Kenapa tidak dibuat laporan polis sahaja terhadap Zahid Hamidi? Biar Pak Menteri digantung tugas, diberikan "desk job" atau diambil tindakan undang-undang terus. Buatlah seperti yang dibuat kepada Ahmad Ali? (Isu pendatang kat Penang dulu), ataupun seperti pegawai Najib yang letak jawatan tu (Nasir), ataupun Hamin, Pen. Pengarah BTN, ataupun Siti Inshah dan pengetua sekolah di di utara (?) tu. Jom belajar perkataan 'Cortisone', kamus bukan doktor punya:-
Cortisone - area around local court.(Where namewee never comes around)
Mungkin 'History' pun boleh memberi sedikit 'hint' mengenai fenomena 'Kecut Telur' ini.
Isu lempar 'molotov cocktail' di sebuah gereja (sebelum ini sewa rumah kedai? kini dah jadi 'full fledge gereja'?) diambil tindakan undang-undang dengan cepat dan tangkas. Sungguh cekap! Tapi apabila ada masjid ke, surau ke yang dilempar dengan kepala babi, dicat merah dan sebagainya lagi, apa pula tindakannya? Tutup mata ajalah.
Betul ke 'Islam' itu agama rasmi negara ini? Dari apa yang berlaku dewasa ini, rasanya, silap kot? Bukan Islam lah. Bumi ini pun rasanya bukan orang Melayu dan Bumiputera punya. Depa semuanya tiada tempat kat sini, nampaknya. Usahkan tempat, buka mulut sikit pun dah kena bermacam-macam, rasis la itu la, ini la. Silap haribulan secepat kilas kena heret ke mahkamah macam isu kepala lembu di Shah Alam.
Negara ini DAP dan namewee yang punya agaknya. Apa yang terjadi pada Najib, Hishamuddin dan Kerajaan Malaysia hari ini ?
Sehari dua lepas pergi 1-Utama. Ada show/pertandingan anjuran 'Dulux'. Nampak juga dua tiga orang perserta-peserta memakai tudung atas pentas itu. Kuat bunyi 'audio'nya. Juruacara pertandingan sedang bercakap 'Bahasa Cina'. Kemudian bercakap 'Bahasa Inggeris'. Begitulah, berselang seli antara 'Bahasa China' dan 'Bahasa Inggeris'.
Welcome to Beijing! Eh! China Communist bukannya fasih berbahasa Inggeris. Ini cina mana pulak dok buat show kat 1-Utama, Petaling Jaya, Selangor DARUL EHSAN, Malaysia ni?
image credit : sodahead.com |