3. Apa pula perbezaan antara penyokong UMNO dengan penyokong PAS?
4. Apabila MCA, MIC, Gerakan, mahupun mana-mana parti komponen BN bukan Melayu mempertikai, mempersenda, atau berbuat sesuatu yang mengguris hati bangsa Melayu/ISLAM, maka penyokong UMNO akan bangkit 'membalun' parti-parti komponen tersebut. Apa saja saluran serta kaedah akan digunakan oleh para penyokong UMNO untuk membantai kembali parti-parti komponen 'yang lebih sudu dari kuah'.
5. Namun hal berlainan pula yang berlaku dalam pakatan pembangkang. Apabila DAP menghina, memperlekeh, memperbodoh etc. bangsa Melayu/ISLAM, maka para penyokong PAS akan berhempas pulas mempertahankan DAP, hatta ada dikalangan PAS yang sanggup mati untuk DAP. Apa la punya turr...
7. Salah satu aspek sikap bangsa Melayu yang terkenal ialah sifat sopan santun dan budi bahasa yang tinggi. Bangsa Melayu lebih suka mengalah dan memberi hormat yang merupakan salah satu asuhan turun temurun. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi Melayu untuk mengundur ke tepi bagi memberi laluan kepada orang lain sambil menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Manakala Melayu yang diberi laluan itu juga akan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang memberi laluan dengan menundukkan diri semasa berjalan. Masing-masing menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan inilah sikap bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Ooohhh!! Mungkinkah budi pekerti yang halus dan peradapan yang tinggi sudah dianggap lapuk ditelan zaman? Budaya yang tidak pernah kenal erti puas, tamak haloba, tidak pernah cukup dan tidak pernah mengenal adab sopan kini perlu dipraktikkan supaya melayu-melayu liberal yang semakin samar nilai dan harga diri itu dapat dilahirkan; bersesuaian dengan tuntutan zaman yang penuh dengan kerakusan kini? Melayu perlu menjadi liberal serta tunduk melutut dengan penuh apologetik kepada kaum-kaum pendatang yang rakus yang tidak pernah kenal erti puas?
hmmm..suatu anjakan paradigma yang baru yang perlu dihayati kini oleh "melayu kuno" supaya mereka boleh bergelar "melayu liberal", mungkin?
Mungkin para pemimpin kini sudah mencapai satus "melayu liberal" ini agaknya.
11. Kaedah menangani dan penyelesaian krisis antara kaum yang digunakan pemimpin Melayu tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang telah menambahkan lagi kepedihan luka yang sedia terguris dalam diri bangsa Melayu. Sikap mendiamkan diri bangsa Melayu telah diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Melayu di negara ini.
13. Pemimpin Malaysia hari ini seolah melupakan bahawa bangsa Melayu merupakan penduduk dominan di negara ini. Pemimpin Malaysia juga lupa bahawa bersandarkan kepada faktor dominan itulah, maka sebarang perkara yang mengancam dan memudaratkan Melayu pasti akan memberi kesan besar kepada negara.
14. Dilema Melayu secara tidak langsung merupakan dilema Malaysia. Bangsa Melayu adalah 'jantung' negara ini. Malaysia tidak akan aman, maju dan makmur sekiranya terdapat barah yang sedang memakan jantungnya. Usaha bersungguh perlu dilakukan segera untuk merawat barah yang semakin merebak ini.