Think as a non-muslim.
What would they say toward a muslim who refuses to shake hand?
My hand is too dirty for you to shake? or is it yours?
Walau apa pun, apabila seseorang berkelakuan demikian (tidak mahu berjabat tangan, kerana kotor? jijik?), apakah persepsi orang ramai terhadap orang yang sebegini? Yang lebih teruk lagi, apakah persepsi orang ramai terhadap agama yang dianuti oleh orang ini apabila dia memberi alasan "keagamaan" untuk berkelakuan sebegini?
"Kekotoran luaran itu mencerminkan kekotoran dalaman yang ada pada diri seseorang itu"
Oleh itu, lihatlah ke dalam diri sendiri.
Seseorang pernah berkata bahawa kita ini ibarat lautan yang luas. Kita menerima kekotoran yang disalurkan kepada kita. Oleh kerana jiwa yang besar dan luas, kekotoran itu tidak sedikitpun menjejaskan lautan itu, malah ia menerima, menyerap, malah menyucikan kekotoran dengan jiwa yang luas ini.
Lebih mirip kepada sebuah ajaran agama yang suci bukan? berbanding dengan ajaran "tidak boleh bersalaman atau berjabat tangan" kerana kotor, jijik dsb. Bukankah yang hendak dijabat-tangan itu adalah merupakan mahluk Tuhan juga? Itu hanyalah perumpamaan sebuah lautan yang luas. Apa lagi jika dibandingkan dengan ajaran agama yang Maha Suci. Ibarat sebuah lautan yang tidak bertepi.
Amat malang bagi agama Islam, yang kesuciannya dinodai oleh Penyebar Ajaran Songsang ini. Amat malang bagi saudara sebangsa, yang didoakan sebegini rupa oleh Pendokong Ajaran Songsang. Amat malang juga bagi sebuah negara di mana agama dan bangsanya digadai sewenang-wenangnya oleh Penganut Ajaran Sesat, semata-mata kerana kegelojohannya kepada kuasa politik.
Kalau dahulu "fatwa"nya "orang perempuan tidak boleh" dan kini "fatwa"nya boleh pula - tidak mahu "berbai'ah" ke? Manalah tau, takut-takut terlompat parti, akan tercerai suami nanti. Ajaran agama "mendirikan masjid" semoga kekal selamanya, Pengamal Ajaran Setan meruntuhkan "masjid" secara "automatik", semata-mata kerana politik.
ORIGINAL ENTRY
Imej ini pun sudah cukup
untuk melambangkan keperibadian sebuah parti.
Ajaran agama Islam kah ini?