Friday, February 11, 2011

Mengejar Tuhan "A"

Pagi ini (10/02/2011), seperti kebiasaannya, semasa menghantar anak-anak ke sekolah, saya mendengar perbualan di radio stesen FlyFM.

Topik perbincangan ringkas adalah mengenai seorang pelajar yang mati, jatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah (Berita Kosmo DI SINI).


Salah seorang dari DJ stesen radio mencerita bahawa BEFRIENDER telah menerima beratus-ratus email setiap hari, yang kebanyakannya dari golongan muda (teenagers) yang menyatakan masalah "kemurungan" (depression). Lebihkurang 30% dari ini adalah berkaitan dengan tekanan yang dihadapi dalam pembelajaran (education stress).

Sistem Pendidikan kita telah menjadi begitu "ultra-kiasu" di mana tuhan pendidikan yang begitu disembah adalah untuk "Mendapat A". Sekiranya boleh, "A" dalam semua matapelajaran dan sebanyak mana matapelajaran yang mungkin. Tidak ada bezanya dengan penyembahan tuhan yang satu lagi, iaitu "tuhan duit". Segala-gala mengenai "duit", negara berpendapatan tinggi, kejar wang semuanya, tidak kiranya kalaupun nilai wang itu menjunam, asalkan dapat kaut wang dengan begitu banyak.

Di manakah telah kita lemparkan adab sopan, budaya murni? Ada sesiapa tahu tak makna "spirituality" dewasa ini? Sesuatu yang menarik, saya petik dari laman BEHIND THE VEIL:-

Someone says,
"I can't help feeding my family.
I have to work so hard to earn a living."
 
He can do without God,
but not without food;
 
he can do without Religion,
but not without idols.
 
Where is one who'll say,
"If I eat bread without awareness of God,
I will choke.
"
(Baca artikel sepenuhnya DI SINI)

Berbalik kepada sistem atau dasar pelajaran kita yang ada pada hari ini. Saya rasa dalam keghairahan mengejar "A", keadaan telah menjadi tunggang terbalik. Saya pernah mendengar aduan-aduan guru-guru sekolah yang mengatakan sekarang ini prestasi sekolah diukur dengan pencapaian akademik. Masing-masing akan membuat apa saja untuk mencapai 100% "A" dalam semua matapelajaran sesebuah peperiksaan utama. Kalau zaman saya dahulu, kita cuba mencapai 100% "lulus" dan hanya ada sebilangan saja, (best student) satu atau dua pelajar sahaja yang mencapai 100% "A" dalam semua matapelajaran.

Keadaan menjadi semakin "teruk" apabila insentif  (selalunya berbentuk kewangan) diberikan bagi sekolah-sekolah/pengetua yang berjaya mencapai pencapaian yang "tinggi" ini sehingga ada insiden di mana murid-murid "dibantu" supaya dapat menjawab dengan betul semasa peperiksaan. Cara "bantuan" adalah cara yang tidak jujur seperti "soalan bocor", "memberi jawapan semasa pelajar sedang menjawap soalan peperiksaan" dan lain-lain lagi. Betul atau tidak, anda selidiki sendiri sekiranya berminat.

Tetapi pokoknya, sistem pendidikan telah menjadi bercelaru akibat ketaksuban mengejar "A", sepertimana "kualiti" masyarakat yang menjadi semakin gelojoh, tamak, tidak mengenal erti adab sopan dalam mengejar wang ringgit.

Memang betul pencapaian akademik yang tinggi itu adalah menjadi harapan ramai (seperti juga mengaut wang dengan banyak). Tetapi setinggi mana, sesuci mana "kualiti" pencapaian itu? Adakah kita bangga dengan mempunyai seorang yang kaya wang ringgit, tetapi diperolehi dengan hasil menjual dadah? memperdagangkan tubuh batang manusia? Adakah kita bangga mempunyai seorang pelajar yang dikatakan cerdik kerana mendapat 20 As, tetapi hendak masak mee maggi pun tak pandai nak nyalakan api dapur?

Kalau dahulu, pelajar-pelajar yang agak lemah akan mengikuti kelas tambahan apabila waktu peperiksaan menghampiri, kini kita dapati pelajar-pelajar yang cerdik pula menghadiri tuition after tuition, siang malam, langsung kesuntukan masa untuk bermain dan bergaul sesama rakan. Manakala yang agak lemah pula tidak berapa dipedulikan sangat. Hopeless untuk dapat "A", mungkin.

Cerita orang terjun bangunan kerana "masalah" kewangan telah kerap kita dengar, apalagi dengan budaya "ah long" yang ada kini. Kini kematian kerana "tekanan pelajaran" semakin meningkat, nampaknya.

Adalah amat wajar sekali bagi pihak kerajaan (terutama DS Najib) dan kementerian pendidikan untuk membuka sedikit kelopak mata masing-masing terhadap saranan KEMPEN SSS yang mahukan dasar pendidikan dikaji dan digubal semula. Sefahaman saya, mereka-mereka di KEMPEN SSS tersebut mahukan sebuah dasar/akta pendidikan yang:-
  • Dapat memperbetulkan semula pelanggaran yang jelas terhadap Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan institusi-institusi pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar asing yang juga bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan
  • Hasil kerajaan (melalui pembayaran cukai) adalah salah untuk digunakan bagi membiayai institusi-institusi yang lebih bersifat "persendirian (private)" dari bersifat "kebangsaan". Ini adalah penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin. Hasil ini patut digunakan memperelokkan/menambah baik lagi sekolah-sekolah kebangsaan yang kini nampaknya lebih dianaktirikan, bukannya ditabur kepada sekolah-sekolah "anti-nasional" bagi memancing undi.
  • Suatu sistem pendidikan yang lebih "holistik", "bermoral", beradab", "berjiwa kebangsaan", "patriotik" patut diwujudkan bagi mengganti sistem pendidikan mengejar tuhan "A" serta langsung tidak membina identiti negara dan tidak bersatu memupuk perpaduan dan pergaulan di antara masyarakat. Bak kata Tagore, "To build a nation, build a school"
Sila layari laman KEMPEN SSS dan baca memorandum mereka kepada Menteri Pelajaran mengenai saranan kajian semula sistem pendidikan. Saya rasa saranan ini adalah amat wajar dan telah sampai masanya untuk diteliti dengan serius apabila sistem pendidikan yang ada kini telah menjadi semakin tunggang langgang, lebih-lebih lagi dengan DS Najib sendiri begitu tegar membela kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang terang-terangan melanggar Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Pendek kata, sekolah-sekolah ini adalah SEKOLAH-SEKOLAH HARAM.

Marilah kita bersama-sama menyuburkan semangat kebangsaan kita, semangat patriotik kita terhadap negara kita, bangsa kita dan bahasa kita. Ini negara MALAYSIA. "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa", mana mungkin "Unity in diversity". Kita suburkan semangat ini dengan menandatangi petisyen ini. SILA KLIK DI SINI.


Related Posts with Thumbnails