Wednesday, May 15, 2013

Apa sebabnya? Apa yang patut diperbaiki?

UPDATE

Dah habis kita tunggu...... (sejak khabar angin 2010 lagi, Reshuffle? Susun Semula?). Akhirnya KJ dapat juga jawatan. Tidak lama sebelum ini KJ kata nak sambung mengaji diluar negara. Yang si Anwar pula nak jadi lecturer, janji nak berundur kalau kalah. Janji jadi capati. KDN pula dapat menteri baru..hmmmmm... tak tau nak cakap.. baru tengok TV1 sebentar tadi dan take shower dulu after that..


Original Post



Ya sokong kenyataan di atas .... "kita kena cari apa sebab dan kita kena perbaiki.."
  • Kerana orang cina tidak suka kepada Bahasa Kebangsaan dan tidak menerima slogan "BAHASA JIWA BANGSA" kah?
  • Kerana orang cina tidak suka kepada "Satu Sekolah Untuk Semua" yang berjuang untuk "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" kah?
  • Kerana orang cina tidak suka kepada Malaysia yang terbentuk oleh Rukun Negara & Perlembagaan yang ada sekarang kah?
Kalau begitu lah... apa perlu kita buat? Kita patut perbaiki keadaan ini dengan:-
  • mempromosi dan menyanjung bahasa Mandarin kah?
  • menambahkan dan mempercambahkan lagi sekolah-sekolah vernakular kah?
  • bertolak ansur sehingga MALAYsia menjadi CINAsia kah?
diperbaiki hingga ke tahap ini?:-

(..seperti yang nampaknya dilakukan oleh Pengerusi Barisan Nasional selama ini?)
Lepas berkali-kali kena...??? tak serik-serik!



Ataupun kita:-

 MARTABATKAN bahasa Kebangsaan kita? Dan tidak berlutut tak tentu fasal...


MARTABATKAN sekolah kebangsaan agar perpaduan sebenar dapat dicapai, "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"? Dan tidak berlutut tak tentu fasal...


Terapkan nilai nationalisma dan patriotisma berpandukan kepada "DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG"? Dan tidak berlutut tak tentu fasal..



Kepada masyarakat cina YANG BERKENAAN... belajar-belajarlah sifat TOLERANSI.. ingat-ingatlah bahawa bumi ini yang dahulunya bergelar SEMENANJUNG TANAH MELAYU telah kini bergelar Malaysia kerana sifat TOLERANSI..

Sekiranya tidak faham BAHASA KEBANGSAAN, mereka masih lagi bertoleransi dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua... ini supaya perpaduan dapat dipupuk melalui "SATU BAHASA", "common language".. supaya ada persefahaman di antara kita.. supaya rakyat Malaysia FAHAM BAHASA! 

Hendak mereka guna bahasa isyarat jugakah?. Kalau TIDAK FAHAM BAHASA juga lagi, anda sepatutnya mencari penterjermah bahasa/translator untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia. 

Untuk menyuruh rakyat Malaysia fasih bahasa cina anda (secara terang-terangan ataupun halus, secara langsung ataupun tidak), ianya akan menyerlah dan membuktikan sikap TERLAMPAU anda di bumi Malaysia ini. Oh please! This is not about being a multi-lingual person.. this is about BEING A MALAYSIAN!

Mereka sentiasa bertolak-ansur, tetapi tidak sekali-kali dapat membiarkan anda bersikap TERLAMPAU yang MENOLAK MEREKA BERANSUR-ANSUR...

Ini pakej yang dinamakan "MALAYsia". Di dalamnya ada "The Finest, The Good, The Bad and The Ugly". Kita semua tahu bahawa Bahasa Kebangsaan kita bukan bahasa terulung di dunia waktu ini. Kita juga terima bahawa Malaysia masih lagi dalam perjalanan untuk menempah nama sebagai negara terulung dunia.

Tetapi...

Kepada yang berjiwa Malaysia - Bangsanya, Negaranya dan Bahasanya tetap yang pertama dihatinya walaupun tidak di dunia. Malaysia, the "package", is always RIGHT for Malaysians. For those who don't regard Bahasa Malaysia (as an example) as "THE LANGUAGE", perhaps you are standing in the wrong place. Bumi Malaysia is not right for you.

Dan kepada Melayu, siasah kembali bumi di mana anda berpijak, jangan senang terperangkap dengan PIL KUDA, lalu khayal serta lupa diri, jangan jadi spesis ini.

APA kata Pengerusi Barisan Nasional yang sepatutnya memartabatkan Rukun dan Perlembagaan Negara?

Related Posts with Thumbnails