Thursday, February 10, 2011

MELAKA Boleh!!! Tapi ada juga yang buat TAIK!!

Hari minggu lepas saya membawa keluarga bercuti ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH setelah beberapa tahun tidak bersiar-siar di sana. Sebelum ini kami hanya setakat melintasi negeri untuk ke selatan tanahair dan ke medan ikan bakar sahaja.


First impression saya semasa memandu kereta di Bandar Melaka tersebut? BERSIH, KEMAS dan RAPI sepanjang perjalanan! Terasa macam memandu di UK, New Zealand dan Australia pulak! Bandar Melaka memang sudah jauh berubah! 

Perkara kedua. Saya difahamkan kerajaan Negeri sendiri yang membiayai "transformasi" Bandar Melaka yang termasuk mengindahkan bangunan/rumah kepunyaan rakyat selain dari program-program lain yang nyata dapat dinikmati oleh rakyat negeri Melaka. Persoalan yang timbul pada saya, "Adakah negeri Melaka ini sudah begitu kaya? Sudah mengatasi negeri Selangor? Ataupun adakah pengurusan hasil negeri diuruskan dengan begitu baik sekali oleh DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya?" Kudos kepada DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya. Alangkah majunya MALAYSIA kalaulah pengurusan hasil negara dapat diuruskan dengan sebaik ini, bukannya disorok dalam 48 peti besi, ataupun projek-projek mega yang bukannya dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Entah berapa menara tertinggi dunia kita nak bina sedangkan banyak lagi benda lain yang benar-benar dapat mencuri hati serta menjuarai rakyat? Eloklah jenguk-jenguk projek airmata rakyat dulu, ataupun kurangkan kesengsaraan rakyat yang kena saman ekor sekiranya betul persepsi budget PDRM tu tidak mencukupi sehingga terpaksa mengutip hasil dari saman ekor pula. Menasabah atau tidak saman tu, lain kira, asalkan dapat kutip hasil untuk tampung belanjawan yang tidak cukup dari kerajaan. Hah! Kini JPJ dah ada kuasa masuk kampong pula!

Anyways, anda lawatlah sendiri BANDAR MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Bagi saya dan keluarga ianya suatu pemandangan yang menyedapkan mata dan telah "TRANSFORM" dari keadaan terdahulu. Saya harap DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya akan terus "menjuarai" negeri Melaka ini.

Ok. itu yang bagus-bagus mengenai Bandar Melaka. Yang tak bagus pun ada juga. Masih ada lagi ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN (samada mereka ini pelancong atau penduduk negeri, saya tidak pasti) membuang sampah merata-rata. Semasa menaiki "boat-cruise" saya ternampak 2 beg plastik dan 1 botol air mineral terapung-terapung di sungai. Di atas tebing, tempat duduk, saya nampak 1 botol mineral di bawah tempat duduk walaupun ada bakul sampah yang disediakan tak sampai 20 meter dari tempat duduk di situ. Majlis Bandaran, sekira terserempak dengan ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN sebegini, patut tangkap dan sumbatkan dalam penjara sekiranya tidak bayar denda ON THE SPOT. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, Melaka masih lagi begitu enak dipandang mata walaupun dengan kehadiran ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN ini. Tapi ini bukanlah menjadi isu TIDAK BAGUS yang utama bagi saya.


Nak tahu isu yang TAK BAGUS PALING UTAMA bagi saya dalam percutian ini?

Okay, ini dia.

Kami naik kenderaan "Safari" di Formosa theme park itu. Sebahagian besar yang naik "van safari" bersama-sama kami itu adalah orang-orang cina (walaupun cuti Tahun Baru Cina, bukan semuanya orang-orang cina ye!). Tak taulah saya, samada mereka tu rakyat Malaysia ke atau pelancong asing. "Rakyat Malaysia" ada juga yang TAK GHETI berbahasa kebangsaan dan saban hari dok menjunjung bahasa asing nenek moyang di negara ini. Bila di gelar "Pendatang" tau pula marah mereka ini.
(Kuatkuasakan Artikel 152 & Akta Bahasa macam orang Aemerika ni, tak berani ke??)
Anyways, pemandu van itu sebelum memulakan perjalanan, telah menyambut kami dengan ucapan-ucapan berbahasa Inggeris, dalam dua tiga ayat. Seterusnya pemandu van memberikan penerangan dalam bahasa CINA sepanjang trip safari itu yang akhirnya disudahi dengan sepotong ayat "goodbye" dalam bahasa Inggeris. Terasa macam berada negara China pula kami! Bila masa pulak kami beli tiket penerbangan ke China ni?

Eh! Eh! Kami berada di negeri Melaka, Malaysia!!! 

THANK YOU NAJIB!!, THANK YOU MUHYIDDIN !!!


Tak lama lagi jadi negara Cina Kominis lah  Malaysia ini. Sekurang-kurangnya bahasa Mandarin akan menendang keluar bahasa Kebangsaan sendiri.
Related Posts with Thumbnails