Sebuah isu yang masih hangat lagi diperkatakan hari ini. Isu 'staf najib' suruh tanggalkan lambang salib. Gerakan Anti PKR (GAP) menulis:-
Tidak hairan kalau pemimpin parti pembangkang seperti Theresa Kok berkelakuan demikian. Semacam sudah begitu perangai Theresa Kok.
Yang paling klasik dahulu, isu "perempuan ketuk ketampi" yang dimainkan oleh Theresa Kok sehingga kerajaan Malaysia ketika itu terpaksa "tunduk" dengan menghantar pegawai tinggi ke negara China untuk memohon maaf atas kejadian tersebut. Apabila terbukti pembohongan besar Theresa Kok, beliau boleh diam begitu saja macam tiada apa-apa yang berlaku. Ini tidaklah menghairankan.
Yang menghairankan adalah sikap kerajaan Malaysia hari. Bukan Theresa Kok seorang saja, ramai lagi yang boleh berlakuan bebas mengkhianati negara tanpa apa-apa tindakan tegas yang diambil. Anwar Ibrahim anak beranak, namewee, gelagat DAP yang semuanya ini tidak payah kita berhabisan air liur untuk menceritakannya. Kalaulah kerajaan Malaysia yang dahulu, maupun kerajaan Amerika, China, atau lain-lain kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu rasanya Kem Kamunting itu penuh sesak dengan pengkhianat-pengkhianat negara seperti ini. Mungkin ada yang telah dilucutkan taraf kerakyatan dan dibuang negeri pun.

Kerajaan tidak lagi boleh berdiam diri dengan perbuatan para penderhaka ini - semakin kerajaan berdiam diri, semakin menjadi-jadi sikap kurang ajar mereka, sampai bila kita mahu membiarkan Institusi Kesultanan Melayu dipijak-pijak sedemikian rupa? Sudahlah ajaran Islam dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat, dan sekarang Raja-Raja Melayu pula hendak dihapuskan!