuan Yew telah menjalankan semua tindakan dasarnya secara keras dan berani yang menampakkan keazamannya yang jelas dalam mencapai arah tujunya tetapi Malaysia setelah 50 tahun merdeka masih terjerumus ke dalam kancah yang tidak pasti kerana dasar perimbangannya yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dasar ini nampaknya lebih diperlukan setelah BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam PRU 2008.

Kuan Yew tetap tidak percaya kepada dasar kebebasan mengikut penilaian Barat dan kehendak globalisasi tetapi kita yang berada dalam keadaan ‘mabuk’, memberikan kebebasan mengikut penilaian asing dan bukan penilaian kita sendiri.

Singapura yang majoritinya kaum Cina tetapi tidak kecinaannya sebaliknya kebaratan, stabil, makmur dan maju adalah lebih baik kepada Malaysia walaupun pemerintahannya bersifat autoritarian.

Malaysia sendiri pun tidak mungkin menjadi sebuah negara Malaysia yang bermaruah tanpa Mahathir yang dianggap dunia barat sebagai tidak demokratik.

Kepada saya, Mahathir dan Kuan Yew adalah pemimpin bertaraf dunia yang lebih banyak baiknya daripada buruknya tetapi sayangnya di Malaysia segala yang telah diasaskan oleh Tunku, diperkukuhkan oleh Tun Abdul Razak dan diberikan maruah oleh Mahathir telah diruntuhkan pada suatu era yang lemah oleh kerana hendak berbangga kita lebih bebas atas nasihat ‘budak- budak’ politik.

Semoga kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat membina semula negara di atas keruntuhan itu.

Source: Utusan Malaysia Online.

Yang merah, bold, underline tu sendiri buat, bukan 'original article' punya. Ok. Nak review semula kenapa nak bold, merah etc ni.
  • hmm.. Tunku singkir Singapura dulu apabila penduduk cina yang ramai dan MENDATANGKAN ANCAMAN PERKAUMAN - siapa yang kuat sangat dok melalak rasis kat Malaysia ni ye?
  • Apa benda yang disalakkan sangat tu? Mempersoalkan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN? Telinga dah kebas dah asyik dok dengar benda ni. Nak buat macamana, kat Malaysia anjing-anjing kurap lagi liar bebas bersalak-salakan sesama mereka tanpa dicekup oleh 'Majlis Daerah'. 
  • Ooo...Tunku bukan takut cina, tapi takut kepada penguasaan kominis. Alah..kat Malaysia ni, asalkan cina (bukan semua rakyat Malaysia berketurunan cina ye?, jangan 'generalise' sangat tau!), tak kira dari Gerakan ke, MCA ke, apalagi DAP, Chin Peng tu ikon mereka, sampai desak kerajaan suruh terima balik Chin Peng kat Malaysia ni.
  • "Melepaskan anjing tersepit" - Kalaulah masa dapat diundurkan balik, agak-agaknya orang Melayu bersetuju tak kalau diberikan taraf kerakyatan negara ini secara "percuma", yang tidak ada negara lain di dunia ini yang begitu bermurah hati? Sekurang-kurangnya kena "lulus" Bahasa Melayu, ye tak? "Lulus" yang bukan sebarang "lulus", bukan "lulus" beli! Nak buat macamana, myKAD dapat dapat, nak suruh bercakap bahasa Kebangsaan seharian dirumahpun payah. Bagus punya "gentlemen agreement", "everything can" sebelum dapat. Bila dah dapat, "everything cannot". Langgar perjanjian?
  • Lihat siapa yang menceroboh DAHULU? Siapa pulak yang menyerangbalas KEMUDIAN? Kat Malaysia ni, menceroboh tak apa, menyerang balas tu RASIS la, KETUANAN MELAYU la.. macam-macam lagi. KETUA MELAYU buat apa?
  • "Singapura dengan dasarnya yang tegas berjaya memadamkan perasaan perkauman", maksudnya, or in another words "Malaysia dengan dasarnya lembik lututnya menyemarakkan lagi api perkauman" ?
  • "Malaysia tiada keberanian dan ketegasan". Eh! Eh! Betul ke Tan Melaka ni! Tak baik tau tuduh orang bukan-bukan. Malaysia "boleh" sekarang ni tidak percaya kepada SATU BAHASA sebagai alat perpaduan, apatah lagi bahasa itu bahasa Kebangsaan sendiri. Lihat sajalah iklan-klan kat TV tu. Contohnya iklan Petronas kempen Primax dalam MULTI-Bahasa tu, sayang Petronas tak masukkan bahasa Murut, Kadazan, Negrito, Jakun dsbnya lagi tu. Malaysia "boleh"!!!
  • Bahasa yang tunggal adalah alat perpaduan, maka terbinalah negara Singapura. Pelbagai bahasa asing dipe'raja'kan, bahasa kebangsaan sendiri dipinggirkan, maka runtuhlah negara Malaysia.
  • Orang cina di Singapura malu untuk membawa akhbar cina, orang Malaysia di Malaysia malu untuk membawa akhbar berbahasa kebangsaan?
  • Kejayaaan besar Singapura adalah menghapuskan perkauman cina dan sikap orang cina yang terlalu kecinaan. Malaysia semakin berjaya menghapuskan ke'Malaysia'an, menebalkan lagi perasaan perkauman dan menjadi cina semakin kecinaan.
  • Walaupun Lee Kuan Yew berjaya menghapuskan "kecinaan" di Singapura, beliau nampaknya mahu "kecinaan" ini diteruskan di Malaysia. Macam mahu makan 'babi' tetapi tidak mahu ladang-ladang kotor babi ada di Singapura, lalu Malaysia dijadikan ladang-ladang babi yang kotor itu. Pasal duit, semua boleh jadi!
  • Orang bina negara dengan dasar pendidikan satu bahasa penghantar yang tegas. 1-Malaysia Najib bakal menghancurkan negara dengan dasar pendidikan "mesra  terlampau" vernakular.
  • Singapura yang majoritinya kaum cina tetapi tidaklah kecinaan. Malaysia  di bawah DS Najib yang majoritinya Melayu, semakin terhapus kemelayuannya dan  semakin menonjol kecinaannya.
  • Tan Melaka kata, Malaysia tidak mungkin menjadi negara BERMARUAH. Mana mungkin? Maruah Melayu digadai sewenang-wenangnya, ciri-ciri asing semakin ditegakkan. Inilah akibatnya pemimpin DINASIHATI oleh bebudak politik! Punahsihat-punahsihat ke tu? Akhirnya PEMANDU kesayangan Najib akan memandu negara ini masuk longkang!
  • Semoga DS Najib masih ada kebijaksanaannya seperti harapan Tan Melaka, jangan sampai harapkan pagar, pagar makan padi !!!
Related Posts with Thumbnails