UPDATE:
"It was nationalism that cemented most of the European powers in the modern era, turning them from dynastic states into nation-states, and it was the spread of nationalist ideology that helped destroy the British, French, Ottoman, Dutch, Portuguese, Austro-Hungarian, and Russian/Soviet empires. Nationalism is the main reason the United Nations had fifty-one members immediately after its founding in 1945 and has nearly 200 members today. It is why the Zionists wanted a state for the Jewish people and why Palestinians want a state of their own today. It is what enabled the Vietnamese to defeat both the French and the American armies during the Cold War. It is also why Kurds and Chechens still aspire to statehood; why Scots have pressed for greater autonomy within the United Kingdom, and it is why we now have a Republic of South Sudan"
STEPHEN M. WALT @ "Nationalism Rules" by HANTULAUT
ARTIKEL ASAL:Satu kenyataan yang menarik dari Prof. Dr. Teo untuk saya kongsikan bersama.
Mengapakah kenyataan sebegini menjadi begitu MENARIK sekali apabila diucapkan di Malaysia ini? Sedangkan secara umumnya, boleh dikatakanlah bahawa kenyataan sebegini adalah merupakan suatu kenyataan yang agak biasa. Sudah menjadi kelaziman bagi mana-mana rakyat sesebuah negara itu menjulang bahasa kebangsaannya sendiri di tempat yang teratas.
Agaknya, situasinya berlainan malah mungkin juga bertentangan dengan kelaziman di Malaysia ini. Ialah, walaupun kita ada Artikel 152 Perlembagaan, dikuatkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan, tetapi realitinya?
Beranikah kerajaan melaksanakan Artikel 152 Perlembagaan ini yang merupakan sebahagian dari undang-undang tertinggi negara? Berupayakah kerajaan untuk tidak menjadikan Akta Bahasa Kebangsaan seolah-olah sebagai barang perhiasan saja? Supaya mungkin pada suatu hari nanti, setiap rakyat yang bergelar "Orang Malaysia" akan bertutur menggunakan Bahasa Melayu, bukan saja diluar rumah masing-masing, malah di dalam rumah juga tanpa menidakkan kepentingan Bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) pada waktu yang sama.
Dan juga, sanggupkah setiap orang daripada kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia, bukan sekadar dibibir sahaja serta bersandarkan myKAD sedangkan kita sebenarnya sememangnya layak digelar sebagai "PENDATANG?".
Tidak lagi seorang rakyat Malaysia "berlidah asing" sehinggakan Bahasa Melayu langsung tidak difahaminya. Kalaupun terlalu amat mementingkan bahasa ibunda, memadailah kalau ianya dipraktiskan di dalam rumah sahaja. Di luar sana, biarlah keturunan kita mula menjulang maruah bangsa Malaysia, sekiranya benar kita ini rakyat Malaysia.
Kepada yang memegang kuasa pentadbiran negara ini, sudah-sudahlah kemaruk dengan bahasa asing seperti Mandarin itu. Sudah-sudahlah dengan sistem pendidikan vernakular. Mertabatkanlah sekolah kebangsaan. Saya berharap, rombakan dasar pelajaran negara yang akan dibentangkan hujung tahun ini, akhirnya dapat meletakkan impian "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" ke atas landasan yang betul setelah lebih 50 tahun negara ini merdeka (sila KLIK DI SINI). Janganlah bertindak sumbang bagi mencelarukan lagi identiti bangsa dan negara. Jangan digadai maruah bangsa Malaysia ini.
Saya siarkan sepenuhnya berita dari BERNAMA yang diperolehi dari pautan DI SINI.
Dignity Of Malaysians Depends On Status Of Malay Language - Prof Dr Teo
KANGAR, July 19 (Bernama) -- A higher social status should be given to the Malay language as the dignity of Malaysians depends on the status of the language, which symbolises the sovereignty of the nation and its leaders, according to a socio-linguistics professor.
Prof Dr Teo Kok Seong, who is the Principal Research Fellow at Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA) of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), said the Malay language should also be positioned above any other languages used in the country at all times.
"In other words, the position of the Malay language should always be above, not at the same level and never below other languages.
"This is because the dignity of the Malaysians depends on the status of the Malay language, which symbolises the sovereignty of the nation and its leaders," he said.
He said this when presenting a working paper entitled "The Role of Malay Language in Creating National Identity and Nation State of Malaysia" in conjunction with the state-level briefing on the National Language Policy here.
The professor also said members of the public should always use the Malay language correctly to honour its status as the national language.
-- BERNAMA
Susah benar kah untuk memahami apa yang dinyatakan di atas? Undang-undang dan akta sudah lama termaktub. Kuasa sudah ada ditangan. Apa lagi alasannya?