Skop - Politik Semenanjung Tanah Melayu
Soalan - Sehingga tahun 2008, gabungan parti manakah yang membentuk kerajaan pemerintah yang kukuh di Malaysia ini di mana ia sentiasa meraih sekurang-kurangnya 2/3 majoriti Parlimen pada setiapkali pilihanraya?
- Barisan Nasional (BN)
Soalan - Parti manakah yang memberikan kekuatan dan menjadi tunjang/tulang belakang kepada BN?
- UMNO.
Soalan - Kaum manakah yang memberikan kekuatan undi kepada UMNO ini?
- Kaum majoriti, Orang Melayu
Soalan - Undi dari kaum manakah yang memberikan kemenangan kepada calon-calon bukan Melayu di kawasan-kawasan orang Melayu, contohnya, negeri Pulau Pinang?
- Orang Melayu
Soalan - Kaum manakah yang dipercayai telah menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen buat pertama kalinya dalam sejarah dalam pilihanraya tahun 2008 dahulu?
- Orang Melayu
Nampak?
Kenapa orang Melayu "melarikan" undi mereka daripada BN pada tahun 2008 dahulu hinggakan BN kehilangan majoriti 2/3? Adalah dipercayai ianya berpunca dari kerenah menantu Presiden UMNO ketika itu.
Orang Melayu protes!
Apabila DS Abdullah Badawi menyerahkan kerusi Presiden UMNO kepada DS Najib, kemarahan orang Melayu menjadi reda. Orang Melayu sebenarnya TIDAK MENOLAK UMNO, tetapi amat marah kepada Presiden UMNO ketika itu kerana membiarkan anak menantunya bermaharaja lela. Orang Melayu sama sekali gembira apabila DS Abdullah akhirnya turun dari tampuk UMNO, dan menyerahkannya kepada DS Najib.
Sejak penyerahan kuasa Presiden tersebut, tiada pilihanraya umum dijalankan lagi, kecuali beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK).
Bagaimanakah prestasi BN secara keseluruhannya di dalam PRK-PRK yang telah berlangsung sehingga kini? Adakah ianya memberangsangkan?
Apakah orang Melayu yang "marah" dulu telah kembali memihak kepada UMNO semula? Macam kurang tepat bunyi soalan ini. Baiklah. Saya tanya semula. Apakah orang Melayu yang "marah" dulu telah kembali memihak kepada BN semula?
Saya bertanya semula kerana seingat saya, ada isu tentang calon yang hendak diletakkan di Bukit Selambau (?), di mana BN kalah. Dan juga di Hulu Selangor (?) di mana BN menang tipis. Kedengaran rungutan Orang Melayu terhadap calon yang akhirnya dipilih. UMNO, sebagai peneraju BN, telah mengutamakan semangat "setiakawan" daripada melayani orang Melayu lalu memutuskan calon bukan-Melayu untuk bertanding walaupun Orang Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan-kawasan tersebut.
Orang Melayu "marah" kepada anak menantu DS Abdullah Badawi lalu mengorbankan majoriti 2/3 dahulu. Belum ada sebab untuk Orang Melayu "marah" kepada DS Najib, malah Orang Melayu menaruh harapan yang besar kepada DS Najib untuk memperbetulkan keadaan.
Tetapi kenapa sokongan undi terhadap BN di dalam PRK-PRK ini tidak boleh dilihat sebagai memberangsangkan? DS Abdullah Badawi telah lama turun dari kerusi Presiden UMNO, sokongan undi Orang Melayu kepada BN sepatutnya telah kembali pulih.
Atau Presiden UMNO, DS Najib, telah terbuat sesuatu, telah tersilap langkah terhadap Orang Melayu? Adakah DS Najib telah memberikan "sebab-sebab" kepada Orang Melayu untuk kekal "marah" terhadap BN? Adakah "sebab-sebab" itu berbentuk penarikan balik "kelebihan-kelebihan" yang selama ini dinikmati oleh Orang Melayu? MBE/NEM? atau isu membelakangi/mengkhianati peruntukan Perlembagaan Negara seperti yang terkandung di dalam Artikel 152, 153, Bahasa Kebangsaan, contohnya? atau semangat tegar terlampau terhadap sistem pendidikan vernakular? isu agama rasmi yang dipermain-mainkan tanpa tindakan? isu kemandulan KDN? atau sikap yang bermiripkan "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan"? Kalau dulu anak menantu, kini YANG INI pun juga mempunyai potensi untuk menjadi sebab.
DS Najib harus ingat bahawa topi Perdana Menteri tidak akan dapat dipakai oleh beliau sekiranya beliau tidak memakai topi Presiden UMNO. Dan UMNO adalah kepunyaan Orang Melayu, bukan kepunyaan Presiden Parti. UMNO ada perlembagaannya dan perlembagaannya adalah mengenai Orang Melayu dan Agama Islam. Ini bukan rasis, jangan sekali-kali melutut kepada salakan sebegitu dari anjing liar lagi kurap. Kita biarkan MCA, Gerakan, DAP dengan cinanya, MIC dengan indianya. Kenapa melutut kepada rasis ini apabila UMNO itu Melayu?
Jadi apa kesudahan apabila keadaan ini berlarutan begini? Apa nasib Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini akhirnya? Masih ada lagikah sebuah parti politik yang membela nasib Orang Melayu hari ini?
DS Najib sepatutnya menerajui UMNO untuk berusaha bersungguh-sungguh memujuk Orang Melayu yang melarikan undi pada tahun 2008 dahulu. Tetapi tidak! DS Najib lebih mirip kepada "menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan". DS Najib mengikis apa-apa saja yang Orang Melayu nikmati selama ini. DS Najib telah terlupa kepada topi UMNO. Beliau hanya memakai topi Perdana Menteri. Itupun nampaknya terlebih senget kepada bukan Melayu. Orang Melayu yang telah lari dulu, semakin jauh lariannya. Yang masih ada semakin melompat duduk di atas pagar. Yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang lebih rela memejam mata daripada melihat sendiri rupa UMNO yang bertukar hodoh kini. Tidak mahu percaya UMNO kini tidak sekacak dahulu lagi. Mereka akan terus menyokong tanpa mahu mengaku bahawa UMNO telah menjadi hodoh.
Siapakah yang memberitahu DS Najib yang undi kaum bukan-Melayu adalah penting untuk menang? Ulang balik artikel ini dari mula. Undi SIAPA yang memberi kemenangan sebenarnya? Undi siapa yang menidakkan majoriti 2/3? Walaupun berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai DS Najib taburkan kepada sekolah-sekolah vernakular cina dalam setiap PRK, orang cinakah yang memberikan "decisive-votes" kepada BN? Adakah MCA, Gerakan dan MIC benar-benar bertungkus lumus membantu UMNO dalam setiap PRK, di mana waktu ini UMNO benar-benar memerlukan semangat setiakawan yang sejati? Undi siapakah yang memenangkan calon BN di Hulu Selangor? Galas? dan di Negeri Sembilan dahulu? Undi cina kah? Tidak adakah kajian dijalankan untuk memastikan keadaan yang sebenarnya dari sudut ini? Mengapa terus menganggap bahawa undi kaum bukan Melayu adalah undi penentu lalu ditaburkan berjuta-juta ringgit kepada sekolah vernakular cina? Siapa dia punahsihat-punahsihat dalam hal ini? Pernah Orang Melayu terima email dari "Najib Razak dan Keluarga - Selamat Tahun Baru Cina dari Najib Razak" masa hariraya Aidil Fitri ataupun Aidil Adha sebelum ini? Sungguh beruntung kaum Cina di Malaysia kerana mendapat seorang PM yang juga seorang Presiden Parti Politik Melayu. Presiden ini begitu amat prihatin terhadap mereka melebihi Orang Melayu sendiri seolah-olah Orang Melayu ini anak tiri pula di Tanah Melayu ini. Kalau bab cina, Presiden ini sanggup buat U-turn dalam masa sebulan, tapi orang Melayu menunggu sehingga kini samada keluhan mereka setahun lebih ini dah buat U-turn ke belum. Ini HANYA satu contoh sajalah. Presiden Parti Politik Orang Melayu ini nampaknya terlebih cina dari cina sendiri. Ataupun DS Najib sendiri bukan-Melayu?
UMNO kini nampaknya tidak disertai oleh semangat setiakawan lagi. Yang peliknya, Presiden UMNO menerajui parti belayar ke arah haluan mendekati kaum bukan Melayu dengan meninggalkan Orang Melayu. UMNO memang "keseorangan" sekarang tetapi masih lagi bodoh-sombong!
Orang Melayu sendiri telahpun berpecah belah. Terima kasih kepada Presiden UMNO dan Parti PAS. Besar sungguh "jasa" mereka terhadap Orang Melayu sehingga terkontang-kanting tanpa haluan jitu di bumi sendiri. Parti cauvinis cina DAP mengambil kesempatan ini. Dikhuatiri semangat setiakawan cina telah terjalin secara senyap-senyap di antara DAP, MCA dan Gerakan. PAS pun telah digulakan-gulakan sehingga tertanggal habis segala serban dan kain, kiblatnya pun telah tunggang terbalik. Mengundi PAS samalah seperti mengundi DAP. UMNO di bawah DS Najibpun tidak kurang juga "bongok"nya, dengan berterusan "menyusukan kera di hutan, membiarkan anak di rumah mati kelaparan".
Pentas bersama rakyat negara ini adalah MALAYSIA. Malaysia bukan Melayu. Tidak sekali-kali Malaysia ini Cina ataupun India. Malaysia adalah SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA yang terhasil dari penyatuan kukuh kaum-kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Malaysia BERTERASKAN Orang Melayu, Bahasa Melayu, Adat Resam Melayu sebagai tulang belakangnya, asasnya, terasnya. Sesiapa yang tidak mahu menerima TERAS ini, sila berhijrah keluar, kerana Orang Melayu sudah berdiri di atas pentas MALAYSIA, bukan lagi pentas Melayu, dalam menerima kaum-kaum cina, india dan lain-lain untuk berdiri setaraf dengannya di pentas bersama ini.
Malangnya, sebahagian dari orang cina dan orang india tidak mahu menerima pentas bersama yang bernama MALAYSIA ini. Mereka degil berdiri di atas pentas cina dan pentas india di bumi Melayu ini. Mereka mahu bahasa mereka. Mereka mahu sekolah vernakular mereka. Mereka menyergah kerajaan sehingga ketua negara melutut tidak habis-habis. Mereka menolak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mereka menolak segala-galanya Melayu walaupun Melayu yang dimaksudkan itu bukan lagi Melayu tulin, tetapi Melayu yang telah dicairkan dengan ciri-ciri cina dan india supaya bersama-sama dapat berdiri sama tinggi dan sama rendah di atas Pentas Malaysia. Selagi orang-orang cina dan india tidak mahu menerima negara yang BERTERASkan Melayu ini, janganlah menyalak tidak tentu pasal dalam soal "kesamarataan". Selagi orang-orang cina dan india berdiri di atas pentas masing-masing, selagi itu tiada kesamarataan yang diimpikan oleh semua. Paling senang, bahasa cina dan india sememangnya tidak difahami di atas Pentas Malaysia! Tiada sekolah vernakular di atas Pentas Malaysia!
MANAKAN mereka-mereka ini SETARAF dengan Orang-Orang Melayu yang berdiri di atas PENTAS MALAYSIA sedangkan mereka degil mahu berdiri atas pentas cina dan pentas india masing-masing? Buat masa ini Orang Melayu masih lagi bersabar berdiri di atas PENTAS MALAYSIA. Mereka belum lagi melangkah kembali ke PENTAS MELAYU, pentas asal bumi Semenanjung ini.
UMNO adalah parti politik milik orang Melayu. Sila fahami, Dato Seri Najib!