Yang dimaksudkan "DAP" bukanlah "the Dumb Ass Party" tapi "Duduk Atas Pagar" seperti yang dimaksudkan oleh rakan FB saya.
CHE DET ada memuatkan artikel yang menyatakan bahawa rakyat Singapura begitu "berdisiplin", tidak membuang sampah merata-rata di negara mereka. Nanti kena "fine". Tetapi "disiplin" ini "POOF !!" sebaik saja mereka menyeberang ke Malaysia. Baca artikel CHE DET sepenuhnya DI SINI.
Tetapi terbalik pula bagi rakyat Malaysia. Longgok sampah selori ditepi jalan pun TIDAK APA. Rakyat Malaysia akan "berdisiplin" tidak membuang sampah, hanya apabila berada di Singapura.
Unik bukan?
Bercakap soal sistem pendidikan pula, Perdana Menteri Malaysia amat berbangga apabila Malaysia merupakan satu-satu negara tunggal di saentero dunia yang mempertahankan sistem pendidikan vernakular. Sementara sistem pendidikan negara-negara lain di dunia bersifat nasionalis/patriotik, Malaysia pula bersifat "vernakularistik" dan berbangga pula dengan sifat "kera sumbang" itu.
Unik bukan?
Baca seterusnya dari KEMPEN SSS ini:-
- Pendirian Dato Seri Najib
- Pendokong Tegar dan Juara Sekolah Vernakular
- Negara Kera Sumbang
- Apa komen “BAPAK VERNAKULAR”?
JUST MY THOUGHTS menulis "Talking about PM Najib, invariably it will be about the NEMs, the ETPs the EPPs, ya its hard to keep up with those short form words isn't it, of course his great support of the vernacular school" . Ianya memang terserlah sejak beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu lagi di mana beliau mengubah Akta Pendidikan pada tahun 1996 yang memberi ruang kepada percambahan sekolah-sekolah vernakular yang dikekang pertumbuhannya oleh akta-akta pendidikan yang sebelumnya. Masa itu kerajaan BN yang kepalai oleh UMNO memang kuat tidak seperti sekarang. Tetapi DS Najib begitu bersemangat sekali sehingga sanggup mengambil risiko politik bagi mempertahankan sekolah-sekolah vernakular ini, terutamanya sekolah vernakular cina. Dulu hanyalah sebagai Menteri Pelajaran, tetapi sekarang beliau adalah Perdana Menteri. Semakin lantang beliau membela sekolah-sekolah vernakular ini. Tetapi HARAM tetap HARAM.
Nak kata kerana "memancing undi", rasanya tidak juga. Walaupun telah dikencing berkali-kali sebelum ini, semangat beliau tetap kental membela sekolah-sekolah vernakular ini. Lagipun semangat vernakular beliau ini terserlah hebat sejak jadi Menteri Pelajaran semasa kerajaan BN masih kuat dan gah lagi di penghujung 1990an.
Unik bukan?
Oh ya, sebut pasal NEMs, ETPs, EPPs dan bermacam-macam sampai kena masuk kelas belajar ABC untuk "keep-up", teringat pula kepada Penyu di Rantau Abang. Masih ada lagi penyu di Trengganu sana, belum pupus semuanya. Penyu Trengganu ni ada juga terbebel pasal akronim ni. Dia membebel:-
"...which is an initiative under NKRA of the GTP handled by PEMANDU as part of ETP in accordance with MBE involving KPI add one more i DIE..."
Akronim DIE? "POOF !!" akan PUPUS PENYU TRENGGANU ! Cakap-cakap pasal NEM ni, dah buat U-TURN ke selepas kena balun dengan PERKASA dan NGO-NGO Melayu/Bumiputera setahun lepas dulu? Kalau kena salak dengan kaum minoriti, cepat sangat buat U-TURNnya seperti kata JUST MY THOUGHTS, "...that the Government of Malaysia succumb to pressure from the Opposition and make a 180 degree turn in less than 1 month..."
Unik bukan?
Malaysia sebelum bergabung dengan Sabah & Sarawak, dulunya bernama Semenanjung Tanah Melayu. Parti politik orang Melayu/Bumiputera adalah U.M.N.O. Ada "Malay" juga dalam nama parti tu. Tetapi, hari ini, kata SAKMONGKOL AK47:-
Betul la kut? Kita tengoklah siapa Presiden Parti Melayu tu. Seorang presiden yang menjuarai kaum BUKAN MELAYU sementara memegang jawatan PRESIDEN PARTI MELAYU!!! Usahkan parti kaum lain. parti kaum sendiripun dok asyik bela nasib kaum lain, akhirnya orang Melayu/ Bumiputera akan "POOF !!" dari bumi Tanah Melayu.
Unik bukan?
Apa tidaknya? Begitu tegar sekali mendokong dan membela sekolah vernakular. Pantang kena salak sikit oleh kaum minoriti, tak kiralah dari parti kawan atau dari parti lawan, terus melutut dan buat pusingan 180 darjah. Tak kisahlah kena kencing berkali-kalipun. Kalau bab TBH bergegas-gegas macam dunia nak kiamat besok. Bab Sosilawati dan 3 yang lain tu, macamana? Remaja Melayu "molotov cocktail" gereja siap kena hukum "in no time". Kasi duit kat gereja tu lagi hingga dapat dapat buat satu gereja yang baru. Burn Baby Burn! Yang baling kepala babi, botol arak kat masjid-masjid dan surau-surau pula, macamana? Isu nama "Allah"? Yang INI tak usah ceritalah. Jadi Raja Pengkhianat di Malaysia ni tanpa apa-apa tindakan pun, siap ditatang penuh bila masuk parlimen lagi. Matilah Cikgu Siti Inshah, Hamim BTN, Ahmad Ismail Bukit Bendera dan lain-lain tu. Apa nak jadi dengan negara ini, yang terasnya Orang Melayu (majoriti) dan parti tunggaknya parti Melayu (UMNO) tapi presiden parti Melayu ini nampaknya terlalu tegar dengan "vernakularistik"nya dan begitu prihatin kepada kaum bukan Melayu, bagaikan menatang minyak yang penuh. Presiden parti Melayu ni tak nak ikut jejak WIRA yang ini ke sebelum parti Melayu ini "POOF !!" kalau dibiarkan berlarutan begini? (Mana pulak perginya PERKASA?)
Panjang pulak artikel ini. Kalau nak dirisik-risik dan disenaraikan keunikan Malaysia ini, nampaknya tak boleh nak buat kerja lain lah hari ini. Soal buang sampah yang TIADA KETEGASAN dalam melaksanakan undang-undang terlalu AMAT KECIL jika dibandingkan dengan soal mempertahankan serta mendaulatkan UNDANG-UNDANG TERTINGGI negara seperti Artikel 153, Artikel 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Rasmi dan lain-lain? Padanlah mereka-mereka di KEMPEN SSS itu begitu melenting:-
Ketua Negara (yang sepatutnya mempertahankan undang-undang tertinggi negara) sendiri yang mencabulinya.Perbuatan membelakangi Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa Kebangsaan dengan mempertahankan sekolah HARAM, iaitu sekolah vernakular, semata-mata untuk “memancing” undi adalah merupakan suatu perbuatan yang amat jelek dan boleh dianggap sebagai suatu perbuatan yang menggadai maruah bangsa dan negara apabila ianya boleh menjejas pembinaan negara yang ingin mencapai suatu masyarakat yang kukuh lagi bersatu padu melalui slogan”SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”.
Unik bukan?
Bukan Lim Kit Siang atau Karpal Singh saja yang cakap tak serupa bikin. 1-Malaysia, tapi 3-Sekolah entah berapa Bahasa, langsung tidak seperti negara-negara lain di dunia seperti contoh di bawah ini:-
Seperti yang CHE DET cakap, ini soal bahasa penghantar. Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya tiada bahasa lain yang digunakan di negara ini dalam semua perkara-perkara rasmi, termasuklah PERTUTURAN SEHARIAN dan juga IKLAN-IKLAN, PAPAN-PAPAN TANDA dan lain-lain kecuali BAHASA MALAYSIA dan bila perlu BAHASA KEDUA (Inggeris). Jangan dok pi putarbelit dan dipolitikkan dengan mengatakan pembelajaran bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa ibunda, adalah dihalang di negara ini. Ini soal SATU BAHASA, SATU NEGARA, SATU BANGSA. Ini soal membina negara, nasionalisma dan patrotisma warga negara. Kalau WARGA NEGARA CELUP setakat pegang myKAD saja, memang tak guna. Memang Pendatang. Memang Imigran. Imigran Pakistan/Bangladesh yang datang bekerja di sini dapat bercakap Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja.
Kita dok sibuk-sibuk bercakap pasal politik kiri dan politik kanan ni, adakah kita sebenarnya telah teralih pandangan dari isu yang dok menghantui rakyat kini? Apa akan jadi apabila harga barangan keperluan semakin hari semakin naik?
Kita, Malaysians, sebenarnya lebih unik dari orang British. Mereka negara maju tapi duit tidak sebanyak kita. Uniknya, kita membeli barang yang sedikit dengan duit yang banyak. Mereka membeli barang yang banyak dengan duit yang sedikit. Bandingkan roti mereka dan "Poundland" DI SINI. Bandingkan harga kereta, nilai setangki penuh minyak kereta, kualiti barangan dan lain-lain DI SINI. Jangan sampai ada duit bertimbun-timbun tapi nak beli sekilo gula pun sakit, macam Zimbabwe dollar dari Yahoo Answers! ni.
Kita dok sibuk-sibuk bercakap pasal politik kiri dan politik kanan ni, adakah kita sebenarnya telah teralih pandangan dari isu yang dok menghantui rakyat kini? Apa akan jadi apabila harga barangan keperluan semakin hari semakin naik?
Kita, Malaysians, sebenarnya lebih unik dari orang British. Mereka negara maju tapi duit tidak sebanyak kita. Uniknya, kita membeli barang yang sedikit dengan duit yang banyak. Mereka membeli barang yang banyak dengan duit yang sedikit. Bandingkan roti mereka dan "Poundland" DI SINI. Bandingkan harga kereta, nilai setangki penuh minyak kereta, kualiti barangan dan lain-lain DI SINI. Jangan sampai ada duit bertimbun-timbun tapi nak beli sekilo gula pun sakit, macam Zimbabwe dollar dari Yahoo Answers! ni.
Unik bukan?
Politicians kita dok sebok berpolitik sehinggakan buat-buat tidak nampak 48 peti besi dalam apartment. Atau sengaja buat-buat tidak nampak? GLC - Government (pun) Losing Concern akibat kerenah-kerenah punahsihat-punahsihat dengan KPI la, itula, inila, semuanya nampaknya lebih nak menjahanamkan negara dari memakmurkan. Semakin jadi Zimbabwe dollar la RM, bukannya Pound Sterling, kalau dibiarkan berlarutan macam ni.
Sebelum berhenti, ni nak senarai satu lagi yang unik ni:-
- R - Rahman
- A - Abdul Razak
- H - Hussein
- M - Mahathir
- A - Abdullah
- N - Najib
LEPAS TU ???
Nak jadi ahli "Duduk Atas Pagar". Nak tunggu dan Lihat! Ada tak JUARA RAKYAT yang nak turun dari langit untuk menjuarai isu-isu harga barang, projek airmata, saman berekor sebagai contohnya....