Thursday, March 31, 2011

Siapa Sebenarnya Yang Menentukan Halatuju Negara Ini?

 UPDATE 2:00PM

Melayu Baru Najib :
"Menjadi Melayu yang begitu tinggi tahap kesabarannya walau diludah dan dikencing oleh bangsa lain namun untuk bangkit menentang - PANTANG  tuk nenek. Melayu yang begitu teguh kepercayaannya terhadap konsep keutuhan Hak Bangsa dan Ugama yang dikunci kemas oleh Perlembagaan, hingga sanggup merelakan diri berendam dalam air kencing kaum lain yang terang-terang memperlekehkan maruah Melayu dan Islam.

Itulah bangsa Melayu sekarang. Tahniah Najib ! Tahniah Umno !"

ARTIKEL ASAL

"Siapa Mahathir ?" katanya pernah diucapkan oleh M. Nasir suatu ketika dahulu, lalu M. Nasir kena "gam" oleh RTM (?). Jika diteliti, adalah 99.9999% mustahil bagi M. Nasir untuk tidak kenal kepada "Mahathir", kecualilah pada ketika dan saat pertanyaan itu diucapkan, M. Nasir berada di dalam keadaan yang tidak waras.

Sekiranya didengar ucapan pertanyaan itu dari mulut M. Nasir sendiri, maka akan terdengarlah nada ucapan itu. Adakah pertanyaan itu dalam nada yang keras? Adakah pertanyaan itu terucap dalam nada lembut macam puitis, gitu?

Walaupun perkataan yang terucap adalah identikal, tapi maksud ucapan boleh berbeza sehingga langit dan bumi jauhnya. Nada yang keras akan memberi maksud lebih kepada suatu yang merendahkan atau menyindir manakala nada yang beralun umpama puisi itu akan lebih kepada suatu penghormatan, pengagungan terhadap seseorang.

Apa kata kalau saudara saudari cuba berlakun jadi M. Nasir sekarang ini dan tanya:
"Siapa dia pemimpin kita?"



Negara kita namanya Malaysia. Dalam skop Semenanjung (Tanah Melayu), tiga kaum utama (termasuk juga kaum-kaum yang lain yang lebih kecil), Melayu, Cina dan India bersama-sama berganding bahu dan berSATUpadu untuk membina SATU Bangsa (Malaysia), SATU Negara (Malaysia) dan SATU Bahasa (errrr..???).

Di dalam bil Astro pun tercatat slogan "1 Bahasa, 1 Bangsa,  1 Negara". Slogan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" telah lama diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin berwawasan kita yang mana slogan ini masih segar walaupun matlamatnya sehingga kini MASIH LAGI BELUM TERCAPAI.

Apabila 1Malaysia diperkenalkan, matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" nampak sedikit tergugat apabila 1Malaysia, walaupun berselindung disebalik "1", namun begitu ianya lebih menekankan kepada KEPELBAGAIAN (cacamerba). Ini terbukti apabila pemimpin BEGITU TEGAR mendokong pendidikan vernakular, sekali gus mencabuli Artikel 152 Perlembagaan Negara. Yang agak peliknya, KETEGARAN mendokong pendidikan vernakular ini nampak hanya tertumpu kepada vernakular cina sahaja. Apalagi apabila bahasa asing seperti Mandarin itu nampaknya didahulukan oleh pemimpin yang kadang-kadang nampak macam meminggirkan bahasa Kebangsaan sendiri (SATU BAHASA).

Syukur, oleh kerana 1Malaysia ini tidak mempunyai "jati-diri" sebagaimana jatinya "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", maka orang ramai masih lagi terpinga-pinga dengan maksud sebenar dan matlamat 1Malaysia ini dalam aspek pembangunan negara. "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" terus hidup, walaupun cuba diambilalih oleh "1Malaysia", lagi-lagi apabila perjuangan  ini diteruskan oleh KEMPEN SSS.

Mari kita lihat:-
1. "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" jatinya adalah "SATU" manakala "1Malaysia" sebenarnya rojak cina di mana Kepelbagaian berempah cina yang ditekankan, instead of "SATU (1)". Hanya bahasanya saja bombastik "1" tapi perlaksanaannya cacamerba pelbagai (berperisa cina).

2. Najib is Mad, Confirmed! (sila klik pautan). Bapa Vernakular (klik).

3. Isu injil berbahasa Melayu (klik) apabila dipadankan dengan isu nama Allah (klik). Pemimpin kita berlutut?

4. "Interlok" (ulasan di bawah). Pemimpin kita berlutut?

5.  aaaaahhhh!!! geramnyer!!!! malaslah lah list banyak-banyak. Anda sendiri, TERUTAMANYA ORANG MELAYU, sudah tentu maklum siapa dia presiden parti politik Orang Melayu UMNO !!!
"Interlok"

Setahu saya, kaum Melayu dan kaum Cina juga kena "label" dalam novel ini. Tapi adakah "label-label" ini bersifat rasis? Adakah kaum Melayu melalak melolong terpekik siang malam? Nampaknya ahli politik kaum india dan cina (terutamanya dari pembangkang) yang  lebih kuat melalak dan melolong. Nampak? Pembangkang yang sebenarnya memainkan isu ini mengambil kesempatan terhadap kerajaan yang sering melutut dalam pelbagai isu termasuk isu-isu injil Melayu dan nama "Allah".

Orang yang asalnya dari India sendiri menceritakan betapa bahagianya bila dia sampai di Tanah Melayu ini. Kalau di India, duit yang digunakan untuk membeli barangan dari kasta yang lebih atas akan dicuci terlebih dahulu sebelum disentuh oleh sipenjual yang tergolong dalam kasta yang lebih atas. Di Tanah Melayu, tiada pengkastaan seperti ini.

Di sini tiada siapa pun sebenarnya memperdulikan apa itu "pariah", sekalipun mereka tahu apa itu "pariah". Mereka tidak berkasta seperti India. Penulis novel hanya menceritakan kembali apa yang telah diceritakan oleh orang yang asalnya "pariah dari India". Tup-tup satu negara telah dituduh "rasis" oleh segolongan orang. Kategori GILA apakah ini?

Orang GILA terpekik terlolong biasanya dibiarkan saja, sebab orang tahu dia tu gila. Habis-habis kalau lolongan orang GILA itu mengganggu ketenteraman awam, disumbatkan saja orang itu ditempat khas supaya ketenteraman awam tidak terganggu. TETAPI, apabila yang memegang kuasa pergi melayan orang GILA seperti ini, maka timbullah persoalannya, SIAPA KAH yang sebenarnya GILA? Orang gila ataupun orang yang melayan orang gila itu?


Sekolah cina, bahasa cina, kepala lembu Shah Alam, gereja molotov cocktail versus surau & masjid yang dilemparkan cat dan kepala babi, layanan terhadap kes TBH, kitab injil berbahasa Melayu, isu nama "Allah", Ahmad Bukit Bendera Penang yang rasis, wee meng dung, Cikgu Siti Inshah, Pengetua disebuah sekolah di Utara, Nasir (?) pembantu khas sendiri... the list goes on and on.

Cuba kira selama ini, berapa kali orang Melayu menuntut dan mendesak dan berapa kali kah kaum-kaum lain menuntut dan mendesak? Pernahkah barang sekali pemimpin "melutut" kepada orang Melayu? (kalau hanya sekadar ucapan yang berdegar-degar, itu tak kiralah, itu hanya buih air mulut yang bersembur-sembur!)
Orang Melayu kena tentukan supaya "rumah" mereka dalam keadaan baik, in order dan tidak berpecah belah. Nampaknya mereka tidak boleh berharapkan kepada Hj Hadi yang tunduk kepada pencarut Nik Aziz. Akan teruk lagilah Melayu dan Agama Islam. Orang Melayu juga nampaknya tersisih dari pandangan Presiden UMNO apabila presiden parti politik Melayu itu sendiri, menatang bagaikan minyak yang penuh, kaum-kaum lain yang sudah ada parti politik yang memperjuangkan hak masing-masing. Melayu dipinggirkan oleh Presiden UMNO atas desakan cauvinist malaysian malaysia yang kononnya samarata, di mana desakan dan tuntutan Malaysia ini secara halusnya di dokong oleh parti komponen BN sendiri. Kita semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain ingin membina MALAYSIA (Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa) dan ini tidak akan tercapai sekiranya kaum utama (Melayu & Bumiputera) sentiasa "diganggu-gugat". Mana mungkin kaum-kaum yang lebih kecil akan hidup harmoni sekiranya kaum utama berada di dalam keadaan resah sentiasa?

Dalam membina "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", masing-masing kaum Melayu, Cina dan India (juga kaum-kaum lain) telah bersetuju bahawa Semenanjung Tanah Melayu dijadikan MALAYSIA. Bangsa kita Bangsa Malaysia. Negara kita Negara Malaysia dan Bahasa Kita Bahasa Malaysia. Melayu tidak boleh jawikan Malaysia ini. Cina tidak boleh cinakan Malaysia ini. India tidak boleh indiakan Malaysia. Ringkasnya, patuh dan laksanakan RUKUN dan PERLEMBAGAAN NEGARA!!

Saranan supaya patuh, hormati dan laksanakan Rukun dan Perlembagaan Negara MALAYSIA ini adalah KHAS TERTUJU KEPADA NAJIB dan barisannya yang sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang tertinggi negara ini (Najib yang kemaruk gila kepada vernakular cina, contohnya).Mana-mana artikel Perlembagaan yang dicabuli adalah juga merupakan suatu TINDAKAN JENAYAH.

Jadi siapakah sebenarnya pemimpin kita (soalan yang di atas tadi) ?

Malang sekiranya urusan pentadbiran, perjalanan dan wawasan negara ini sebenarnya tidak dirangka dan dilaksanakan oleh orang-orang yang dipilih oleh rakyat. Tun Dr. Mahathir dulupun ada juga barisan kabinetnya serta juga barisan penasihat-penasihatnya. Tun Dr. Mahathir mempunyai visi dan wawasan yang diilhamkannya sendiri dalam menentukan halatuju negara ini. Sebagai ketua, beliau mempunyai barisan kabinet dan penasihat dalam merealisasikan visi dan wawasan beliau. Dalam proses merealisasikan visi dan wawasan ini sudah tu ada pro dan con, ada sokongan dan bangkangan dan akhir sekali semuanya itu DITENTUKAN sendiri oleh Dr. Mahathir setelah melalui proses "perundingan dan perdebatan". 

Sekiranya masih ada pandangan yang tidak "selari" dengan "the final decision", Dr. Mahathir MAMPU menjelaskannya, berhujah mempertahankan "final decision" ini. Kenapa? Kerana, yang utama sekali "decision" itu berputik dari visi dan wawasan beliau sendiri. Kedua, ianya diperkuatkan oleh proses "perundingan dan perdebatan" yang disertai oleh barisan kepimpinan beliau. Dan ketiga, beliau sebagai Ketua Kerajaan, berhak membuat "final decision", tanpa didalangi oleh tok-tok dalang.


Sebab itulah kebanyakan dasar-dasar di zaman Tun Dr Mahathir terlaksana tanpa banyak sangat isu kerana boleh dikatakan, bukan sahaja beliau BERPENGETAHUAN dengan secara keseluruhannya ke atas setiap dasar yang beliau akan laksanakan, malah jiwa dan raganya sekali ke dalam dasar-dasar tersebut sehingga beliau mampu menjelaskannya sekalipun terdapat kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar tersebut. Dalam mentadbir negara, tidak nampak sangat beliau terlalu "HARD-UP" kepada undi, sehingga boleh menggadai maruah Bangsa, Negara, Bahasa dan Agama Rasmi. "HARD-UP" kepada undi ini sehinga dikencingkan berkali-kali dan setiapkali itulah juga hati orang-orang Melayu terguris.

Dr. Mahathir, bukan sekadar JURUCAKAP kepada dasar-dasar kerajaan. Beliau tidak menyerahkan tugas negara ini kepada barisan "con"sultan-"con"sultan, punahsihat-punahsihat dan lain-lain lagi yang seumpamanya untuk merangka dan merencanakan halatuju negara ini. (Kerja PM ke kalau sudah terlalu banyak sangat akronim-akronim, ataupun ini kerja "con"sultan?) Sekiranya beliau berbuat demikian, sudah tentu beliau akan gelabah dalam menjawab segala kritikan-kritikan sebaik saja dasar-dasar itu diumumkan. Sudah tentu dasar-dasar "tin kosong" ini akan terus menerus menerima kritikan dari pelbagai golongan. Sudah tentu, dengan hanya sekadar JURUCAKAP, beliau tidak mampu mempertahankan dasar-dasar yang  dikritik hebat apabila saja diumumkan. Kerana dia hanya JURUCAKAP, kerja-kerja pembuatan dasar-dasar ini diserahkan kepada "con"sultan-"con"sultan" dan punahsihat-punahsihat.

Akan malang nasib sesebuah negara apabila dasar-dasar kebangsaannya dicemari oleh "vested interest" golongan-golongan tertentu termasuklah individu-individu tertentu yang mana "interest" mereka bukanlah sekali-kali dan semata-matanya DEMI AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

1-Puppet, Many Masters
1-Wayang, Pelbagai Pengarah
(DALAM WAYANG KULIT, ADA TOK DALANG DAN "CREW" NYA)
Apakah sebabnya apabila pertubuhan-pertubuhan bukan politik pun telah mula berani bersuara bernada "pro" pembangkang? Majlis Peguam dah lama dah. Yang terbaru MCCBCHST:-
The Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) has described the recent emergence of a sex video as slander designed to humiliate Anwar Ibrahim.
Ada terdengar sebelum ini MCCBCHST bersuara dengan nada yang sama dalam video seks Chua Soi Lek? Ataupun cerita Altantuya?

Usahkan pembangkang, rakan satu selimut sendiri pun kini sudah berani bersuara menghentam kerajaan, khasnya, UMNO, peneraju BN.

Setiap lapisan, dari anjing-anjing kurap yang menyalak saban hari hinggalah rakan  dalam selimut sendiri berani bersuara 'ala-ala' pro-pembangkang. Kerana apa? Kerana mereka semua ini telah belajar, dengan melalak melolong sekuat-kuat hati, ketua parti terbesar akan terus tunduk melutut. Biar apa sekalipun isu itu, sebesar-besar isu nama "Allah" sekalipun kerajaan lembik akan terus melutut. Bukan sangat kerana injil berbahasa Melayu. Injil ini telah lama ujud. Tetapi apabila "Dia Anak Tuhan" diterjemahkan kepada "Dia Anak Allah", ini melibatkan maruah orang Melayu yang mendokong Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini. Ini Perlembagaan Negara yang dicabuli lagi. Apa kerajaan buat? MELUTUT lembik bagai sotong!! Senget pulak tu!

Jadi siapakah pemimpin yang mengakibat menjadi negara begitu lembik sekali?

Orang Melayu dan Bumiputera melalui Pribumi Perkasa agaknya boleh merencanakan sesuatu untuk duduk semeja dengan mereka-mereka yang jati semangat kebangsaannya yang ada di dalam UMNO dan PAS. Orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh lagi berharap kepada Hj Hadi dan Nik Aziz, begitu juga dengan presiden UMNO sendiri yang dikhuatiri semangat kebangsaan dan Melayunya itu.

Pilihanraya semakin hampir. Apa guna mengundi parti-parti pembangkang yang anti-nasional dan tidak bersifat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Kita semua telah maklum siapa itu DAP yang menjadi dalang dalam PR. Tetapi apa guna juga kita memangkah BN, di mana sekarang ini  agak sukar hendak dibezakan di antara DAP, MCA dan Gerakan. One thing yang boleh di salute adalah, cina DAP, MCA dan Gerakan bersatupadu dengan DZ dan lain-lain walaupun berlainan kem. Masalahnya, negara ini adalah negara MALAYsia, bukan CINAsia. Tetapi orang Melayu masih asyik berpecah-belah.

Apa guna juga mengundi PAS yang dicucuk hidungnya oleh DAP. Begitu juga UMNO, yang presidennya lebih cina dari Melayu dan tidak ada seorangpun dalam UMNO mempunyai keberanian untuk bersuara menegur presidennya sendiri.


Mungkin negara ini memerlukan sebuah "Council of Elders" yang terdiri dari negarawan-negarawan yang ulung yang mempunyai kuasa Perlembagaan untuk memantau tindak-tanduk kerajaan yang memerintah. Dasar-dasar kerajaan yang memerintah belum tentu bersifat kebangsaan, ianya juga berpotensi untuk memporak-perandakan matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" seperti ketegaran yang terlampau terhadap pendidikan vernakular. Majlis ini boleh dibantu oleh orang yang yang berjiwa kebangsaan seperti Prof. Khoo Kay Kim, Prof. Teo Kok Seong, Lim Swee Ting, Dr. Ridhuan Tee dan ramai lagi.

Tidak boleh dibiarkan "kebangsaan" negara ini hancur dengan hanya kerana pemimpin mempunyai kuasa politik. Sudah sampai masanya tindak-tanduk pemimpin seperti ini dipantau agar negara tidak terus terjerumus dalam krisis "kebangsaan".



Alangkah baiknya kalau Pribumi Perkasa dapat duduk semeja dengan ahli-ahli bebas yang berkaliber sekarang ini, dan mereka yang ada di dalam PAS dan UMNO yang benar-benar bersemangat kebangsaan. Bukan kita mahu negara ini dijawikan oleh kaum Melayu atau dicinakan oleh kaum Cina. Kita mahukan ahli-ahli politik mentadbir negara ini mengikuti lunas-lunas RUKUN NEGARA serta PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN di dalam mengejar matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Bangsa kita bangsa Malaysia. Negara kita Negara Malaysia. Bahasa kita bahasa Malaysia.!
Related Posts with Thumbnails