Thursday, May 16, 2013

Betul ke ? atau hanya ketidak-mampuan menggunakan akal fikiran?

Saya ternampak posting ini dalam FB tempoh hari.


Saya rasa timbulnya kebencian yang meluak-luak terhadap UMNO sehingga bingit di sana sini dok melaung "UBAH-UBAH" kerana suatu persepsi telah berjaya ditiupkan dan ditanam ke dalam sanubari ramai orang bahawa UMNO tu korup, kroni dan jahat.

Kitapun tak kata UMNO tu malaikat, tapi korup, kroni dan jahat sampai tahap mana tu?

Mereka begitu hebat sekali dok meniup/menanam persepsi UMNO korup seolah-seolah mereka tu tak korup langsung? Mereka tu malaikat? Malaslah nak cari artikel-artikel yang ditulis ramai blogger-blogger yang membuktikan mereka ni lagi korup, kroni dan jahat. Lihat sajalah Lim Kit Siang, anak-beranak yang dalam pemilihan parti sendiripun kucar-kacir hingga sampai ke suatu tahap nak guna bulan sebagai simbol pilihanraya. Nak cakap pasal korup, kroni dan jahat? Siapa yang terlebih korup nih?

Tu baru dapat kuasa negeri, belum lagi negara. Selangor negeri yang kaya dah nak jadi kayap bawah pemerintahan dia orang. Tak korup tu? Tak kroni tu? Tak jahat tu?

Inilah yang mereka lakukan... meniup dan menanam persepsi sejak sekian lama..

Sehingga ramai hilang pertimbangan dan tidak dapat menggunakankan akal fikiran yang waras lagi. Begitu hebat tiupan mereka.

Maka sekawan orang-orang gagal memenafaatkan kewarasan otak masing-masing pun ikut samalah dok "UBAH-UBAH" sana sini, dalam media sosial, tengah jalan, tempat kerja dsb.

Sekali lagi, depa tu tak Korup ke? Tak Kroni? Tak Jahat?

Saya tertarik dengan komen di dalam post FB di atas. Beginilah....

Kita serumah. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa dalam kalangan kita ni terdapat si pencuri. Dok tengah menyiasat dan cuba nak menangkap si pencuri ni, tiba-tiba ada orang jahat masuk rumah ikut pintu belakang dan menyalakan api. Dok tiup-tiup api sehingga api menjadi besar. Kita dok sibuk kat loteng rumah dok mengesan pencuri.

Kemudian barulah disedari bahawa api sedang marak merebak di dapur. Keseluruhan rumah bakal hangus.

Apa yang anda akan buat dalam situasi begini?

Terus berada di loteng mengesan pencuri?

Atau bergegas turun ke dapur untuk memadamkan api?...dengan mengajak semua yang ada dalam rumah, termasuklah suspek-suspek pencuri sekali gus untuk bergegas turun bersama-sama memadamkan api?

or what??!

Kalau tak ada orang (race), mana nak ada penganut agama (religion), mana nak ada Raja dan rakyat untuk memerintah dan diperintah (Royalti). Jauh sekali nak ada orang yang nak berbuat korup, kroni dan jahat bukan?

"Race" umpamanya kita yang dalam rumah tu lah. Bangsa.

"Religion" - way of life.. cara kita hidup dalam rumah, ada peraturan supaya jangan sampai ada si pencuri yang berleluasa.

"Royalti" ketua rumah yang decide samada nak memadamkan api ataupun mengesan pencuri dalam sesuatu keadaan semasa tu.

Kalau Bangsa MALAYsia kita ni dihancurkan, nak jadi bangsa cina kominis kah kita?

Kalau Agama di"tidak"kan.. (biar saya ambil contoh agama Islam di sini).. kalau "Allah" itu boleh diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya.. beragama Islam kah kita?

Kalau Raja-Raja Melayu dihina.. berdaulat kah bumi kita?

Kalau negara ini diporak-perandakan oleh orang yang sentiasa nak pilih SALURAN TAK BETUL, campurtangan asing, demonstrasi sana-sini sampai rakyat nak buat kerja pun payah.. akan tetap terpeliharakah bumi MALAYsia ini?

So? Nak biarkan seluruh rumah kita terbakar hangus dulu kerana kemaruk "UBAH-UBAH" mencari si pencuri? 

Nak hancurkan negara ini kononnya pemerintah sekarang tu korup, kroni dan jahat dan awak tu pulak malaikat?????

WORLD'S WORST LOSER!!!!! kalau ada telor, ikutlah saluran betul dengan buat petisyen di Mahkamah Tinggi. Sebab tak betul lah tu, dok ajak LEMBU-LEMBU dan DUNGU-DUNGU berhimpun sana-sini, menyebar fitnah-fitnah dan khabar-khabar separuh masak, 24/7 nonstop!!!

Satu lagi before saya tutup cerita.

Masa PRU lepas, ada si pulan bagi dua no. IC. Dok sebar kat media sosial suruh masukkan no. IC tu kat laman SPR dan lihat apa jadi.

Saya pun buatlah. Memang betul. Dua no IC yang berlainan tapi memaparkan details yang hampir keseluruhannya sama.

Kerja si pulan tu dok sebarkan benda ni lah. Tapi ada juga yang waras, instead of menyebarkan benda ni, beliau bagi tahu pihak SPR.

Mari kita tengok.

SPR pun dah kata yang senarai sentiasa dikemaskinikan. SPR pun tak dabik yang mereka tu malaikat, tak buat silap langsung. Mereka pun akui, sebab tu lah mereka minta kalau ada apa-apa kesilapan, mereka minta tolong kita sama-sama "membersihkan" senarai tu.

Tapi apa si pulan ni buat? Dia dok sebar kat orang lain di media sosial, bukannya nak bagi tahu SPR! Apa orang lain buleh buat? Bolehkah mereka masuk dalam sistem SPR dan betulkan senarai tu? Ini kena SPR juga yang buat! BODOH NAK MAMPUS!!

Jadi jelaslah niat mereka-mereka ini. NIAT JAHAT nak huru-harakan lagi keadaan. Bukannya nak memperbetulkan kesilapan yang ada. Tapi dok berdegar sana-sini kata UMNO tu jahat!!. BODOH NAK MAMPUS!!






Related Posts with Thumbnails