Tuesday, January 4, 2011

Konsep 1Malaysia & Cabarannya

UPDATE

Perkasa boss: Foo, you’re an idiot

“I think the change in Khairy that Foo referred to is related to Malay issues,” Ibrahim said. “Those who fight for Malay issues or defend Article 153 of the Constitution are branded as extremists.”

“And those who support vernacular schools and to get rid of the New Economic Policy are not extremists but so-called ‘Malaysians first’,” he said.

“So we are not Malaysians even though we are the indigenous people who have lost a lot just to accommodate these so-called ‘Malaysians first’,” he added.

ORIGINAL POST

Dr. Chandra Muzaffar telah menyebut beberapa perkara yang menjadi cabaran terhadap kejayaan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia yang mula diutarakan sejak 20 bulan lalu oleh Perdana Menteri, DS Najib.

Terdapat kumpulan orang Melayu & Bumiputera yang menyalahgunakan kedudukan istimewa yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan untuk kepentingan peribadi masing-masing.
Among Malays and Bumiputras, there are groups who abuse Special Position embodied in the Malaysian Constitution and in certain public policies to advance their own interests. They alienate not only the vast majority of non-Malays but also a significant segment of the Malay and Bumiputra populace.
Dalam hal ini, bagi saya terdapat dua perkara:-
  • orang yang menyalahgunakan kuasa/keistimewaan ("culprits")
  • kedudukan istimewa dimaktubkan di dalam Perlembagaan negara
"Culprits" adalah musuh 1Malaysia dan juga seluruh rakyat Malaysia dari segenap keturunan kaum termasuk orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Oleh itu, kerajaan yang diketuai oleh DS Najib hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mengenalpasti serta mengekang kegiatan-kegiatan "culprits" ini yang disyakki umumnya berada dalam jentera kerajaan dan parti pemerintah sendiri.

"Culprits" adalah musuh kita bersama - bukannya orang Melayu dan Bumiputera, yang diserang oleh parti-parti politik pembangkang seperti DAP, yang kini berganding bahu dengan PAS dan PKR. Akhir-akhir ini pula, kita terdengar serangan terhadap kedudukan istimewa ini telah disertai pula oleh parti-parti politik disebelah kerajaan, seperti MCA dan Gerakan. UMNO nampaknya telah menjadi begitu "apologetik" sehinggakan barisan hadapan dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera tampaknya kini telahpun diambilalih oleh PERKASA


Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera sememangnya termaktub dalam Perlembagaan negara ini. Kenapa ianya diserang sampai begitu sekali? Bukankah anda membuat akuan diri sebagai rakyat negara ini dengan menghayati Rukun Negara (Keluhuran Perlembagaan)? Lainlah kalau anda bukan rakyat negara ini.
1Malaysia was anchored in the Malaysian Constitution and linked to the Rukunegara and Wawasan 2020, which are instruments of nation-building, not political party manifestoes. If it had not been for this negative attitude of some politicians, which has an impact upon a portion of the populace, 1Malaysia would have gained more traction.
Di sinilah DAP dan rakan-rakan politknya bukan lagi merupakan parti-parti pembangkang yang berhemah. Mereka gagal mengenalpasti yang mana satukah agenda politik dan yang mana satukah agenda negara. Ibaratkan gelanggang tinju di mana "seteru-seteru" politik hanya akan bertumbuk habis-habisan di dalam gelanggang tinju dengan dikawal oleh peraturan-peraturan pertandingan. Di luar gelanggang "Mohamad Ali" dan "Mike Tyson" ini akan berganding bahu, bukan berterusan bertumbuk. Tetapi kita lihat pada hari ini, ramai daripada ahli-ahli politik pembangkang sehingga keluar negarapun masih lagi memburuk-burukkan serta menjatuhkan maruah negara sendiri. Ahli politik yang berhemah atau pengkhianat negara kah mereka ini?

Seranglah "culprits" ini di mana saja mereka berada. Kenapa diserang orang Melayu dan Bumiputera serta Perlembagaan Negara ini? Jangan jadikan "UMNO dan Kerajaan", sebagai  "batu alas" untuk sebenarnya menyerang negara ini dan rakyatnya, terutama sekali orang Melayu dan Bumiputera.

Sememangnya konsep 1Malaysia yang dilancarkan itu bukannya 100% "perfect". Di sinilah perlunya ahli-ahli politik berganding bahu, berusaha menjayakan agenda negara ini tanpa memandangnya dari sudut politik sempit yang tidak berhemah itu. Pelopor 1Malaysia sendiripun perlu ditegur dalam usaha menambah-baikkan lagi konsep 1Malaysia ini. Contohnya, sekiranya 1Malaysia ini adalah sebuah agenda pembinaan negara yang bersatupadu (nation building) di mana kita adalah merupakan SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA, apa kejadahnya mempertahankan sistem pendidikan yang berunsurkan "pecah-belah" dan "berbahasa asing"? Sepatutnya di Malaysia ini hanya ada dua bahasa sahaja, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penggunaan secara RASMI lain-lain bahasa sepatutnya tidak digalakkan ataupun dikekang sama sekali, demi hasrat untuk bersatu dengan SATU BAHASA. Dalam hal ini, DS Najib sendiri telah memberikan mesej yang mengelirukan terhadap konsep 1Malaysia apabila beliau nampaknya menjuarai sekolah-sekolah vernakular dan; pada suatu ketika dahulu nampaknya gemar mempromosikan bahasa Mandarin di negara ini.
the pronounced push for Chinese primary and secondary education within the Chinese community, in contrast to its passive approach to education in the national language, has created a great deal of disillusionment among Malays who feel that the former are not inclined towards integration that acknowledges the identity of the land.

Soal agama - Agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Terimalah kenyataan ini, kemudian barulah persoalkan mereka-mereka yang tidak mendalami ajaran agama masing-masing apabila mereka  ini memandang rendah terhadap penganut agama lain. Memandang rendah agama lain adalah bukan ciri mana-mana agama sekalipun. Ini hanya menggambarkan betapa ceteknya seseorang itu dalam mendalami agama yang dia sendiri anuti. Contohnya, dalam isu penggunaan kalimah "ALLAH". Kenapa ianya harus diseret hingga ke peringkat perbicaraan mahkamah? Jelas bahawa mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak dapat menerima kenyataan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara. Mereka juga amat cetek dalam penghayatan agama mereka sendiri sehingga perlu bertegang leher dalam isu kalimah "ALLAH" ini. "Faith" adalah soal hati, soal diri dan Tuhannya.
There are influential elements in the religious establishment who do not realize that their narrow, bigoted interpretations of rules and regulations undermine that universal, inclusive spirit of Islam which reinforces the notion of common humanity that 1Malaysia envisages. On the other hand, there are non-Muslim politicians who are totally insensitive to Muslim feelings about Islamic etiquette, practices and institutions.

Ramai yang melenting apabila perkataan "Pendatang" disebut. Tidak disangkal bahawa ianya suatu penghinaan SEKIRANYA dituding kepada seorang rakyat Malaysia. Kenapa tidak cuba memahami bagaimana perkataan "Pendatang" itu boleh terucap? Apakah yang telah mempersilakan atau  telah mempelawakan supaya perkataan itu terucap? "Pendatang" maknanya bukan "orang Malaysia" bukan? Siapa itu orang Malaysia? Bangsa apa Malaysia itu? Bahasa apa yang dipertuturkan oleh orang Malaysia itu? Rukun dan Perlembagaan mana yang dihayati dan dipatuhi oleh orang Malaysia itu? Jawab soalan-soalan ini pada diri sendiri sebelum melenting tidak tentu fasal. Tidak akan bergoyang sesebuah pohon itu sekiranya tidak ada angin yang bertiup. "Pendatang" sememangnya ditujukan kepada "Pendatang", kepada orang yang ingin  dirinya dilabelkan (secara langsung atupun tidak langsung) sebagai "Pendatang". Period!
1Malaysia is also hampered by certain communal pronouncements and ethnic distortions and misconceptions which are ventilated more frequently than before in the public square. Words such as ‘pendatang’ and ‘penumpang’ directed at fellow non-Malay citizens are not only demeaning and degrading but also utterly reprehensible from the standpoint of our quest for national unity. They are, to some extent, a reaction to the constant attempts by a section of the non-Malay intelligentsia through cyber media to question the Malay position.

 

Between Ah Beng & Danny Wong


Yang berikut adalah topik hangat yang diperkatakan sehingga hari ini oleh "Pendatang-Pendatang" dan juga orang melayu dan bumiputera yang telah luntur ataupun kehilangan samasekali harga diri. Tidak perlu diulas lebih lanjut. Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi telahpun berulang-ulang kali menyebutnya dalam bahasa yang teramat mudah. Entah betapa bebalnya otak sehinggakan tidak faham-faham lagi  maksud "Ketuanan Melayu" apabila mereka meneruskan "salakan-salakn luar pagar" mereka sehingga hari ini.

Ketuanan Melayu adalah Kedaulatan Melayu
Ketuanan Melayu’ is not --- as erroneously interpreted by the English language media--- ‘Malay Supremacy’. It is more accurately described as ‘Malay Sovereignty’. The fight against the Malayan Union in 1946 was an attempt to restore Malay sovereignty, crucial elements of which were later incorporated into the Malayan and Malaysian Constitution in the form of the position of the Malay Rulers, the status of Malay and Islam, and the Special Position of the Malays.

Related Posts with Thumbnails