Monday, April 11, 2011

DiSergah Hantu Loncat Cina


Apabila membicarakan soal politik, mengapa kerajaan BN pimpinan Najib lemah, tidak tegas dan sentiasa mengalah kepada tuntutan-tuntutan melampau kaum-kaum bukan Melayu; selalunya dua sebab yang sering diperkatakan oleh penyokong-penyokong Najib:-
  1. Memperbetulkan kembali kerajaan yang hampir ranap di bawah pimpinan Pak Lah
  2. Orang Melayu berpecah belah sehingga memaksa kerajaan Najib berkompromi.

Kerajaan Pimpinan Pak Lah

Kelemahan kerajaan sebelum ini tidak dinafikan ramai.

Beratnya tugas dipikul oleh kerajaan Najib untuk memperbetulkan keadaan yang dikatakan "hampir musnah" itu, adalah juga diakui.

Kini sudah 2 tahun kerajaan Najib memegang tampuk. Sudah "betul" kah keadaan yang dikatakan "hampir musnah" itu? Sudah berapa peratus pulih? Atau semakin teruk?

Harus diingat, 2 tahun adalah sesuatu tempoh yang memadai untuk memperbetulkan keadaan. Sekiranya keadaan itu tidak juga pulih, maka samada keadaan yang "hampir hancur" itu sebenarnya telah lebur, tidak boleh diperbetulkan lagi dengan apa cara sekalipun. ATAUPUN kerajaan Najib yang gagal, tidak mampu untuk memperbetulkan keadaan walaupun sudah 2 tahun memegang tampuk. Lebih buruk lagi sekiranya keadaan menjadi semakin teruk.


Melayu yang berpecah-belah

Perpecahan ini memang diakui ramai. Banding sajalah keadaan UMNO dan PAS, dahulu dan sekarang.

Anwar Ibrahim seorang Melayu, yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Sekiranya tidak, masakan, beliau  dijadikan anak didik Tun Mahathir. Sayang sekali, Anwar terlalu leka dengan impian "PutraJaya"nya, tambah lagi Anwar mempunyai "perangai".

Setiap orang mempunyai impian, tetapi, biarpun tinggi mana ketokohan atau kewibawaan seseorang itu, beliau sama sekali TIDAK BOLEH dijadikan pemimpin negara ini apabila mempunyai "perangai" yang sedemikian rupa. "Perangai" ini terlalu "jijik" untuk ada pada seorang pemimpin negara ini. Sayang sekali.

Sepatutnya Anwar berkorban demi nusa dan bangsa, sekalipun "berperangai". Keasyikan Anwar terhadap impian "PutraJaya"nya serta "perangai" yang ada padanya, telah dipergunakan sepenuhnya secara halus oleh DAP.

Siapa tidak ingat bahawa ahli DAPlah orang yang pertama sekali menuduh Anwar "meliwat" di dalam Parlimen. Ahli DAP yang sama jugalah pada hari ini "membela" Anwar dari pertuduhan "meliwat". Adakah ini suatu ciri-ciri pembangkang yang berprinsip? Ataupun DAP sebenarnya bukan mempunyai sebarang prinsip pun! Apa saja akan dilakukan asalkan negara ini jatuh ke dalam genggamannya.

Anwar telah dipergunakan dengan cara yang begitu halus sekali oleh DAP apabila kini bertukar arah 180 darjah. Dahulu cuba menjatuhkan Anwar dengan pertuduhan meliwat, hari ini pula cuba mempertahankan Anwar dari tuduhan meliwat. Aksi-aksi tidak berprinsip DAP ini juga jelas kelihatan dalam isu penubuhan Suruhanjaya DiRaja bersabit dengan video-video seks DAHULU dan SEKARANG. Amat jelas DAP begitu berdolak-dalih tanpa sebarang prinsip perjuangan yang boleh disanjungi. Lihat sajalah kes TBH sebagai satu contoh lagi.

DAP juga telah berjaya memperalatkan Anwar untuk "menghancurkan" PAS. Berulitkan impian "Putrajaya"nya, Anwar berjaya "menyeludup" trojan-trojan horse yang sering digelarkan sebagai "golongan erdogan" ke dalam PAS.

Lihat apa yang terjadi kepada PAS hari ini jika dibandingkan dengan PAS dahulu. Ulamak PAS bertukar menjadi ULARMAK, Presidennya sendiri sudah terdiam kelu, hanya mampu mengeluarkan kata-kata yang berbau "erdogan". PAS sendiripun sudah berpecah.

Usahkan PAS, kerajaan Najib juga dikhuatiri ada membela trojan-trojan horse Anwar ini di dalam barisan kabinetnya sendiri!

Betapa berjayanya, serta halusnya DAP memperalatkan Anwar sehingga Anwar sendiri sudah jadi "dead meat"!. Kenapa "dead meat"? Anwar adalah "history" sekiranya selepas ini beliau melangkah ke Sg. Buluh. Ini akan ditertawakan secara diam-diam oleh DAP apabila jatuhnya seorang Melayu. Sekalipun ditakdirkan Anwar berjaya melangkah ke PutraJaya, tengkuk Anwar akan sentiasa terjerat oleh DAP dalam segala tindakannya sebagai ketua negara. Mengapa tidak? Untuk memungkin Anwar menang kes liwatnya, setidak-tidaknya mencipta rekod penangguhan kes yang begitu banyak (lebih 50 kali) dan lama (lebih 2 tahun?), Anwar terpaksa mencurahkan segala-galanya kepada Karpal Singh. Tiada lagi rahsia yang dapat diselindungi oleh Anwar daripada pengetahuan peguam belanya, Karpal Singh. Peguam bela Anwar adalah juga Pengerusi DAP!

Bagaimana pula dengan PAS?

Melalui PKR dan PR, DAP telah juga berjaya memperalatkan Anwar untuk mencucuk hidung PAS sehingga tercabut segala serban, boleh ditarik ke sana kemari AT WILL: Banding sajalah Nik Aziz yang dahulu dengan Nik Aziz yang sekarang. Lihatlah sajalah perjuangan PAS yang dahulu yang begitu bertegas dalam mendokong "Agama Islam", tetapi kini telahpun menghalalkan nama "Allah" dicemari, menghalalkan perempuan lain bersekedudukan dengan suami orang lain, Takebeer! dsb.

Malahan Najib sendiri telah semacam di "bomohkan" secara halus oleh perancangan DAP ini. Lihat sajalah barisan kabinet beliau sendiri yang diresapi oleh "orang Anwar". Lihat sajalah betapa lembiknya Najib yang seringkali mengalah kepada tuntutan-tuntutan terlampau kaum cina dan india. Lihatlah sajalah aksi-aksi rakan UMNO sendiri, iaitu Gerakan dan MCA yang sama naik menghentam UMNO dan Orang Melayu. Bukankah perangai "menghentam" ini dilakukan oleh DAP dahulunya? Kini telahpun diserahkan tugas kepada Gerakan dan MCA? Agak-agak konsep "1-Malaysia" Najib lebih mirip kepada "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" ataupun lebih mirip kepada "malaysian malaysia" ciptaan DAP? Siapa berani jawab dan berkata-kata dalam hal ini?

Pendek kata, perpecahan orang Melayu ini bolehlah di "terimakasih"kan brother Anwar bin Ibrahim, yang leka dengan impian "PutraJaya" dan mempunyai "perangai"; yang mana kesempatan ini telah disambar sepenuhnya oleh DAP. Anwar adalah "Bapa Perpecahan Orang Melayu", dokongan DAP.

Okay...Melayu telah berpecah belah. PAS telahpun jadi "LEMBU" tunggangan Anwar, di mana Anwar sendiri adalah "KALDAI" tunggangan DAP. Apakah yang Najib buat untuk menyatu-padukan orang Melayu ini?

Mari kita lihat sebahagian dari perbuatan/dasar kerajaan Najib:-
  • Membelakangi Bahasa Kebangsaan dengan mendokong bahasa yang pelbagai (khususnya Mandarin), sekali gus mencabul Akta 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
  • Merobekkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan pembelaan terlampaunya terhadap sistem pendidikan vernakular (terutamannya vernakular cina)
  • Melancarkan dasar liberalisasi tanpa mengendahkan peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sekaligus mencabar tanggungjawab Raja-Raja Melayu dalam soal melindungi hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera (yang dahulunya dikenali sebagai "Rakyat Raja Melayu") di bumi ini.
  • Tidak berkeupayaan untuk menangani isu pencerobohan agama rasmi negara oleh kaum-kaum pelampau.
Apabila berbincang mengenai kerajaan Najib yang begitu lemah dan sering kali terpaksa "tunduk" kepada salakan-salakan liar kaum pelampau, sering diberikan alasan bahawa:-

"Melayu berpecah, Najib terpaksa berkompromi"

HAH!! INI DIA HANTU LONCAT YANG SERING MENYERGAH PEMIMPIN MELAYU DAN PENYOKONG-PENYOKONG TAKSUBNYA !!!
  • Najib, begitu lemah semangatnya sehingga sering jatuh demam terkulai disergah hantu loncat ini
  • Hj Hadi begitu penakut sehingga jatuh sakit, kaku dan kelu lidah dihantui oleh hantu loncat ini
  • Nik Aziz begitu senang dirasuk oleh hantu loncat ini sehingga sering meracau-racau tidak tentu hala
Persoalannya:-
Kenapa Najib perlu berkompromi sehingga ke tahap "blank cheque"? Kenapa hingga ke tahap hampir menggadaikan Bahasa, Pendidikan Anak Bangsa, hak-hak "Rakyat Raja" dan Agama Rasmi negara ini sendiri? Kerana apa semuanya ini? Kerana undi? Kerana takut kehilangan kuasa politik sebagaimana yang "DIRACUNI" di dalam setiap minda Melayu bahawa hantu loncat akan menyergah? Kerana orang Melayu telah berpecah-belah?
Baiklah, mari kita lihat.

Bilakah waktu bulan mengambang di mana dikatakan banyak hantu-hantu loncat itu akan keluar menyergah? Setiap kali ada pemilihan bukan? Lihatlah saja setiap PRK-PRK yang diadakan sebelum ini. Sergahan hantu-hantu loncat ini yang sering muncul dari sekolah-sekolah vernakular cina telah membuatkan Najib menabur berjuta-juta ringgit kepada sekolah-sekolah haram. Seriously, kalaupun BN menang PRK-PRK ini, undi siapakah yang "memenangkan" BN walaupun Najib demam meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu? Sesudah menabur berjuta ringgit, dapatkah disimpulkan dengan jelas bahawa sergahan hantu-hantu loncat ini telah juga membawa undi cina kepada Najib? Atau YANG INI kah Najib dapat setiapkali selepas menabur berjuta-juta ringgit itu?

Sekarang bulan mengambang lebih besar di Sarawak. Apakah isu yang begitu hangat sempena bulan mengambang yang lebih besar di Sarawak ini? Hmmm... di Sarawak hantu-hantu loncat yang bersembunyi di dalam gereja pula keluar memainkan peranan yang lebih besar untuk menyergah kerajaan Najib, sambil mengilik AL-KITAB.

Sebesar bulan mengambang di Sarawak, seberani itulah hantu-hantu loncat ini mencabar AGAMA RASMI NEGARA, bayangkan pula hantu-hantu loncat yang sebagaimana pula akan menyergah apabila bulan purnama PRU mengambang nanti? Fikir-fikirlah wahai orang Melayu!

Benar orang Melayu telah berpecah. Persoalannya, kenapa perpecahan ini ditangani dengan cara "kompromi blank check"? Kompromi-kompromi yang semakin hari semakin mengguriskan hati orang Melayu? Bukankah lebih logik untuk MEMUJUK dan MEMBELAI (bukannya mengguris) hati-hati orang Melayu yang berpecah ini supaya kembali bersatu? Kenapa lebih percaya kepada kaum-kaum pelampau yang menyalak dari orang Melayu itu sendiri? Kenapa percaya kuasa undi berada ditangan kaum bukan Melayu yang MINORITI? Bukankah orang Melayu merupakan kaum terbesar di bumi ini? Bukankah awak itu presiden parti politik ORANG MELAYU?

Ya memang benar. Melayu berpecah. Sekali lagi, kenapa ber "kompromi blank cheque", terus menerus mengguriskan hati dan menghina agama orang Melayu? Yang berpecah akan semakin berpecahlah jawabnya! Kenapa semuanya ini? Kerana minda telah diracuni oleh betapa hebatnya sergahan hantu-hantu loncat ini sehingga boleh menghilangkan undi? Sememangnya undi telah hilang, dan kaum pelampau tidak sekali-kali akan memberikan undi mereka, sejauh mana sekalipun pemimpin Melayu berkompromi! Tindakan berkompromi seperti ini semakin MENGHILANGKAN LAGI undi-undi orang Melayu kepada Najib!

Sepatutnya, pejuang-pejuang negara yang ada di dalam PAS dan UMNO duduk semeja. Biarlah yang kena rasuk dan meracau-racau itu nak mengata "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Biarlah perundingan meja bulat ini tidak disertai oleh presiden parti politik orang Melayu sendiripun. Apa guna yang begitu lemah semangat dan sering jatuh sakit disergah oleh hantu-hantu loncat khayalan ini. Kenapa khayalan?

Baca ini:-

PERINGATAN: PRU 1969 Perikatan hilang majoriti 2/3 kerana tidak dapat undi Melayu. PRU 1999 BN hilang banyak kerusi kerana tidak dapat undi Melayu. PRU 2008 hilang majoriti 2/3 juga kerana Melayu enggan mengundi BN. Apakah pemimpin BN masih tidak sedar betapa PENTINGNYA UNDI MELAYU bagi menjamin kelangsungan BN?

Nampak? Tahu di mana kuasa sebenarnya? Faham mengapa sergahan hantu-hantu loncat ini adalah sebenarnya racun yang diresapkan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang lemah semangat, penakut dan tiada jati diri? Kepercayaan kepada sergahan hantu-hantu loncat ini juga telah dianut oleh orang-orang Melayu yang taksub kepada pemimpinnya sehingga berdiam diri apabila pemimpinya, sedar atau tidak, bertindak menggadaikan Agama, Bangsa dan Negara demi undi yang dikatakan berada di tangan kaum-kaum bukan Melayu yang sebenarnya minoriti! Itulah dia racun hantu loncat yang diresapkan selama ini, "Melayu berpecah, Najib terpaksa berkompromi, blank-cheque sampai bila-bila pun!"

Tidak semestinya UMNO dan PAS bergabung dibawah satu payung. Yang pentingnya UMNO dan PAS wajiblah berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara ini dengan kemas menjunjung Rukun Negara dan Perlembagaan. Barang siapa yang mencabuli kedua-duanya ini, tidak kiralah samada dia itu perusuh jalanan ataupun pemimpin di Putrajaya sekalipun, ianya wajib ditentang.

UMNO dan PAS berganding bahu sebagai satu gandingan kerajaan dan pembangkang yang mantap lagi berprinsip. Terdapat "check and balance"  supaya negara ini tidak dijadikan sebagai sebuah negara Taliban oleh satu pihak ataupun dijadikan sebuah negara mini China oleh pihak yang satu lagi.

Kedua-duanya berganding bahu berpegang kepada Rukun dan Perlembagaan negara demi mencapai matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", di mana bangsa kita, negara kita dan bahasa kita adalah MALAYSIA, bukannya "melayu totok", "cina totok", "india totok" ataupun "totok-totok yang lain-lainnya" itu. Kita adalah "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" walaupun masyarakat kita terdiri dari pelbagai kaum. Kita BUKAN "Pelbagai 1-MALAYSIA" yang membenarkan segala macam bahasa sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain, membenarkan sistem vernakular yang tidak buat oleh negara lain di dunia ini dan macam-macam "Pelbagai"  lagi yang berselindung disebalik "1" itu!

Bangunlah Orang Melayu! Sedarlah bahawa hantu-hantu loncat itu adalah kepercayaan karut marut yang telah menghantui pemimpin-pemimpin Melayu yang lemah semangatnya dan tidak mempunyai jati diri kebangsaan. Tampallah kertas-kertas bomoh ke dahi hantu-hantu loncat itu agar hantu-hantu itu tidak lagi terloncat-loncat di dalam kepala menyergah serta meracuni pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu.


Pejuang-pejuang Negara yang ada di dalam UMNO dan PAS, tinggalkanlah pemimpin-pemimpin yang lemah semangat dan penakut itu di rumah, moga-moga bomoh dapat memulihkan semangat mereka yang lemah itu. Bersihkan kumpulan dari anasir-anasir "erdogan" Anwar Ibrahim, yang telahpun diperkudakan secara halus oleh DAP dalam usaha mereka menggengam negara ini. Duduklah semeja. Bulan purnama yang besar akan mengambang tidak lama lagi, semoga orang-orang Melayu tidak lagi dihantui oleh kepercayaan karut-marut ini sebagaimana yang telah meresapi pemimpin-pemimpin mereka. Semoga orang-orang Melayu bersama-sama warganegara kaum-kaum yang lain bersatu di bawah Panji Malaysia, "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA".
Related Posts with Thumbnails