Thursday, April 7, 2011

"Berhala" Sudahpun di Bawa Masuk Ke sini

Update 7:00PM

Teluq Pun Depa Tipu - PISAU.NET


Artikel Asal (07/04/2011 - 12:16PM)

Blog ini bermula pada 28 April 2010 dengan muatan artikel sulungnya yang bertajuk "Because of Money"

Artikel sulung ini sebenarnya ingin memaparkan perangai penyembah-penyembah duit yang sanggup melakukan apa saja, hatta membunuh manusia sekalipun, semata-mata ingin mendapatkan duit. Inilah perangai haiwan yang tidak pernah kenal erti puas, diberikan betis hendak peha, dapat peha kepala pula mahu diinjak. 


Penyembahannya terhadap duit mengatasi segala-galanya; baik moral, etika, maupun nyawa seseorang manusia. Asalkan haiwan ini dapat buat duit.

Kini haiwan-haiwan penyembah duit ini telahpun membawa masuk salah satu peralatan sembahan berhalanya yang berupa TELUR TIRUAN yang pernah dikongsikan dalam artikel sulung blog ini.


Sila baca Forum Utusan bertajuk "Awas Telur Tiruan di Pasaran - CAP" dan juga artikel sulung blog ini, "Because Of Money", yang memaparkan bagaimana telur tiruan ini dihasilkan, semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda tanpa memperdulikan kesihatan dan nyawa manusia.
Related Posts with Thumbnails