Tuesday, March 22, 2011

Nak Jadikan Modal PRU?

Waaahhh!! Mula melayari blog hari ini selepas bercuti panjang, ada cerita panas sehingga menjilat melecur jari! Cerita apa lagi kalau tidak cerita adegan panas yang di-video-kan. Siapa lagi kalau tidak orang itu yang jadi watak utama. Samada dia terbabit, dibabitkan atau sengaja membabitkan diri, tak tau lah pula.

Esok mahkamah nak buat keputusan pasal isu memperolehi DNA tu kan? Entahlah, bila dekat dengan saat-saat meruncing ni, macam-macam cerita timbul. Dulu kena racun dengan arsenik la, (dah bertahun-tahun kena racun, hari ini belum jatuh sakit dek arsenik lagi ke?) orang nak bunuh sampai lari ke dalam premis kedutaan asing la, orang indonesia mengamuk pakai buluh runcing la, macam-macam lagi.

Orang PAS siap kata, kalau benar-benar terbukti orang dalam video tu, ini suatu perkara yang sangat serius dan orang itu kena undur diri senyap-senyap. Eh! Eh! bunyi macam 'reversed-saikoloji' pulak? Entah-entah memang betul yang dalam video tu sebenar 'double' yang diupah. Ramai 'pelanduk dua serupa' atas dunia ini yang tidak dapat dicam betul-betul dengan sekilas pandang. Tambah lagi orang-orang 'depa' siap buat statement 'denial' tanpa meneliti video berkenaan terlebih dahulu. Yang mendedahkan video pulak begitu misteri orangnya, Mr T? Datuk T? Ada gaya buat filem thriller lagi misteri ni! Silap haribulan, kantoi lagi kerajaan Najib kena 'spin', kena 'salak' secara bertubi-tubi dari dalam dan dari luar ni.

Nak tanya orang PAS. Video yang entah-entah sememangnya dilakonkan oleh 'double' Anwar ni lebih lagi 'kredibiliti'nya bila dibanding dengan Anwar yang sehingga kini takut bersumpah laknat (sebagaimana beraninya Saiful) dan takut nak berikan bukti DNA (sebagaimana beraninya Najib)? Orang PAS sepatutnya dah lama tinggalkan Anwar semasa dia enggan bersumpah laknat lagi. Apa? Agaknya PAS join sama berkonspirasi pada hari ini?

Tak maulah komen panjang-panjang, nanti melecur jari!

Anyways, masa bercuti, kami memandu ke pantai timur menerusi jalanraya Gua Musang. Ada tempat-tempat di mana jalannya lebar dan lebih daripada satu lane (sehala) tetapi hadlajunya tak berapa sepadan. Tak tekan pedal minyak pun boleh melepasi hadlaju tu. Ada setengah-setengah tempat, walaupun jalanraya tu tetap 'jalanraya', tetapi papan tanda hadlaju berubah dari hadlaju kebangsaan turun kepada 60kmsj. Tumpuan untuk memandu secara selamat pun agak terganggu kerana hendak memastikan bahawa laju kereta tidak melebihi hadlaju. Mana tidaknya, asyik dok perhatikan papan tanda hadlaju tepi jalan. Jalan lebar dan luas belum tentu hadlajunya 90kmsj ataupun 60kmsj! Bukan apa, takut-takut kena tembak, sedar-sedar dua tiga bulan lepas ni (atau dua tiga tahun?) terima surat cinta.

Cerita pasal saman ni sebab baca theStar hari ni, tergelak tengok kartun CW Kee:-


Soldier? (a.k.a. pegawai penjaga keselamatan). Robber? (a.k.a Lanun darat) hehehehe........ katanya operasi ni nak diswastakan. AES? Lagi 'efficient' la nampaknya apabila ianya di 'farmed out' kan (?). Teringat perenggan yang saya baca dari buku terbaru Tun Dr. Mahathir:-
"Chinese influence also grew when they were able to offer their services to the local Rulers. At their suggestion, the Rulers farmed out the task of tax collection to them to take advantage of their efficiency and the larger sums that they were able to collect. Next, they were licensed to operate the opium, nutmeg, pepper and other monopolies."
(A Doctor In The House - Chapter 4 Page 48)

RM2.7 billion yang masih gagal dikutip? Wow! Suatu bisnes yang amat memberansangkan tu!
Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.



Kata Malaykini pula, "Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu."

Hmmmm..... berbalik kepada soalan lapuk. Apa tujuan sebenarnya saman ekor ni? Nak meningkatkan tahap keselamatan? Berita Harian kata:-
Setelah bertahun lamanya saman ekor beroperasi, kemalangan maut juga meningkat sehingga mencapai rekod tertinggi dalam sejarah pada tahun lepas (2010)? Selanjutnya:-
Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, ada enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya, termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan secara sewenang-wenang. 
Tapi berapakah jumlah kesalahan yang 5 lagi itu disaman berbanding dengan 'kesalahan memandu melebihi hadlaju" (tidak semestinya atau senantiasanya memandu laju, cuma, melebihi had papantanda hadlaju).
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita ialah sikap pengguna yang cuai dan tidak bertanggung jawab.  
Ini yang tak best ni. Hanturaya jalanraya yang 5 itu sukar hendak ditembak dengan "laser-gun". Ambil jalan senang, tembak "hantu" yang pandu melebihi papantanda hadlaju. Berjuta-juta saman yang bernilai berbillion RM dapat dikeluarkan. Kadar kemalangan meningkat juga sebab yang contribute kepada kadar ini adalah hantu yang 5 itu, jauh melebihi hantu yang satu.

Tak syoklah membebel pasal ni sebab Sarawak pun akan melalui pilihanraya tidak lama lagi. Sure lepas tu akan diikuti dengan PRU pula. Nak gali kubur juga lagi?
Related Posts with Thumbnails