Merujuk kepada tulisan Putra Merdeka di SINI nampaknya kerajaan ada juga mendengar rintihan rakyat mengenai isu ini.
Tetapi bagi saya, jawapan kementerian tersebut masih belum dapat mengatasi rungutan sebenar rakyat mengenai saman ekor ini. Ini bukan soal untuk mendapatkan diskaun. Wang ringgit bukan soal pokok di sini.
Cadangan kementerian untuk memperbaiki pengurusan berkaitan saman ini adalah amat dialu-alukan (seperti mempercepatkan pengeluaran/penerimaan notis saman, membangunkan portal agar tertuduh dapat melihat sendiri rakaman foto, dsb). Ini semua akan direalisasikan di masa hadapan.
Tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang telah "tersilap" disaman? Mereka-mereka ini sedang mengalami kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan. Contohnya seperti pengalaman saya sendiri dan mamat ni. Walaupun kes saya telah selesai secara "senyap", saya percaya ramai lagi yang mengalami pengalaman saman yang serupa.
Apakah kerajaan rasa kesemua saman-saman yang dikeluarkan itu betul belaka? Langsung tiada kesilapannya? Dapatkah kerajaan merasai perasaan rakyat yang mungkin teraniaya kerana saman yang "tersilap" itu?
Kenapa saya katakan teraniaya - Bayangkan bayaran saman adalah RM300. Bulan depan cukai jalan akan tamat tempoh. Seperti kes saya. Saya tahu yang saya sememangnya tidak patut disaman. Saya tahu yang JPJ tiada hak untuk menghalang saya daripada memperbaharui cukai jalan. Tapi apakah "option" yang saya ada?:-
(i) bayar RM300 dan life goes on, atau
(ii) belanja RM3,000? RM4,000 untuk pakai loyar? bawa kes ke mahkamah untuk saman JPJ? Berapa lama nak selesai sedangkan kereta sudah perlu berada di atas jalanraya bulan depan?, atau
(iii) Pergi jahanam dengan roadtax? Pandu aja kereta? Habis kalau accident? Apa guna beli insuran kalau tiada roadtax yang sah?
Dapatkah kerajaan bayangkan perasaan sakit hati rakyat yang "terpaksa" membayar RM300 semata-mata untuk memudahkan kerja walaupun dia tidak membuat salah? Apa? Ini cara kerajaan untuk "merompak" rakyat kah?
Jawapan kementerian tersebut hanyalah berkisar kepada situasi selepas saman dikeluarkan. Kerajaan langsung tidak prihatin terhadap BAGAIMANA saman itu dikeluarkan. Contoh di atas adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang jelas dan tidak subjektif apabila terdapat kesilapan pada saman yang dikeluarkan.
Bagaimana pula dengan apa yang saya katakan "ROH" saman itu sendiri seperti yang saya tulis dalam artikel sebelumnya? Kalau "ROH" saman itu benar-benar "suci" masakan ada ramai orang yang merungut dengan bermacam-macam rupa bentuk rungutan?
Lebuhraya Karak tempat Mamat tu kena saman. Tempat famous tu. Attendan pam Petronas tu pun siap cerita lagi mengenainya. Benarkah tempat itu adalah salah satu tempat yang merekodkan jumlah kemalangan jalanraya yang tinggi? Berapa kerap anda mendengar rungutan, "Depa saman saman tempat turun bukit!", "Depa saman tempat yang tidak menasabah langsung hadlaju nya" dsb. Malaslah saya yang cerita pasal ini. Pergilah baca forum-forum di internet ini di mana mereka berbincang pasal saman ini. Ataupun buka topik "saman ekor" ini semasa minum teh tarik dan dengar sendiri apa yang diperkatakan ramai.
Ini perkara-perkara subjektif, sukar untuk ditentukan. Kita cuma boleh andaikan bahawa "kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang". Pokoknya, ikhlas kah saman ekor itu semata-mata untuk keselamatan jalanraya... ATAU...........???? Kenapa begitu ramai yang merungut dengan pelbagai rungutan yang membayangkan rasa yang tidak puas hati? ada ramai juga yang AMAT tidak puas hati!
Saya pernah mencadangkan agar kerajaan membatalkan semua saman-saman setakat ini. Kenapa? Kerana dalam ramai-ramai yang telah kena saman ini, ramai juga yang sememangnya teraniaya. Teraniaya secara terang-terang maupun secara subjektif.
Apa salahnya kerajaan beri "golden handshake" kepada rakyat dalam hal ini? Kerajaan bukanpun kehilangan "duit", cuma kerajaan "tidak dapat buat duit" saja daripada saman-saman ini. Lagipun, kerajaan pun mengakui yang pengurusan saman sekarang ini adalah lemah. Jika tidak, buat apa nak diperbaiki seperti jawapan kementerian di dalam tulisan Putra Merdeka itu?
Kalaulah kerajaan bagi "golden handshake" ini, dapatkah kerajaan bayangkan apakah mesej yang akan sampai kepada rakyat jelata? Bandingkan pula dengan mesej yang akan sampai kalau kerajaan terus sombong dan bongkak dalam hal ini.
Rata-rata daripada kita adalah manusia NORMAL. Kebanyakan daripada kita yang normal ini akan bertanggungjawab atas setiap kesalahan yang kita lakukan. Kebanyakan kita akan jadi TIDAK NORMAL apabila "dipersalahkan" dengan cara yang tidak adil. Apa lagi apabila kerajaan bersikap dengan sikap "betul bendul"nya yang sentiasa menganggap dirinya betul. Bersikap kukubesi pulak tu lagi, "Bayar saman, kalau tidak kena senarai hitam!". Betul ke tidak betul saman tu langsung tidak diperdulikan. Orang akan jadi TIDAK NORMAL, macam Mamat tu. Dek kerana saman yang kecil ini, kerajaan sudah confirm hilang satu undi. Bayangkan masadepan negara mungkin tergugat oleh orang-orang menjadi TIDAK NORMAL kerana tertekan seperti ini.
Apakah Kerajaan Mahu Rakyat Jadi "Tidak Normal" Seperti Ini?
Segala slogan-slogan "Juara Rakyat" lah, "Rakyat didahulukan" lah dan macam-macam lagi hanyalah BUL%^&#! Orang ramai akan semakin mempersendakannya.
Secara peribadinya, saya tidak bersetuju dengan diskaun-diskaun saman ni (baca tulisan Putra Merdeka). Bagi saya, salah tetap salah! Undang-undang tidak boleh dijualbeli. Kementerian terbabit telah memberi mesej yang salah, seolah-olah undang-undang negara ini boleh dijual-beli. Segala benda boleh di "komersil"kan, maruah negara sekalipun!
Ketegasan undang-undang boleh dilenturkan dengan nilai wang ringgit. Hancurlah negara apabila pemimpin-pemimpin sendiri mempunyai mentaliti sebegini.
Ketegasan undang-undang boleh dilenturkan dengan nilai wang ringgit. Hancurlah negara apabila pemimpin-pemimpin sendiri mempunyai mentaliti sebegini.