Monday, November 1, 2010

Kontrak Sosial


Apabila "menyalak sakan" terhadap Kontrak Sosial ini, kaum Pendatang ini akan cuba memburukkan-burukkannya dengan cuba menonjolkan bahawa Kontrak Sosial ini adalah tidak adil.
  • Bukan Warga Negara Malaysia - orang asing yang tidak mengamalkan Rukun Negara & Perlembagaan Negara Malaysia
  • Pendatang - orang yang mengaku sebagai warga negara Malaysia tetapi tidak menghormati malah membelakangi Rukun Negara & Perlembagaan Negara Malaysia, lebih hina dari orang asing
Biar saya petik kembali perenggan ini:-
".. for a growing participation in the Government by the people of all communities in Malaya, subject to a special recognition of the political, economic and social interests of the Malay race.” (Pure Shiite)
Usaha bagi mencapai "self-governance" (pemerintahan sendiri selepas kemerdekaan) adalah tertakluk kepada "special recognition" yakni pengiktirafan istimewa diberikan kepada orang Melayu terhadap kedudukan politik, ekonomi dan kepentingan sosialnya. Sekiranya "special recognition" ini tidak diberikan, maka "self-governance" itu tidak akan menjadi kenyataan. Sekiranya "self-governance" tidak dapat direalisasikan, maka tertangguhlah "kemerdekaaan" itu.

Yang dihasratkan juga adalah "participation in the Government by the people of all communities in Malaya". Hasrat ini hanya akan terlaksana jika sekiranya "people of all communities" itu terdiri dari warga negara. Mana mungkin ahli kerajaan terdiri daripada orang-orang yang bukan warga negara?

Saya kira, di sinilah mula wujudnya Kontrak Sosial yang kini sering disalak sakan oleh Pendatang. "Special recognition" dalam politik, ekonomi dan kepentingan sosial diberikan kepada orang Melayu untuk merealisasikan "self governance" dan TARAF WARGANEGARA diberikan kepada ahli-ahli komuniti yang terbabit untuk mencapai hasrat penubuhan kerajaan pemerintah yang disertai oleh semua komuniti. Ini telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin komuniti pada hari itu (our fore fathers) maka merdekalah tanah air ini dari jajahan British.

Sosial Kontrak ini telahpun dinikmati oleh orang-orang cina dan india yang dibawa masuk dari negara masing-masing dengan mendapat TARAF WARGANEGARA, suatu kenikmatan yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Sosial Kontrak ini TERUS DINIKMATI sehingga sekarang oleh generasi-generasi selepasnya, di mana kelahiran mereka di bumi ini adalah bersebabkan nenek moyang mereka yang tidak dihantar pulang ke negara masing-masing dahulu kerana telah diterima sebagai warganegara walaupun tidak lahir di sini.

Maka apabila sebilangan "Pendatang" ini menyalak sakan terhadap Sosial Kontrak dengan cuba menidakkan hak-hak orang Melayu & Bumiputera, maka wajarlah mereka ini DILUCUTKAN taraf warga negara , quid pro quo.

Saya kira telah sampai masanya untuk negara ini bertegas dalam melaksanakan undang-undang tertinggi negara, yakni Perlembagaan Persekutuan. Bukankah mereka-mereka yang menentang atau menidakkan Perlembagaan Persekutuan ini merupakan pengkhianat-pengkhianat negara? Mereka-mereka ini sepatutnya diambilkan tindakan yang sewajarnya dan sekiranya masih juga bersifat "Pendatang" lagi, lucutkan saja taraf kerakyatannya.

Hari ini kita lihat:
  • ada orang-orang politik keluar negara berceramah memburuk-burukkan negara.
  • parti-parti pembangkang bukan lagi membangkang ("check and balance" terhadap kerajaan pemerintah), tetapi aktiviti-aktiviti mereka lebih kepada memudaratkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
  • yang secara terang-terangan membelakang dan melanggar artikel-artikel Perlembagaan.
  • yang berusaha untuk mewujudkan Perlembagaan baru.
  • yang teramat biadap terhadap Raja- Raja Melayu
  • yang menghina kesucian Agama Rasmi Negara
  • yang mencemuhkan Bahasa Kebangsaan sambil menyemarakkan percambahan sekolah-sekolah haram
  • dan bermacam-macam lagi sehingga yang "menterbalikan" jalur gemilang dalam blog masing-masing pun ada.
Kenapa semua ini berlaku? Yang lebih hairannya lagi, ada juga sebahagian dari orang-orang Melayu dan Bumiputera yang terikut sama bertukar sifat menjadi "anjing sesat yang menyalak".

Kerana kuasa politik, Perjanjian Sulit dilaksanakan. Kerana mengharapkan kuasa politik  jua, sebahagian orang Melayu yang beragama Islam menjadi buta dan tuli lalu diKENCINGkan dalam Perjanjian Sulit ini.

Siapakah mereka yang cuba menidakkan orang Melayu dan Bumiputera di tanahair ini? Siapa yang dahulunya cuba merampaskan kuasa secara keras dan kejam?. Apabila mereka ini ditewaskan, mereka bergerak secara halus pula dalam parti-parti politik. Dahulu dengan ideologi Mao Tse Tung, sekarang ini bersimpati dengan Chin Peng. Hingga sekarang mereka masih lagi "menentang" Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Sekarang ini mereka sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang "pintu belakang" apabila ada orang politik yang kemaruk kerusi Putrajaya. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan  si kemaruk ini kerana kemaruk ini akan merupakan suatu jalan pintas bagi merampas kuasa. Di samping  itu mereka memperdayakan hidup-hidup orang-orang parti sebuah politik Melayu yang kononya menegakkan agama Islam.

Persoalannya :-
Apakah matlamat perjuangan KAMU wahai orang Melayu dan Bumiputera apabila kamu berganding bahu dan berseiringan dengan mereka-mereka yang sejak dahulu lagi ingin "merampas" tanahair ini? Usah ditanya apa tujuan mereka "merampas" tanahair ini, tetapi tanyalah diri KAMU sendiri kenapa KAMU perlu "menghadiahkan" tanahair ini kepada mereka dengan ikut sama "menolong merampas" tanahair ini dari saudara-saudara KAMU sendiri? Lihatlah kepada saudara-saudara KAMU di Pulau Pinang.


WARISAN TANAH MELAYU KITA

Related Posts with Thumbnails