Wednesday, April 27, 2011

Bom Jangka Malaysia


Di antara rumusan yang boleh dibuat dari sebuah artikel terbitan The Malaysian Insider bertajuk "Language barrier to racial interaction, study reveals", adalah:-
  1. Sebahagian besar dari murid-murid yang tercicir (dropouts) dari SRJK(C) tidak dapat menguasai bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.
  2. Keadaan ini menyebabkan kaum cina hanya berinteraksi dikalangan mereka sahaja, memburukkan lagi polarisasi kaum di Malaysia.
  3. Sistem atau Dasar Pendidikan perlu diubahsuai secara keseluruhan
Dari sudut 1-Malaysia, persoalan yang mungkin timbul adalah:-

  1. Bagaimanakah Toleransi dan Penerimaan dapat tercapai sedangkan faham bahasa pun tidak?
  2. Apakah "Unity in Diversity" mempunyai sebarang isi atau makna apabila kaum yang tidak faham bahasa hanya akan berinteraksi dikalangan mereka sahaja (diversity) yang memburukkan lagi polarisasi kaum di Malaysia. Inikah yang dinamakan "Unity" 1-Malaysia itu?
  3. Sudah sekian lama Kempen SSS diwujudkan mendesak/menyarankan penggubalan semula (setidak-tidakpun mengkaji semula) Dasar Pendidikan. Laman Kempen SSS dilancarkan pada Ogos 2009 lepas dan disekitar waktu itu suara-suara sokongan terhadap SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA kedengaran dari pelbagai lapisan masyarakat, dari rakyat biasa hinggalah ke tokoh-tokoh akademik , wartawan dan ahli-ahli politik. Di alam maya pula, sokongan telah suarakan oleh blogger-blogger dari kalangan penyokong kerajaan, kalangan pembangkang maupun yang berkecuali. Tapi apakah reaksi DS Najib terhadap isu ini ketika itu (sehinggalah sekarang)?Rasanya tidak payah diulas panjang, pendirian DS Najib ini. Kita semua sudah sedia maklum
Berikut adalah beberapa petikan dari artikel The Malaysian Insider tersebut:-
  1. Kajian mendapati "A significant number of secondary school dropouts with Chinese primary vernacular education have little, or zero, command of English or the national language, according to a study" yang menyebabkan keadaan di mana "a group of Chinese who only interact within their own ethnic community and points to increasing racial polarisation in multicultural Malaysia."
  2. Ujar bekas gurubesar SRJK(C) Pudu, “Most of our Chinese children do not have this sort of environment. And nowadays, they do not mix around, not like our time,” dan tambah beliau lagi “Their interaction is limited. Ninety-eight per cent keep to their Chinese friends and so speak Chinese every day,”.
  3. Pemerhatian Datuk Dr Toh Kin Woon [Senior fellow Socio-economic and Environmental Research Institute (Seri)] merumuskan; “this is one of the contributory factors leading to racial polarisation”.
  4. Tan Yew Sing. yang mengetuai KL-Selangor Chinese Assembly Hall mengakui bahawa "the problem was very serious" dan menyarankan “The whole [education] system needs to be revamped...".
Daripada kajian di atas dan juga entah berapa banyak lagi kajian-kajian mengenai isu ini yang membuktikan bahawa sistem pendidikan vernakular tidak akan membantu kearah perpaduan negara, malah akan memburukkan lagi polarisasi di antara kaum di negara ini. Seperti yang dipaparkan di atas, dari sudut pembinaan negara melalui pendidikan, konsep 1-Malaysia hanya membawa slogan-slogan yang mungkin sekali direkacipta oleh punahsihat-punahsihat. Apa maknanya "Unity in Diversity" sedangkan kedua-dua perkataan tersebut pada dasarnya lagi telahpun memberi makna yang sama sekali bercanggah. Tidak usahlah bercakap soal "Tolerance & Acceptance" sedangkan pada awal-awalnya lagi "faham bahasa pun tidak (Understanding via common language)".  

Agak pelik bukan apabila sekolah vernakular ini diberi pembelaan begitu tegar sekali hingga boleh dikatakan sampai ketahap menganak-tirikan sekolah kebangsaan sendiri. Sudahlah sistem pendidikan vernakular ini adalah HARAM di sisi Perlembagaan Negara, merupakan kanser kepada perpaduan kaum lagi. Dari segi politik BN pula, produk-produk sekolah vernakular inilah yang menjadi suspek utama yang tidak akan memberikan undi kepada BN. Amat pelik bukan kelakuan seseorang itu yang begitu tegar membela sistem pendidikan vernakular ini. Nampak macam gali kubur, bukan saja kubur sendiri malahan kubur bangsa dan negara dalam jangkamasa panjang.

PURE SHIITE dalam artikelnya yang sebelum ini pernah mengemukakan pertanyaan yang begitu tepat dan amat wajar sekali:-
"...is it not the objective of the Government and the Members of the Parliament to ensure that all the provisions of our Constitution and the National Language Act is adhered to?.."
"...How can you as a sitting MP watch our Constitution being raped day in day out with regards to this matter?..."
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !!!
TAIK KUCING LA!!

Bagaimana? Beranikah Menteri Pelajaran mengarahkan supaya Dasar Pendidikan digubalkan semula, setidak-tidaknya dibuat kajian semula? Sudah berbuih mulut orangramai dari segenap lapisan masyarakat menyuarakan saranan ini.

Atau masih takut dan tunggu signal dari BAPAK VERNAKULAR lagi? Yang begitu tegar membela sekolah vernakular ini dengan menganggapnya sebagai SAHABAT SEJATI KERAJAANNYA dan sanggup mengambil RISIKO POLITIK dalam mempertahankannya. Sudahlah tidak serik dikencingkan berkali-kali, BAPAK VERNAKULAR ini begitu bangga juga lagi dengan keadaan "kera sumbang", di mana ianya tidak dilakukan oleh negara-negara lain di dunia ini.

PURE SHIITE dalam artikel terbarunya sudahpun menyuarakan:-

"WE CANNOT TRUST THE GOVERNMENT OR ANY OF THE POLITICAL PARTIES OR THEIR REPRESENTATIVES ANYMORE TO DEAL WITH THIS ISSUE.

THE ULTIMATE GUARDIAN NEEDS TO INTERVENE"

Nampaknya dalam isu pendidikan ini, ketua kerajaan sudah tidak dipercayai langsung bak kata pepatah "Harapkan pagar, pagar makan padi". Kita berharap pembinaan negara ini dapat diteruskan dengan berlandaskan Perlembagaan Negara, alih-alih ketua kerajaan sendiri yang mencabulinya dengan begitu tegar membela sistem pendidikan vernakular yang sememangnya terbukti haram dan akan menghancurkan perpaduan negara sekiranya dibiarkan.

Berani tak Menteri Pelajaran untuk mengorak langkah bagi menyelamatkan keadaan yang semakin teruk ini? Ataupun kita wajar beralih kepercayaan kepada "THE ULTIMATE GUARDIANS" selepas ini?

Ini adalah seruan-seruan KEBANGSAAN yang berlandaskan Perlembagaan Negara, bukannya tuntutan-tuntutan PERKAUMAN diluar batas Perlembagaan Negara. Setakat ini nampaknya "Pagar" bukannya "memagari padi", tetapi "meratah"nya pula. Apa kejadahnya ni?

By the way:-

Usahlah GAPENA membuat lawak dengan mendabik diri sebagai pejuang Bahasa. Kenapa begitu tangkas dan bising benar kalah tin kosong dalam isu PPSMI ni? Ini perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan ataupun perjuangan udang disebalik batu? buku teks ke? ataupun persekongkolan dengan puak-puak yang berjuang menegakkan bahasa asing seperti Mandarin dan bahasa-bahasa ibunda cina yang lain-lain tu?

Kenapa nampak macam hero sangat dalam PPSMI (sahaja)dan senyap menikus, berdecit pun tidak dalam isu sistem pendidikan vernakular? isu bahasa-bahasa asing yang semakin mengambil alih tempat bahasa Kebangsaan di dalam urusan-urusan rasmi, papan-papan tanda, iklan-iklan dsb? Pernah ke GAPENA terdengar atau ingin ambil tahu apa itu Kempem SSS? Cuba baca tentang NLAF, pejuang dahulu, yang dipaparkan oleh PURE SHIITE di SINI.

GAPENA dalam isu PPSMI ini telah memberi ruang yang lebih besar kepada percambahan bahasa-bahasa asing, dengan membawa alasan bahasa ibundanya. GAPENA ni berjuang mendaulatkan Bahasa Kebangsaan ataupun cuba mendaulat bahasa Ibunda? Dengan pelbagai kaum (termasuk Bumiputera Sabah & Sarawak dan Orang Asli) yang ada di bumi Malaysia ini, sudah tentulah bahasa ibunda (dan juga loghat-loghat) akan tidak terbilang dek jari. Akhirnya GAPENA secara tidak langsung akan "menjulang" bahasa Komunis Cina, iaitu Mandarin di negara ini. At least, Bahasa Inggeris itu bahasa kedua negara. Malulah sikit wahai GAPENA bila hendak mendabik diri sebagai pejuang bahasa kebangsaan tu. Jawab cabaran PURE SHIITE dulu:-

Tell me what is your position on the RAPING OF ARTICLE 152 AND THE NATIONAL LANGUAGE ACT by the Vernacular Schools?

Boleh? Takde hal ke pakcik?

Apekebenda lu nak claim lu represent "PARA PEJUANG BAHASA".....

Dipersilakan juga baca tulisan DINTURTLE:-

TERBUKTI - Sekolah Cina Menghancurkan Perpaduan Kaum !

"...Najib oh Najib oooi..... masih nak berbangga lagi dengan sekolah cina ? Adalah sebab kenapa semua negara diDUNIA tidak ada konsep sekolah vernakular yang berjalan seiring dengan sekolah kebangsaan, sebab mereka telah belajar dari pengalaman dan dari kajian mereka bahawa sistem yang diamalkan Malaysia bukan saja TIDAK menyumbang kearah perpaduan rakyat tapi tambah memisahkan rakyat dan ia bakal menjadi satu masalah besar kepada negara satu hari nanti.

pendekata - Sekolah Vernakular adalah satu bom jangka yang bakal memusnahkan negara !..."
Related Posts with Thumbnails